Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 10: Baris 10:
| incumbent = [[Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir|Tuanku Muhriz]]
| incumbent = [[Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir|Tuanku Muhriz]]
| incumbentsince = [[29]] [[Disember]] [[2008]]
| incumbentsince = [[29]] [[Disember]] [[2008]]
| other =
| other = pertabalan <br> [[26 Oktober]] [[2009]]
| his/her = Duli Yang Maha Mulia
| heir_apparent =
| heir_apparent =
| first_monarch = [[Raja Melewar]]
| first_monarch = [[Raja Melewar]]
| date = 1773
| date = 1773
}}
|Gelaran=Duli Yang Maha Mulia}}


'''Yang di-Pertuan Besar''' adalah pemerintah bagi Negeri Sembilan mengikut sistem raja berperlembagaan moden negeri berkenaan sejak tahun 1898. Sebelum itu, [[Yang di-Pertuan Besar]] dikenali sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti dan menjadi raja memerintah di tanah jajahan adat meliputi Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol di Negeri Sembilan.
'''Yang di-Pertuan Besar''' adalah pemerintah bagi Negeri Sembilan mengikut sistem raja berperlembagaan moden negeri berkenaan sejak tahun 1898. Sebelum itu, [[Yang di-Pertuan Besar]] dikenali sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti dan menjadi raja memerintah di tanah jajahan adat meliputi Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol di Negeri Sembilan.

Semakan pada 18:24, 7 Disember 2018

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
يڠ د-ڤرتوان بسر نڬري سمبيلن
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Tuanku Muhriz
sejak 29 Disember 2008
pertabalan
26 Oktober 2009
Butiran
GelaranDuli Yang Teramat Mulia
Raja pertamaRaja Melewar
Pembentukan1773

Yang di-Pertuan Besar adalah pemerintah bagi Negeri Sembilan mengikut sistem raja berperlembagaan moden negeri berkenaan sejak tahun 1898. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar dikenali sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti dan menjadi raja memerintah di tanah jajahan adat meliputi Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol di Negeri Sembilan.

Permulaan perlantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada abad ke-17 Masihi. Sebelum itu, Negeri Sembilan adalah di bawah takluk Kesultanan Melayu Johor. Pada separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan Kesultanan Melayu Johor sentiasa diancam oleh orang Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Kesultanan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan.

Pada masa yang sama, orang Bugis diketuai oleh Daeng Kemboja memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa orang-orang Negeri Sembilan berketurunan Minangkabau mengakui Daeng Kemboja sebagai raja di Negeri Sembilan. Kaedah ini dilihat adalah bertentangan dengan pendirian orang-orang Minangkabau di sini.

Satu utusan telah mengadap Sultan Johor untuk meminta supaya seorang raja dipertuankan di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan Johor telah membenarkan orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.

Maka pemimpin setempat di Negeri Sembilan menghantar wakil untuk mengadap Yang di-Pertuan Pagar Ruyung di Tanah Minangkabau. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini diperkenankan dan melantik Raja Melewar menjadi Yamtuan Besar Seri Menanti yang pertama. Raja Melewar telah mengetuai angkatan perang orang Negeri Sembilan menghalau Daeng Kemboja dari tanah Negeri Sembilan.

Yang Di-Pertuan Agong Malaysia

Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berasal daripada Negeri Sembilan iaitu Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatan baginda pada 1 April 1960. Baginda mangkat ketika masih menjabat jawatan ketua negara dan tempatnya digantikan oleh Sultan seterusnya mengikut sistem penggiliran. Sultan Selangor, Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong kedua Malaysia.

Senarai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

  1. 1773 - 1795 : Raja Melewar
  2. 1795 - 1808 : Raja Hitam
  3. 1808 - 1824 : Raja Lenggang
  4. 1824 - 1861 : Raja Radin
  5. 1861 - 1869 : Yamtuan Imam
  6. 1869 - 1872 : Tengku Ampuan Intan (pemangku Raja)
  7. 1875 - 1888 : Yamtuan Antah
  8. 1888 - 1933 : Tuanku Muhammad
  9. 1933 - 1960 : Tuanku Abdul Rahman
  10. 1960 - 1967 : Tuanku Munawir
  11. 1967 - 2008 : Tuanku Jaafar
  12. 2008 - kini : Tuanku Muhriz

Keistimewaan

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, Raja di Negeri Sembilan adalah terdiri daripada Yang di-Pertuan Besar, Undang Luak Sungei Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol, Undang Luak Rembau dan Tengku Besar Tampin.

Yang di-Pertuan Besar dipilih dan ditabalkan oleh Undang Yang Empat daripada kalangan putera raja berketurunan Raja Lenggang ibni Raja Laut, iaitu Yamtuan Seri Menanti yang ketiga.

Walaupun kedudukan Yang di-Pertuan Besar diakui sebagai Raja, namun kuasa budi bicaranya terhad dan hendaklah mendapat persetujuan daripada Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin dalam banyak aspek termasuk pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan, penangguhan pembubaran Dewan Undangan Negeri, penetapan dasar kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera di Negeri Sembilan dan hal ehwal agama Islam.

Sistem beraja yang unik itu mencetuskan ilham kepada kewujudan jawatan Yang di-Pertuan Agong bagi peringkat Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan Malaysia, di mana Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada sembilan Raja Melayu ditubuhkan untuk memilih Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara automatik akan mengangotai Majlis Raja-Raja dan menjadi sebahagian daripada sistem beraja di Malaysia.

Lihat juga

Rujukan

  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Nota kaki