Dewan Rakyat Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LaraCintaMerdeka (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
LaraCintaMerdeka (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 41: Baris 41:

| members = '''222''' Ahli Parlimen
Quorum: 26<ref>Peraturan mesyuarat 13 (1) Dewan Rakyat</ref>
[[Majoriti|Majoriti mudah]]: 112
[[Majoriti dua per tiga]]: 148
| members = '''222''' Ahli Parlimen
Quorum: 26<ref>Peraturan mesyuarat 13 (1) Dewan Rakyat</ref>
[[Majoriti|Majoriti mudah]]: 112
[[Majoriti dua per tiga]]: 148
| structure1 = Fail:Dewan Rakyat Malaysia 2018 Pada 01-12-2018.png
| structure1 =
Fail:Dewan Rakyat Malaysia Pada 14-12-2018.png
| structure1_res = 300px
| structure1_res = 300px
| political_groups1 = ({{as of|2018|12|1}})

| political_groups1 = ({{as of|2018|12|14}})

'''[[Kabinet Malaysia 2018|Kerajaan]]'''
(129)
'''[[Kabinet Malaysia 2018|Kerajaan]]'''
(129)
Baris 49: Baris 50:
**{{colorbox|#C7F2F2}} [[Parti Keadilan Rakyat|PKR]] (50)
**{{colorbox|#C7F2F2}} [[Parti Keadilan Rakyat|PKR]] (50)
**{{colorbox|#E21118}} [[DAP]] (42)
**{{colorbox|#E21118}} [[DAP]] (42)
**{{colorbox|#F18A8F}} [[Parti Pribumi Bersatu Malaysia|PPBM]] (15)
**{{colorbox|#F18A8F}} [[Parti Pribumi Bersatu Malaysia|PPBM]] (16)
** {{colorbox|#FFA009}} [[Parti Amanah Negara|AMANAH]] (12)
** {{colorbox|#FFA009}} [[Parti Amanah Negara|AMANAH]] (12)
*'''Kepercayaan dan Pembekalan''' (10)
*'''Kepercayaan dan Pembekalan''' (10)
Baris 56: Baris 57:

'''[[Pembangkang (Malaysia)|Pembangkang]]'''

'''[[Pembangkang (Malaysia)|Pembangkang]]'''

* {{colorbox|#000080}} [[Barisan Nasional]] (47)
* {{colorbox|#000080}} [[Barisan Nasional]] (46)
** {{colorbox|{{United Malays National Organisation/meta/color}}}} [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu|UMNO]] (44)
** {{colorbox|{{United Malays National Organisation/meta/color}}}} [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu|UMNO]] (43)
** {{colorbox|{{Malaysian Indian Congress/meta/color}}}} [[Kongres India Malaysia|MIC]] (2)
** {{colorbox|{{Malaysian Indian Congress/meta/color}}}} [[Kongres India Malaysia|MIC]] (2)
**{{colorbox|{{Malaysian Chinese Association/meta/color}}}} [[Persatuan Cina Malaysia|MCA]] (1)
**{{colorbox|{{Malaysian Chinese Association/meta/color}}}} [[Persatuan Cina Malaysia|MCA]] (1)
Baris 75: Baris 76:
**{{colorbox|#ADD8E6}} [[Parti Bersatu Rakyat Sabah|PBRS]] (1)
**{{colorbox|#ADD8E6}} [[Parti Bersatu Rakyat Sabah|PBRS]] (1)

* {{colorbox|#818181}} [[Bebas (ahli politik)|Bebas]] (6)
* {{colorbox|#818181}} [[Bebas (ahli politik)|Bebas]] (8)

| committees1 = 5
| committees1 = 5

Semakan pada 07:34, 14 Disember 2018

Dewan Rakyat
ديوان رعيت
Dewan Rakyat
Jata
Parlimen Malaysia Ke-14
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Dato' Mohamad Ariff Md Yusof, Bebas
sejak 16 Julai 2018
Mohd Rashid Hasnon, PH-PKR
sejak 16 Julai 2018
Nga Kor Ming, PH-DAP
sejak 16 Julai 2018
Setiausaha
Roosme Hamzah, Bebas
sejak 26 Disember 2007
Tun Dr. Mahathir Mohamad, PH-BERSATU
sejak 10 Mei 2018
Dr. Ahmad Zahid Hamidi, BN-UMNO
sejak 16 Julai 2018
Struktur
Ahli222 Ahli Parlimen
Quorum: 26[1]
Majoriti mudah: 112
Majoriti dua per tiga: 148
{{{Struktur1}}}
Kumpulan politik
(Setakat 14 Disember 2018)

Kerajaan
(129)

Pembangkang

•      GPS (19)
•      PBB (13)
•      PRS (3)
•      PDP (2)
•      SUPP (1)
Jawatankuasa5
Pilihan raya
Sistem pengundian
Pluraliti:First-past-the-post (222 ahli bagi setiap konstituensi)
Pilihan raya terakhir
Pilihan raya umum Malaysia 2018 9 Mei 2018
Pilihan raya seterusnya
16 September 2023 atau lebih awal
Tempat persidangan
Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, Malaysia
www.parlimen.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dewan Rakyat (Tulisan Jawi: ديوان رعيت) merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen Malaysia. Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara - sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.[2] Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.

Tugas

Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: "Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat."[3] Kuasa memanggil dewan bersidang dijelaskan di dalam Perlembagaan sebagai hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan dari tarikh terakhir persidangan berlalu tanpa ada tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya.[4]

Pembubaran

Dewan Rakyat bersidang selama maksimum lima tahun dan kemudian terbubar sendiri melainkan jika dibubarkan lebih awal dari itu.[5] Kuasa pembubaran ini terletak di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong.[6] Baginda boleh membubarkan parlimen walaupun sesi perkhidmatannya masih lagi awal ataupun jika Perdana Menteri tidak lagi memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan kerana tewas samada melalui undi tidak percaya atau meluluskan belanjawan. Namun begitu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh melantik seorang ahli parlimen lain yang menurut budi bicaranya boleh memiliki keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli dewan lain.[7][8]

Perdana Menteri, yang lazimnya mengetuai parti politik atau kumpulan parlimen yang memiliki jumlah kerusi terbanyak bertanggungjawab mengetuai badan eksekutif yang mentadbir negara ini. Beliau turut berhak melantik ahli daripada kedua-dua dewan di parlimen untuk menganggotai Jemaah Menteri.[9] Badan eksekutif ini berperanan membawa atau mencadangkan satu-satu undang-undang untuk dibahas, dikaji dan diluluskan oleh parlimen.

Hak istimewa

Ahli-ahli Parlimen diberi kebebasan dan keistimewaan untuk memperkatakan sesuatu perkara tanpa rasa gusar atau dikecam di luar dewan;[10] satu-satunya badan yang boleh mengecam seseorang ahli parlimen ialah Jawatankuasa Parlimen bagi Hak dan Kebebasan. Kekebalan parlimen ini berkuatkuasa serta-merta setelah seseorang itu mengangkat sumpah menjadi ahli parlimen dan hanya boleh digunapakai ketika ahli tersebut dibenarkan bersuara. Kekebalan ini tidak boleh dipakai ke atas kenyataan-kenyataan yang dibuat di luar dewan. Satu pindaan telah dibuat di bawah Perkara 63 Perlembagaan berikutan Peristiwa 13 Mei dengan penambahan Perenggan 4 yang menidakkan Fasal 2 Perlembagaan yang secara amnya memberikan hak-hak kebebasan asasi. Perenggan 4 itu menerangkan bahawa sesiapapun termasuk ahli Parlimen yang berucap di Dewan Rakyat boleh didakwa jika melakukan kesalahan di bawah Fasal 4 Perkara 10 atau di bawah Akta Hasutan 1948.[11] Selain itu ahli-ahli Parlimen juga kehilangan hak-hak istimewanya jika menganjurkan penghapusan kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja di negeri-negeri.[12]

Proses menggubal undang-undang

Sesebuah undang-undang yang ingin dicadangkan mestilah disediakan rangkanya terlebih dahulu - kebiasaannya oleh Jemaah Menteri atau sesebuah kementerian dengan dibantu oleh Jabatan Peguam Negara. Rangka tersebut yang dikenali sebaga rang undang-undang kemudiannya dikaji dan dibincang bersama-sama oleh Jemaah Menteri. Jika diputuskan untuk dicadangkan ke parlimen, rang itu kemudiannya akan diagih-agihkan kepada semua ahli-ahli dewan rakyat.

Rang ini akan melalui tiga bacaan dalam persidangan Dewan Rakyat.

1. Bacaan pertama adalah untuk memperkenalkan rang undang-undang tersebut.
2. Bacaan kedua untuk dibincang dan dibahas oleh ahli-ahli yang berhormat.
3. Bacaan ketiga akan dicadangkan oleh menteri atau timbalannya untuk dibuat satu undian ke atas rang undang-undang ini.

