Sherry Alhadad: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 144: Baris 144:
| mengacara bersama Alif Satar.
| mengacara bersama Alif Satar.
|-
|-
| rowspan="2" style="text-align:center;"|2018
| rowspan="3" style="text-align:center;"|2018
| Big Stage (BS 2018)
| Big Stage (BS 2018)
| Astro Ria
| Astro Ria

Semakan pada 16:17, 24 Disember 2018

Sherry Alhadad
Kelahiran
Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad

(1984-11-17) 17 November 1984 (umur 39)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, Pelawak, Pengacara
Tahun aktif2006 - kini

Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad (lahir 17 November 1984) atau lebih dikenali sebagai Sherry Alhadad (Jawi : سهيرري الهادد) merupakan seorang pelawak [2], pelakon dan pengacara TV terkenal Malaysia.

Beliau juga bergelar pensyarah di Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang teater [3] . Bakat lakonan Sherry bermula ketika menuntut di ASWARA dan kemudiannya dibawa ke industri lakonan oleh pengarah Shahrulezad Mohamamedin menerusi telefilem "Sutun" pada tahun 2006. Sejak itu dia bergelar pelawak dan pengacara TV terkenal termasuk pernah mengacarakan program sensasi Melodi TV3. Beliau begitu popular bersama rakan regunya pelawak Zulin Aziz yang sama-sama mengacarakan program bual bicara di TV9 iaitu "Diva - Terbitan"

Sherry datang daripada keluarga yang menceburi bidang seni. Anak-anak saudaranya (yang lebih berusia darinya) terlebih dahulu menceburi bidang seni iaitu dramatis tersohor 90an Sharifah Haslinda dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah. Setelah itu seorang lagi anak saudaranya (yang lebih muda), Sharifah Sakinah juga bergelar pelakon dan pelawak.

Pendidikan

Sherry Alhadad berdarah keturunan Terengganu di sebelah bapa dan Sarawak di sebelah ibu ini menetap di Taman Melati Selangor dari semenjak kecil sehingga kini. Sherry mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Dua, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati dan Akademi Seni Kebangsaan di peringkat Diploma.

Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Seni Persembahan Teater dengan kepujian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan kini beliau salah seorang tutor di akademi itu.[4]

Kerjaya Seni

Penglibatan awalnya dalam bidang seni bermula menerusi teater "Atap Genting Atap Rumbia" (2004) arahan Marlia Musa ketika melanjutkan pengajiannya [5] [6] . Teater sudah diakuinya sebagai makanan penting. Sherry pernah beraksi dalam teater yang pecah panggung seperti watak penting sebagai Nyonya dalam "Mak Dara Nyonya" (2011) dan "Nyonya & The Gang" (2012) . Bekerja bersama pengarah Rosminah Tahir, dia bekerja bersama penyanyi terkenal Misha Omar dan pelakon/penyanyi/pelawak Amy Mastura dalam beberapa lagi siri pementasan serupa[7]. Pengarah Shuhaimi Lua merupakan orang yang bertanggungjawab untuk dia menukarkan namanya itu selepas tamat pementasan teater "Mak Dara Nyonya". Selain itu beliau juga muncul dalam teater "Asmara-ra All Stars" (2014) bersama Sharifah Amani dan Siti Saleha. Projek teaternya yang paling ikonik adalah siri teater "Projek Disko Baldi" bersama ensembel seperti Redza Minhat, Iedil Putra, Sharmaine Othman, Tuan Faisal, Asyraf Zain, Megat Syarizal dan Farah Rani yang kemenangan manis di Anugerah Seni BOH Cameronian ke 10 sebagai pemenang Anugerah Pilihan Penonton Kakiseni kategori teater[8]. Bersama Disko Baldi mereka pernah menjayakan pementarasan "Projek Disko Baldi" (2012), "PBD: Dreams" (2013) dan "PBD: Muzikal, Boleh Tinggi Lagi" (2014). Produksi ini malahan diundang oleh stesen 8TV untuk menerbitkan rancangan serupa sebanyak 13 episod pada tahun 2013.

Di kaca TV, Sherry berkembang dari pelakon sampingan dalam "Sutun" kepada pelakon komedi yang lebih dikenali. Beliau muncul dalam telefilem "Rampas" (2008), "Seratus Harijadi" (2010), "Nostalgila" (2014), sitkom "Oh My English" (2014) dan siri TV "Misiku Kuza" (2013-2014). Pada tahun 2014, Sherry (bersama Zulin) mengorak langkah bergelar pengacara TV apabila diundang oleh stesen TV3 untuk mengacarakan majlis Festival Drama Kuala Lumpur 2014. Tak lama selepas itu mereka berdua bergabung tenaga bersama Awal Ashaari mengacarakan program Melodi TV3 selama enam bulan. Mulai Januari 2015, Sherry dan Zulin diberi kepercayaan mengendalikan rancangan bual bicara sendiri iaitu "Diva-Kelakarama" setiap malam minggu. Beliau ingin menceburi nyanyian sambil berlawak & memparodikan iaitu rancangan realiti Juara Parodi di (Astro Warna) ingin bergandingan Zulin Aziz & Zahid iaitu kumpulan Skru.

Pada tahun 2017, Sherry sudah membintangi drama Misteri Wan Peah yang telah ditayangkan di TV3 dalam slot terbaru Seramedi. Selain itu, beliau juga akan mengacara program tv terbaru iaitu Perang Bibir bersama Dennis Yin di TV9. Tambahan lagi, pada tahun ini Sherry sudah mempunyai rancangan bual bicaranya sendiri yang dinamakan The Sherry Show dan telah bersiaran di TV3 bermula bulan November yang lalu [9] . Kerjayanya pada 2018 ini bermula dengan Beliau akan mengacarakan pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 bersama Alif Satar pada 11 Februari ini. Ini bakal menjadi kali kedua Sherry bergandingan bersama Alif Satar selepas berjaya mengacarakan konsert Rockanova bersama pertengahan 2017 yang lalu. Pada tahun 2018 ini juga, Sherry AlHadad sekali lagi digandingkan dengan Dennis Yin dalam rancangan yang masuk musim ke-2 yang diberi nama baru iaitu Drop The Beat yang sebelum ini dikenali sebagai Perang Bibir dan akan bersiaran di NTV7.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2013 Kolumpo Sherry
2015 Rembat Pembunuh
2016 My Stupid Boss Azizah
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Kemunculan khas
2019 Bikin Filem Pos produksi

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 7 Ramadan
2016 Cinta 100kg TV3
Ahli Mesyuarat Tingkap Ira TV3
2017 Bas Stop Astro Warna Sitkom
Misteri Wan Peah TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Rampas
2010 Seratus Harijadi Astro Ria
2014 Oh My English!: Villa Isabellaaa! Cikgu Bedah Astro TVIQ

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2017 Rockanova 2017 Pengacara Astro Prima & Astro Maya HD mengacara bersama Alif Satar.
2018 Big Stage (BS 2018) Astro Ria mengacara bersama Alif Satar.
Drop The Beat nTV7 mengacara bersama Dennis Yin.
Muzik Muzik 33 TV3 mengacara bersama Haziq Hussni.

Teater

Tahun Tajuk Sebagai Catatan
2004 Atap Genting Atap Rumbia

Anugerah dan pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular Tercalon
Artis Versatil Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar