Raisha (musim 2): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kyra Zahirah (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 16: Baris 16:
| last_aired = kini
| last_aired = kini
| preceded_by = [[Cinta Lemon Madu]]
| preceded_by = [[Cinta Lemon Madu]]
| followed_by =
| followed_by = [[Aku Cinta Dia]]
}}
}}



Semakan pada 12:25, 20 Disember 2018

Raisha 2
GenreDrama
Cinta
Konflik
Keluarga
Dendam
Ditulis olehMufid Suhaimi
Next Scene Team
PengarahNizam Zakaria
Dibintangi oleh
Diana Danielle
Hafidz Roshdi
Fadlan Hazim
Mawar Rashid
Tunku Hanis
Reen Rahim
Hafreez Adam
Azrel Ismail
Aishah Atan
Ridzuan Hashim
Noniswara
Fara Mendoza
Fahrin Ahmad
Lagu pembukaanBukan Aku nyanyian Tasha Manshahar.
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod12 Episod
Penerbitan
Tempoh siaranRabu - Jumaat, 9 malam.
Syarikat penerbitan
(OrangeTree Production Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalPortal Tonton™
TV3 (Slot Lestary)
Siaran asal5 Disember 2018 – kini
Kronologi
MengikutiCinta Lemon Madu
Diikuti olehAku Cinta Dia

Raisha 2 ialah drama Malaysia 2018 yang bertemakan cinta dan Konflik. Drama ini juga merupakan kesinambungan kepada drama dengan tajuk sama yang disiarkan pada 2017 dan dibintangi oleh Diana Danielle sebagai watak tajuk. Drama ini ditayangkan di platform Tonton dua minggu sebelum tayangan di TV dan mula ditayangkan di TV3 mulai 5 Disember 2018.[1]

Sinopsis

Mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang begitu dahagakan populariti. Beliau yang sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Qayyum hasil dari perkahwinannya bersama Reymy kemudiannya berkahwin dengan Fuad, seorang usahawan muda yang juga sahabat karibnya semenjak bangku sekolah. Setiap perniagaan pastinya melalui beribu cabaran dan Fuad tidak terkecuali. Apabila pendapatan perniagaan Fuad semakin merosot, Raisha merasakan dia perlu mengejar cita-citanya kembali untuk meningkatkan populariti.

Tempat Raisha bekerja dikunjungi syarikat penerbitan dan dijadikan lokasi penggambaran. Bagaikan tuah datang bergolek, kejelitaan Raisha menarik perhatian Rashdan dan ditawarkan watak utama di dalam sebuah filem. Raisha telah merahsiakan statusnya malahan dia mendakwa Qayyum hanyalah anak saudaranya.

Fuad tidak senang hati dengan perubahan Raisha. Raisha sering mencari masa dan alasan untuk berjumpa dengan Rashdan. Dia sudah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Rashdan pula sudah jatuh cinta dengan Raisha. Dia meyakinkan Raisha bahawa dia akan menjaga Raisha di Kuala Lumpur nanti. Lantas, Raisha berfikir bahawa penceraian bersama Fuad adalah jalan terbaik baginya.

Perasaan marah telah menguasai Fuad dan mereka berdua bergaduh besar. Fuad tidak akan bersetuju untuk menceraikan isterinya kerana masih menyayangi Raisha. Bagaimanapun, Raisha sudah tidak tahan lagi dengan perangai Fuad yang sering memaksanya untuk berubah. Raisha tetap inginkan penceraian dari Fuad dan nekad berhijrah ke Kuala Lumpur. Adakah Fuad akhirnya melafazkan cerai?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Rujukan

Pautan luar