Kebanyakan undang-undang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah untuk diluluskan. Namun, dalam beberapa keadaan, majorit dua pertiga adalah diperlukan, seperti dalam hal-hal berkaitan meminda perlembagaan. Setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat rang undang-undang itu kemudiannya dihantar ke Dewan Negara dan tiga bacaan yang diterangkan sebelum ini akan dilakukan sekali lagi. Dewan Negara boleh bertindak untuk tidak meluluskan satu-satu rang undang-undang. Walau bagaimanapun, langkah ini hanya melambat-lambatkan kelulusan dibuat selalunya selama sebulan dan kadang-kadang setahun. Setelah tempoh ini tamat, rang undang-undang in dianggap telah diluluskan oleh Dewan Negara.

Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur yang menempatkan Dewan Rakyat.

Jika diluluskan, rang undang-undang itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dipertimbangkan dalam tempoh 30 hari. Jika baginda tidak bersetuju, rang undang-undang itu akan dikembalikan ke parlimen bersama-sama dengan beberapa cadangan pindaan. Parlimen kemudiannya harus mengkaji semula rang undang-undang tersebut dan pindaanya dan mengembalikannya semula kepada Yang di-Pertuan Agong jika rang undang-undang itu diluluskan semula. Yang di-Pertuan Agong mempunyai 30 hari lagi untuk memberikan perkenan diraja. Setelah tempoh itu, rang undang-undang tersebut dianggap telah diluluskan sebagai undang-undang yang boleh berkuatkuasa. Undang-undang ini hanya akan berkuatkuasa setelah dimasyhurkan di dalam Warta Kerajaan.[13]

Kerajaan sering memelihara kerahsiaan sesebuah rang undang-undang yang akan dibahaskan. Ahli-ahli parlimen sering menerima salinan rang undang-undang beberapa hari sebelum dibahaskan dan akhbar-akhbar tempatan jarang menerima salinan tersebut. Dalam sesetengah kes, ahli-ahli dewan pernah diberikan salinan pada hari yang sama sesebuah rang undang-undang itu dibentang di parlimen. Contoh terbaik adalah sewaktu Pindaan Perlembagaan 1968 yang dilakukan tiga bacaan pada hari yang sama. Dalam kes yang agak jarang berlaku, kerajaan pernah mengeluarkan satu Kertas Putih yang mengandungi cadangan-cadangan kerajaan yang akhirnya diluluskan sebagai undang-undang. Kes ini merujuk kepada penggubalan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Rang Undang-undang Persendirian

Proses sebelum ini hanya menerangkan langkah-langkah sesebuah undang-undang itu dibawa oleh pihak kerajaan. Namun begitu, wujud satu lagi proses yang dipanggil Rang Undang-undang Persendirian yang memberi peluang kepada ahli-ahli dewan mencadangkan undang-undang baru untuk dibahas di parlimen. Walaupunbegitu, sebagaimana yang sering menjadi amalan di dalam sistem parlimen ala Westminster, hanya sedikit bilangan ahli parlimen yang pernah memperkenalkan rang undang-undang. Proses ini dimulakan dengan ahli yang terbabit memohon dewan untuk berhenti daripada meneruskan persidangan bagi membahaskan rang undang-undang yang ingin dibawanya sebelum diputuskan dalam undian. Senator dari Dewan Negara juga dibenarkan untuk mencadangkan rang undang-undang di parlimen. Tetapi hanya wakil kerajaan sahaja dibenarkan mencadangkan rang undang-undang berkaitan hal-ehwal kewangan dan ini perlu dilakukan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.[14]

Seringkali sesebuah rang undang-undang yang dicadangkan oleh wakil pembangkang, yang harus menggunakan Rang undang-undang Persendirian, sering dipandang remeh oleh parlimen. Sesetengahnya sampai pernah mendakwa bahawa hak-hak ahli parlimen untuk mencadangkan rang undang-undang telah dihalang melalui pindaan terhadap Aturan Urusan Mesyuarat yang membenarkan Yang di-Pertua dewan meminda cetakan ucapan ahli parlimen sebelum ianya dapat diucapkan.

