Syamim Farid: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafiz Sariman (bincang | sumb.)
Hafiz Sariman (bincang | sumb.)
Baris 58: Baris 58:
|Adaptasi dari Novel
|Adaptasi dari Novel
|-
|-
|
|}
|}



Semakan pada 20:28, 3 Disember 2018

Syamim Farid
Kelahiran
Syamim binti Mohd Farid

(1991-01-29) 29 Januari 1991 (umur 33)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2014–kini
PasanganTengku Ezrique Ezzudean (berkahwin 2016)

Che Puan Syamim binti Mohd Farid atau lebih dikenali sebagai Syamim Farid (lahir 29 Januari 1991) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas bergelar naib juara Dewi Remaja 2014/15.[1][2]

Kehidupan peribadi

Syamim dilahirkan dan dibesarkan di Batu Caves, Selangor. Beliau berkahwin dengan Tengku Ezrique Ezzudean pada 2016.[3]

Kerjaya

Beliau mula menceburi dunia hiburan tanah air selepas menjadi sebagai salah seorang finalis sekaligus bergelar naib juara Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai Raysha Rizrose yang merangkul gelaran juara, Balqish Maarif, Deeba Halil, Puteri Aishah, Mimi Lana dan Mawar Rashid.[4]

Selepas Dewi Remaja, Syamim ditawarkan menjadi pengacara rancangan hiburan Astro Ria, HLive! bersama CK Faizal, Donna Muslim, Dahlia Shazwan dan Adriana Adnan. Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi drama Lelaki Macam Dia, kemudian diikuti oleh drama online Mata Cinta sebagai Ejay di HyppTV (kini Unifi TV).

Syamim memegang watak sebagai Shanie dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[5]

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Lelaki Macam Dia Astro Ria
2017 Mata Cinta Ejay Unifi TV Web drama
2018 Cinta Tiada Ganti Shanie Astro Prima Adaptasi drama Filipina
2018-2019 Kan Ku Kejar Cinta Kamu Kalsom Astro Ria Adaptasi dari Novel

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2014-15 Dewi Remaja Astro Ria Dirinya sendiri/Peserta
2016 HLive!
2017-kini Go Shop Go Shop

Pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Dewi Remaja 2014/15 Naib juara

Rujukan

  1. ^ Nor Eryani Yusop (11 Oktober 2017). Status bukan penghalang Kosmo!. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  2. ^ Nor Akmar Samudin (27 Jun 2017). Pengacara berilmu fokus Syamim Harian Metro. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  3. ^ Aqmar Mustaza (18 Oktober 2017) Che Puan Syamim keluar dari zon selesa Sinar Harian. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  4. ^ Rudy Imran Shamsuddin (24 Mei 2015). Detik penentuan Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2015.
  5. ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.

Pautan luar