Nam tiến: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asraf14 (bincang | sumb.)
Dicipta dengan menterjemah laman "Nam tiến"
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 05:08, 8 Disember 2018

Keluasan wilayah terbesar Vietnam pada tahun 1829 (di bawah pemerintahan Raja Minh Mạng), ditekapkan di atas peta politik moden
Peta Vietnam yang menunjukkan penjajahan ke selatan (nam tien, 1069-1834).

Nam tien (bahasa Vietnam: [nam tǐən], atau "penjajahan ke selatan" atau "kemaraan ke selatan") merujuk kepada peluasan wilayah Vietnam ke selatan dari abad ke-11 sehingga ke pertengahan abad ke-18. Wilayah Vietnam secara beransur-ansur diperluaskan sehingga ke Selatan daripada keluasan asalnya di Delta Sungai Merah. Dalam jangka masa kira-kira 700 tahun, wilayah Vietnam diperluaskan tiga kali ganda sehingga terbentuknya wilayah Vietnam yang memanjang pada hari ini.[1]

Arah peluasan jajahan ke selatan boleh dijelaskan secara faktor geografi dan demografi. Di timur terletaknya Laut Cina Selatan, di barat terletaknya Pergunungan Kekanda Truong, di utara terletaknya China, dan kekuasaan orang Vietnam yang tertolak ke selatan yang berjajaran di kawasan pantai. Pada abad ke-11 hingga abad ke-14 telah menyaksikan perolehan dan kehilangan kesan daripada pertempuran merebut batasan wilayah yang sentiasa berubah tangan antara orang Chams dan orang Vietnam. Pada abad ke-15 hingga abad ke-17 pula menyaksikan rentetan daripada kegagalan penaklukan kerajaan Ming (1407-1420), nasib telah menyebelahi orang Vietnam yang bangkit dan mengalahkan negeri-negeri tidak berpusat kerajaan Champa dan seterusnya memaksa orang Chams menyerahkan lebih banyak wilayah mereka. Sehingga abad ke-17 dan abad ke-19, orang Vietnam telah meneroka sehingga sampai ke Delta Mekong. Ketuanan Nguyen Hue melalui hubungan diplomasi dan rampasan secara paksa wilayah-wilayah di bahagian selatan Kemboja akhirnya melengkapkan "Kemaraan ke Selatan".

Sejarah

Penduduk asal di tanah tinggi pusat adalah suku kaum Degar (Orang Montagnard). Orang Vietnam telah menawan dan merampas kawasan tersebut semasa "kemaraan ke selatan" (Nam tien).

Wilayah Cham pula telah dirampas oleh Ketuanan Nguyen.[2] Wilayah-wilayah dan daerah-daerah yang pada asalnya dikawal oleh orang Kemboja telah dirampas oleh Vo Vuong.[3][4]

Kemboja sentiasa diserang oleh Ketuanan Nguyen Vietnam. Sekitar seribu orang penjajah Vietnam telah dibunuh pada tahun 1667 di Kemboja oleh bala tentera tempatan yang terdiri daripada gabungan pasukan orang Cina dan orang Kemboja. Penceroboh orang Vietnam yang telah mula menduduki kawasan Delta Mekong yang sebelum ini dihuni oleh orang Khmer, sebagai tindak balas pencerobohan ini, orang Kemboja mensasarkan orang Vietnam bagi membalas dendam.[5] Orang Kemboja telah mengadu kepada perutusan Eropah Katolik berkenaan dengan penganiayaan orang Vietnam terhadap penganut Katolik yang seterusnya telah menyebabkan kewajaran serangan balas ke atas penjajah Vietnam.[6]

Raja Vietnam Minh Mang telah mengakhiri penaklukan terakhir ke atas Kerajaan Champa setelah perperangan Cham–Vietnam yang berabad lamanya. Pemimpin Muslim Cham bernama Katip Suma yang mendapat pendidikan di negeri Kelantan telah kembali ke Champa bagi mengisytiharkan perang jihad ke atas orang Vietnam selepas Raja Minh Mang menduduki Champa.[7][8][9][10] Orang Vietnam telah menyeksa orang Muslim Cham dengan memaksa mereka memakan cicak dan daging babi manakala bagi orang Hindu Cham pula mereka telah diseksa dengan dipaksa untuk memakan daging lembu tanpa kerelaan hati mereka bagi menghukum mereka supaya mengamalkan cara hidup budaya orang Vietnam.[11]

Minh Mang juga telah mengisytiharkan kecinaan ke atas etnik minoriti seperti orang Kemboja, menuntut warisan Konfusianisme, menuntut Dinasti China, Han sebagai warisan orang Vietnam dan menggunakan panggilan puak Han 漢人 (Hán nhân) bagi menggelar orang Vietnam.[12] Minh Mang pernah bertitah yang berbunyi "Kami mengharapkan supaya perangai kegasaran mereka akan dilenyapkan secara halus tanpa mereka sedar agar kehidupan mereka akan dijangkiti dengan kebudayaan Han [Cina-Vietnam]."[13] Polisi penghapusan etnik ini ditujukan kepada orang Khmer dan suku kaum bukit.[14] Ketuanan Nguyen, Tuan Nguyen Phuc Chu telah menggelar orang Vietnam sebagai "orang Han" pada tahun 1712 bagi membezakan penceroboh Vietnam dengan orang Cham.[15] Ketuanan Nguyen juga telah mewujudkan đồn điền selepas tahun 1790. Perkataan yang tertulis dikatakan berbunyi "Hán di hữu hạn" 漢夷有限 ("di antara orang Vietnam dan orang gasar hendaklah diwujudkan batasan yang jelas") hasil nukilan Raja Gia Long (Nguyễn Phúc Ánh) apabila membezakan orang Khmer dan orang Vietnam.[16] Minh Mang juga telah mengeluarkan dasar pembudaayaan paksa yang ditujukan kepada suku bangsa yang bukan orang Vietnam.[17] Di Vietnam semasa pemerintahan Nguyen sekitar tahun 1800an, Thanh nhân 清人 atau Đường nhân 唐人 merupakan gelaran yang digunakan oleh orang Vietnam untuk memanggil orang berbangsa etnik Cina manakala orang Vietnam pula menggelar kalangan mereka sebagai Hán dân 漢民 dan Hán nhân 漢人.[18]

