Hannah Delisha: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Memperbaiki ejaan, Memperbaiki tatabahasa, Membubuh pautan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Kyra Zahirah (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 152: Baris 152:
| style="text-align:center;"|[[Astro Ria]]
| style="text-align:center;"|[[Astro Ria]]
|-
|-
| rowspan="4" style="text-align:center;"|2018
| rowspan="5" style="text-align:center;"|2018
| ''[[Kisah Paling Sulung (drama bersiri)|Kisah Paling Sulung]]''
| ''[[Kisah Paling Sulung (drama bersiri)|Kisah Paling Sulung]]''
| Syafiqah
| Syafiqah
Baris 168: Baris 168:
| Iris
| Iris
| style="text-align:center;"|
| style="text-align:center;"|
|-
| ''[[Aku Cinta Dia (drama)]]''
| Laila
| [[TV3]] [[Slot Lestary]]
|-
|-
|}
|}

Semakan pada 12:38, 20 Disember 2018

Hannah Delisha
Kelahiran
Hannah Adlina Blackburne Birch

(1996-10-27) 27 Oktober 1996 (umur 27)
WarganegaraSingapura[1]
Pekerjaan
Tahun aktif2013–kini
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Faithful Music (2017–kini)
Pengkarya berkait
Faizal Tahir

Hannah Delisha (lahir Hannah Adlina Blackburne Birch; 27 Oktober 1996)[2] ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengacara Singapura. Beliau berdarah kacukan Inggeris dan Melayu yang mana bapanya berbangsa Inggeris manakala ibunya berbangsa Melayu Singapura.[3]

Kerjaya

Hannah merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha. Mereka menghasilkan lagu yang berjudul "Retak" dan selepas Hannah menjadi penyanyi solo pada tahun 2015, beliau menghasilkan single pertamanya yang berjudul "Anugerah". "Anugerah" merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2017, beliau kemudiannya menghasilkan single keduanya, "Esok Masih Ada" yang juga merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2018, beliau menghasilkan single ketiganya, "Tak Perlu Kata Apa-Apa".

Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri, penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai 'Kakcik Wujud' kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti seram dengan anggota-anggota krew Wujud.

Beliau juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana lakonan dalam drama Farhana merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen.[4] Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura edisi ke-14 di mana beliau menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa meskipun beliau berada dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih. Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatkan beliau antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.

Pada tahun 2017, beliau mengorak langkah dalam bidang lakonan tempatan Malaysia dan meningkat popular menerusi drama Slot Astro Megadrama Mencintaimu Mr. Photographer bersama pelakon Syafiq Kyle.

Legasi

Beliau diparodikan sebagai Hannah Delicious yang dilakonkan oleh Ruhainies Farehah dalam telefilem Matilahnak yang bersiaran di Astro Citra.

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Album
2015 "Anugerah" Single
2017 "Esok Masih Ada" Single
2018 "Tak Perlu Kata Apa-Apa" Single
2018 "Hana" (ft. Aziz Harun) Single

Lagu tema

Tahun Tajuk Drama
2017 Baby Bro Baby Bro
2018 Esok Masih Ada Monalisa
2018 Hana Alamatnya Cinta

Lagu promosi

Tahun Tajuk Produk
2017 "Nova Superstar" Huawei Nova 2i CF

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Langsuir Suri Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2016 Farhana Aaliyah Suria
Kemelut Nadia
Kathy Gerenti Farah
Bingit Musim ke-4: Kurnia Ateeyah
2017 Faculty Zarina Saluran 5
7 Hari Faeqah Suria
Mencintaimu Mr. Photographer Aira Qaisara Astro Ria
2018 Kisah Paling Sulung Syafiqah Astro Go
3 Gadis Manis: Musim ke-2 Jo Drama Web: Astro Gempak
Alamatnya Cinta Ellie Farhana Astro Ria
I Love You, Stupid! Iris
Aku Cinta Dia (drama) Laila TV3 Slot Lestary

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2017 Spaghetti Kuah Kacang Ashley Astro Ria
2018 The Hantus Dhia Astro First Eksklusif
Cruise Cinta Lebaran Maria ntv7

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Siaran
2016 Ciptarasa Rempah Ratus Pengacara TVi

Teater

Tahun Tajuk Catatan
2017 Titaditu Watak Utama

Dilalui oleh

Nama bertugas Nama parlimen Tarikh bertugas
Aleesya Rusley Kallang 4 Disember 2018

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2017 Pesta Perdana Singapura ke-14 Personaliti Wanita Paling Popular Menang
Anugerah Planet Muzik ke-16 Artis Paling Popular – Singapura Menang
Anugerah Instafamous HurrTV Anugerah Instafamous Pujaan Hati Menang
2018
Anugerah MeleTOP Era ke-5
Artis Baharu MeleTOP Mencintaimu Mr. Photographer Tercalon
Anugerah Planet Muzik ke-17
Kolaborasi Terbaik (Lagu) "Tak Perlu Kata Apa-Apa" Tercalon
Ikon Media Sosial Tercalon
Anugerah Telenovela ke-3
Pelakon Wanita Telenovela Popular Mencintaimu Mr. Photographer Tercalon
The 100 Most Influential Young Entrepreneurs
Arts & Culture – Special Commendation Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31
Artis Wanita Baru Popular Mencintaimu Mr. Photographer Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Syafiq Kyle) Tercalon

Rujukan

Pautan luar