Mohamed Said Keruak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7: Baris 7:
| birth_place = [[Kota Belud]], [[Borneo Utara]]
| birth_place = [[Kota Belud]], [[Borneo Utara]]
| residence =
| residence =
| death_date = 17 November 1995
| death_date = {{death date and age|1995|11|17|1926|11|15}}
| death_place = [[Kota Kinabalu]], [[Sabah]]
| death_place = [[Kota Kinabalu]], [[Sabah]]
| office = [[Ketua Menteri Sabah]] ke-4
| office = [[Ketua Menteri Sabah]] ke-4

Semakan pada 01:42, 18 Disember 2018

Tun

Mohamed Said bin Keruak
Ketua Menteri Sabah ke-4
Dalam jawatan
1 November 1975 – 13 April 1976
Didahului olehMustapha bin Harun
Digantikan olehMohammad Fuad Stephens
Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-7
Dalam jawatan
1987 – Disember 1994
Didahului olehMohamad Adnan Robert
Digantikan olehSakaran Bin Dandai
Anggota Parlimen
untuk Kota Belud, Sabah
Butiran peribadi
Lahir15 November 1926 [1]
Kota Belud, Borneo Utara
Meninggal dunia17 November 1995(1995-11-17) (umur 69)
Kota Kinabalu, Sabah
Parti politikBN - USNO
Anak-anakMohd Salleh
Saidatul Badru
Saidatul Badariah
Sandralilah
Saidatul Zainorah

Tun Haji Mohamed Said bin Keruak adalah seorang ahli politik Barisan Nasional - USNO di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Sabah (1975-1976) dan Yang di-Pertua Negeri Sabah (1987-1994).

Keluarga

Anaknya Dr Mohd Salleh Tun Haji Mohd Said turut terjun ke arena politik dan pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Anaknya Datin Saidatul Badru Tun Haji Mohd Said, 61, pengasas dan Pengerusi Sekolah Islamiah al-Badru, Darul Bakti di Kota Belud, Sabah. Said Keruak mewakapfkan tanah seluas 1.5 hektar untuk tujuan pendidikan Islam .[2]

Politik

Said Keruak pernah menjadi Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah (September 1966) [3] Pada 2 Februari 1965, beliau mengumumkan projek pengairan dan sawah padi seluar 1100 ekar di Kota Belud,Kudat, Ranau, Keningau, Bandau dan Labuan. Lembah Labuk juga sesuai untuk tujuan pertanian. RM333,000 untuk skim ladang kelapa sawit Klias di Beaufort.[4]

Minat beliau mendalam dalam sukan kuda dan menyertai Kelab Kuda Diraja Sabah yang terletak di Jesselton.Beliau mempunyai enam ekor kuda termasuk yang bernama 'Sweet Seventeen'.[perlu rujukan] Akhirnya beliau berhenti daripada kelab lumb kuda itu ekoran beberapa pertikaian.[perlu rujukan]

Yang diPertua Negeri Sabah

Ketika beliau menjadi TYT Sabah, krisis dalam PBS berlaku dan UMNO dibawa dari Semenanjung. Beberapa pemimpin USNO menubuhkan parti UMNO di Sabah di bawah pimpinan Sakaran Dandai. Demi kselamatan, polis PDRM Sabah diketuai Ketua Polis Pantai Barat Sabah, Penolong Kanan Pesuruhjaya II Tuffile Nawab Din melakukan pemeriksaan keselamatan di bangunan Dewan Undangan Negeri di Likas. Said Keruak menegaskan pebentukan kerajaan baru adalah di bawah bidang kuasa dan budi bicara Yang diPertua Negeri Sabah. Kerajaan sedia ada pimpinan Pairin Kitingan tidak lagi mempunyai sokongan majoriti. Akhirnya , Sakaran dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Joseph Pairin Kitingan. Kemudian anaknya Salleh Said Keruak menjadi Ketua Menteri Sabah.

Rujukan