Sentimen kebencian anti-Vietnam yang melampau disebabkan oleh penaklukan Vietnam sebelum ini ke atas tanah Kemboja di Delta Sungai Mekong yang telah menjadi sebahagian daripada wilayah Vietnam moden pada masa sekarang dan ratusan tahun serangan demi serangan pencerobohan dan penaklukan Vietnam, termasuklah penerokaan haram di Kemboja dan penjajahan Kemboja oleh tentera Vietnam telah menanam perasaan benci yang menebal anti-orang Vietnam dan negara Vietnam yang melampau di Kemboja, yang akhirnya menjurus kepada sentimen bersemangat pro-China dalam kalangan pihak kerajaan dan pembangkang Kemboja, termasuklah di Laut Cina Selatan. Perkara ini telah menyebabkan orang Amerika yang tidak menyedari akan hal ini menjadi bingung dan hairan dengan kecenderungan pro-China di Kemboja.[19]

Baca juga

  • Sejarah peperangan Cham–Vietnam
  • Champa
  • Chey Chettha II
  • Empayar Khmer

Rujukan

  1. ^
    Dung Yang Anh, Le Nam tien dans les textes Vietnamiens, di P. B. Lafont; Les frontieres du Vietnam; Edisi l'Harmattan, Paris tahun 1989
  2. ^ Elijah Coleman Bridgman; Samuel Wells Willaims (1847). The Chinese Repository. proprietors. m/s. 584–.
  3. ^ George Coedes (15 May 2015). The Making of South East Asia (RLE Modern East and South East Asia). Taylor & Francis. m/s. 175–. ISBN 978-1-317-45094-8.
  4. ^ G. Coedes; George Cœdès (1966). The Making of South East Asia. University of California Press. m/s. 213–. ISBN 978-0-520-05061-7.
  5. ^ Ben Kiernan (2008). Blood and Soil: Modern Genocide 1500-2000. Melbourne Univ. Publishing. m/s. 158–. ISBN 978-0-522-85477-0.
  6. ^ Ben Kiernan (2008). Blood and Soil: Modern Genocide 1500-2000. Melbourne Univ. Publishing. m/s. 160–. ISBN 978-0-522-85477-0.
  7. ^ Jean-François Hubert (8 May 2012). The Art of Champa. Parkstone International. m/s. 25–. ISBN 978-1-78042-964-9.
  8. ^ "The Raja Praong Ritual: A Memory of the Sea in Cham- Malay Relations". Cham Unesco. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2015. Dicapai pada 25 June 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  9. ^
    (Diekstrak dari Truong Van Mon, "Raja Praong Ritual: Memori laut dalam Cham - Melayu Hubungan", dalam Memori Dan Pengetahuan Laut Asia Selatan, Institut Lautan dan Bumi Sains, Universiti Malaya, Monograf Siri 3, pp, 97-111. Antarabangsa Seminar Maritim Budaya dan Geopolitik & Bengkel di Bajau Laut Musik dan Menari", Institut Lautan dan Bumi Sains dan Fakulti Seni dan Ilmu Sosial, Universiti Malaya, 23-24/2008)
  10. ^ Dharma, Po. "The Uprisings of Katip Sumat and Ja Thak Wa (1833-1835)". Cham Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2015. Dicapai pada 25 June 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ Choi Byung Wook (2004). Southern Vietnam Under the Reign of Minh Mạng (1820-1841): Central Policies and Local Response. SEAP Publications. m/s. 141–. ISBN 978-0-87727-138-3.
  12. ^ Norman G. Owen (2005). The Emergence Of Modern Southeast Asia: A New History. University of Hawaii Press. m/s. 115–. ISBN 978-0-8248-2890-5.
  13. ^ A. Dirk Moses (1 January 2008). Empire, Colony, Genocide: Conquest, Occupation, and Subaltern Resistance in World History. Berghahn Books. m/s. 209–. ISBN 978-1-84545-452-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008.
  14. ^ Randall Peerenboom; Carole J. Petersen; Albert H.Y. Chen (27 September 2006). Human Rights in Asia: A Comparative Legal Study of Twelve Asian Jurisdictions, France and the USA. Routledge. m/s. 474–. ISBN 978-1-134-23881-1.
  15. ^ https://web.archive.org/web/20040617071243/http://kyotoreview.cseas.kyoto-u.ac.jp/issue/issue4/article_353.html
  16. ^ Choi Byung Wook (2004). Southern Vietnam Under the Reign of Minh Mạng (1820-1841): Central Policies and Local Response. SEAP Publications. m/s. 34–. ISBN 978-0-87727-138-3.
  17. ^ Choi Byung Wook (2004). Southern Vietnam Under the Reign of Minh Mạng (1820-1841): Central Policies and Local Response. SEAP Publications. m/s. 136–. ISBN 978-0-87727-138-3.
  18. ^ Choi Byung Wook (2004). Southern Vietnam Under the Reign of Minh Mạng (1820-1841): Central Policies and Local Response. SEAP Publications. m/s. 137–. ISBN 978-0-87727-138-3.
  19. ^ Greer, Tanner (January 5, 2017). "Cambodia Wants China as Its Neighborhood Bully". Foreign Policy.