Keahlian

Setiap ahli Dewan Rakyat dipilih untuk mewakili satu kawasan parlimen melalui pilihanraya pelbagai parti. Kawasan ini ditentukan melalui pensempadanan kawasan pilihanraya yang dijalankan setiap lapan tahun sekali setelah dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.[15] Pensempadanan semula kawasan parlimen ini hanya boleh diluluskan di Dewan Rakyat dengan mendapat sokongan daripada sekurang-kurang dua pertiga ahli-ahli dewan.

Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:

• warga negara Malaysia[16]
• tidak kurang dari 21 tahun[17]
• waras fikiran[18]
• bukan seorang muflis[19]
• tidak memegang jawatan berpendapatan[20]
• telah menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya sebelum ini, jika pernah bertanding[21]
• tidak mempunyai rekod jenayah[22]

Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.[23]

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[24] Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.[25]

Yang di-Pertua

Dewan Rakyat dipengerusikan oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua orang Timbalan Yang di-Pertua. Yang di-Pertua tidak semestinya dipilih di kalangan ahli-ahli parlimen tetapi timbalan-timbalannya haruslah dipilih di kalangan anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain.[26] Mereka berperanan besar mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, Yang di-Pertua turut bertanggungjawab memastikan keadaan tenteram di parlimen selain berusaha sebaik mungkin utuk melicinkan perjalanan persidangan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-12 ketika ini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia dari Barisan Nasional. Beliau, yang merupakan Speaker Dewan Rakyat yang ke-8 dan tidak mempunyai kerusi di parlimen adalah penjawat pertama dari negeri Sabah. Timbalan-timbalannya ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong-BN) dan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee (Beluran-BN).

Jawatankuasa

Senarai jawatankuasa dalam Dewan Rakyat Parlimen Malaysia ke-14[27]

Jawatankuasa Pemilih Parlimen ke-14

Yang Berhormat Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof
Yang di-Pertua Dewan Rakyat - (Pengerusi)

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Ahli Parlimen Pandan / Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin
Ahli Parlimen Pagoh / Menteri Dalam Negeri

Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Sabu
Ahli Parlimen Kota Raja / Menteri Pertahanan

Yang Berhormat Datuk Ignatius Dorell Leiking
Ahli Parlimen Penampang / Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

Yang Berhormat Tuan Tan Kok Wai
Ahli Parlimen Cheras

Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen ke-14

Sedang dikemaskini

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen ke-14

Yang Berhormat Dato' Mohamad Ariff Md Yusof
Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Pengerusi)

Yang Berhormat Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh
Ahli Parlimen Sri Gading / Timbalan Menteri Wilayah

Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Ahli Parlimen Segambut / Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Yang Berhormat Dr. Azman Ismail
Ahli Parlimen Kuala Kedah

Yang Berhormat Dato' Mansor Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal

Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Haji Ismail Mohamed Said
Ahli Parlimen Kuala Krau

Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Jawatankuasa Dewan Parlimen ke-14

Yang Berhormat Dato' Mohamad Ariff Md Yusof
Yang Di Pertua Dewan Rakyat (Pengerusi)

Yang Berhormat Tuan Mohamed Hanipa Maidin
Ahli Parlimen Sepang / Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)

Yang Berhormat Dato' Johari Abdul
Ahli Parlimen Sungai Petani

Yang Berhormat Puan Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Permatang Pauh

Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli Parlimen Lanang

Yang Berhormat Dato' Sri Azalina Othman Said
Ahli Parlimen Pengerang

Yang Berhormat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ahli Parlimen Kubang Kerian

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ke-14

Yang Berhormat Dato' Mohamad Ariff Md Yusof
Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Pengerusi)

Yang Berhormat Dr. Mohamed Farid Md Rafik
Ahli Parlimen Tanjung Piai / Tim. Men. Di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial)

Yang Berhormat Dato' Abdullah Sani Abdul Hamid
Ahli Parlimen Kapar

Yang Berhormat Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu
Ahli Parlimen Batu Gajah

Yang Berhormat Tuan Ahmad Hassan
Ahli Parlimen Papar

Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Ahli Parlimen Bera

Yang Berhormat Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Pilihan raya

Ahli-ahli Dewan Rakyat berkhidmat selama maksimum lima tahun bagi satu-satu sesi parlimen. Selepas itu pilihanraya mesti diadakan bagi memilih ahli-ahli baru. Pembubaran parlimen hanya boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.

Pengundi-pengundi akan memilih seorang wakil rakyat daripada setiap 222 bahagian pilihan raya.[28][29] Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang keahliannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.[30] Pemenang pilihanraya selalunya ditentukan menggunakan prinsip majoriti tertinggi - calon yang mendapat undi terbanyak berbanding calon-calon lain - yang turut diamalkan di dalam sistem berparlimen ala Westminster.[31]

Pilihanraya umum terakhir yang telah diadakan di Malaysia ialah pada 5 Mei 2013.

Pembentukan kerajaan

Parti politik atau gabungan parti-parti politik yang memenangi kerusi terbanyak di Dewan Rakyat berhak untuk membentuk kerajaan yang baru. Kerajaan akan diketuai oleh seorang ahli parlimen yang memiliki sokongan majoriti dewan dan beliau dipanggil Perdana Menteri. Namun begitu, Perdana Menteri Malaysia tidak dilantik oleh ahli-ahli parlimen. Jawatan ini hanya boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan mengikut budi bicara baginda unuk memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang dirasakan mendapat sokongan terbanyak ahli-ahli di Dewan Rakyat. Perdana Menteri Malaysia ketika ini ialah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak (Pekan-BN).

Lihat juga: Perdana Menteri Malaysia untuk senarai Perdana Menteri Malaysia.

Mengikut tradisi berparlimen Westminster, seorang ahli Dewan Rakyat yang memiliki sokongan terbanyak golongan minoriti di parlimen akan memain peranan sebagai Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia Ke-12 ialah Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh-PKR). Beliau telah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Beliau menggantikan Ketua Pembangkang terdahulu, Ahli Parlimen P44 Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatannya pada 31 Julai 2008. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan wanita pertama di Malaysia yang diberi penghormatan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang.[32] Selepas Pilihan Raya ke-13 iaitu pada 5 Mei 2013, sekali lagi Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang apabila Pakatan Rakyat (Gabungan PKR-DAP-PAS) berjaya memegang 89 daripada 222 kerusi parlimen, iaitu sebanyak 40.09%.

Pilihan raya kecil

Mengikut Undang-undang Pilihanraya, jika seseorang Ahli Parlimen terpaksa mengosongkan kerusinya dengan apa jua sebab sekalipun sewaktu Dewan Rakyat berada di awal sesi perkhidmatannya dan tidak kurang daripada dua tahun sebelum dewan terbubar, satu pilihan raya kecil perlu diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut. Jika kekosongan itu berlaku kurang dari dua tahun sebelum dewan terbubar pula, pilihanraya kecil hanya boleh diadakan jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memastikan bahawa sokongan majoriti terhadap parti kerajaan telah terjejas.[33] Proses dan penganjuran satu pilihan raya kecil adalah sama seperti pilihan raya umum dijalankan. Kebanyakan pilihan raya kecil adalah kurang penting kerana kerajaan seringkali memiliki majoriti stabil di Dewan Rakyat. Namun begitu, pilihan raya kecil boleh dijadikan kayu pengukur terhadap prestasi semasa kerajaan.

Keputusan pilihan raya terkini

Senarai sesi Parlimen

No.
Tahun
Pilihan raya
Kerajaan*
Pembangkang
Jumlah
Kerusi
Bil. Kerusi
% Kerusi
% Undi
Bil. Kerusi
% Kerusi
% Undi
1   1959** 74 71.15 51.7 30 28.85 48.3 104
2   1964** 89 85.58 58.5 15 14.42 41.5 104
3 1969 95 66.00 49.3 49 34.00 50.7 144
4 1974 135 87.66 60.7 19 12.34 39.3 154
5 1978 130 84.42 57.2 24 15.58 42.8 154
6 1982 132 85.71 60.5 22 14.29 39.5 154
7 1986 148 83.62 55.8 29 16.38 41.5 177
8 1990 127 70.55 53.4 53 29.45 46.6 180
9 1995 162 84.38 65.2 30 15.62 34.8 192
10 1999 148 76.68 56.5 45 23.32 43.5 193
11 2004 198 90.41 63.9 21 9.59 36.1 219
12 2008 140 63.1 50.27 82 36.9 46.75 222
13 2013 132 59.46 48.55 90 40.54 51.45 222
14 2018 122 54.95 50.1 100 45.05 49.9 222
* "Kerajaan" bermaksud Parti Perikatan bagi tahun 1959 dan 1964; Parti Perikatan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi tahun 1969; dan Barisan Nasional sejak 1974.
** Perkiraan adalah untuk tahun 1959 serta 1964 kerana Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya parlimen pada tahun 1964.
Sumber: Arah Aliran Malaysia: Penilaian Pilihan Raya (PDF)

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar