Nina Iskandar: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
IslamBro (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 54: Baris 54:
|style="text-align:center;"|2013
|style="text-align:center;"|2013
!''[[Ada Apa Dengan Rina|Ada Apa Dengan Rina?]]''
!''[[Ada Apa Dengan Rina|Ada Apa Dengan Rina?]]''
|Rina
|
|Harlif Haji Mohamad<br>Farid Azlan Ghani
|Harlif Haji Mohamad<br>Farid Azlan Ghani
|Filem Brunei, watak pembantu
|Filem Brunei, watak pembantu

Semakan pada 23:49, 25 Disember 2018

Nina Iskandar
Kelahiran
Nur Akmalina binti Iskandar

(1991-08-04) 4 Ogos 1991 (umur 32)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2011–kini

Nur Akmalina binti Iskandar (lahir 4 Ogos 1991) atau lebih dikenali sebagai Nina Iskandar (Jawi : نين إسكندر) [1] ialah seorang pelakon wanita Brunei Darussalam.[2] Beliau mula mencipta nama sebagai pelakon di Malaysia menerusi filem Muka Surat Cinta arahan Pierre Andre dan sejak dari itu, beliau muncul dalam beberapa drama dan telefilem tempatan.[3]

Kerjaya

Nina Iskandar memulakan kerjaya lakonannya sejak 2011, sebelum berhijrah ke Malaysia, Nina terlebih dahulu mencipta nama sebagai pelakon di negara kelahirannya menerusi drama Erna Suraya yang menggabungkan kerjasama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).[4]

Beliau kemudiannya membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem Ada Apa Dengan Rina arahan Harlif Haji Mohamad dan Farid Azlan Ghani yang menggunakan loghat Melayu Brunei.[5] Filem ini dibintangi oleh Dayangku Moniri Pengiran Mohiddin sebagai Rina terbitan Regalblue Productions.[5]

Pada 16 Januari 2014, beliau muncul dalam filem drama romantik Muka Surat Cinta arahan Pierre Andre, ia menjadi filem pertamanya dalam kerjaya lakonannya di Malaysia.[6]

Nina juga paling dikenali menerusi watak Fatihah dalam drama rantaian Andainya Takdir dan kesinambungannya yang disiarkan di TV3.[7]

Kehidupan peribadi

Nina merupakan anak kedua dari empat beradik, kini menetap di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau sebelum ini pernah memakai tudung, namun membuat keputusan untuk menanggalkannya.[8]

Beliau merupakan pelajar dalam bidang Pengurusan Perniagaan di kolej International Graduate Study (IGS) di Bandar Seri Begawan,[9] namun mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya baharunya.[9]

Nina terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan bibirnya koyak dan hidungnya patah semasa kemalangan melibatkan kereta miliknya dan dua kereta lain pada 27 November 2018.[10]

Filemografi

Kunci
Filemografi yang belum dikeluarkan Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2013 Ada Apa Dengan Rina? Rina Harlif Haji Mohamad
Farid Azlan Ghani
Filem Brunei, watak pembantu
2014 Muka Surat Cinta Luna Pierre Andre
Sniper Harlina Pierre Andre
Lu, Gua, Bro! Hawa Ismail Bob Hasim
Pengantin Malam Laila Eyra Rahman
2017 Hospital [11] Dahlia Azaromi Ghazali

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Rintihanku RTB
2012 Balkish
2013 Erna Suraya TV2
2014 Jika Itu Takdirku Qistina TV3
Raya Ni Mesti Kahwin Nana
2015 Dendam Semalam Linda
Padamu Aku Bersujud
Raya Ni Dah Kahwin Nana
Lari Mira Mira
2016 Sha & Shah Mariatie Astro Ria
Mr Tanda Soal Vee TV3
Terlarang Sudah Rinduku Erin TV9
2017 Papa Ricky Lola Astro Prima
Andainya Takdir Fatihah TV3
2018 Bicara Cinta Tertangguh Suriya Hanum Unifi TV
Solat: Maafkan Aku Tuhan TV3
Andainya Takdir 2 Fatihah
Cinta Bukan Kristal Sofea Darlyna
Isteri Dalam Sangkar Siti Aisyah Unifi TV
2019 Setelah Cinta Itu Pergi Filemografi yang belum dikeluarkan Marina TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Serambi Mama Yani TV3
Pondok Itu Rumahku TV3
Sha, Shah & Syawal Mariatie Astro Ria
Kalau Aku Kaya Lia TV3
2017 13 Tiang Cinta Uzma TVi
Siapa Dia Sebenarnya TV3
Jasmine Jasmine TV9
Bini Muda Ryani TV9
2018 Ratu Kebaya Masuk U TV2
Syahadah Terakhir TV3
Gerabak Cinta
Senarai Raya Papa

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) Tercalon

Rujukan

  1. ^ Biodata Nina Iskandar Azhan.co (1 November 2017). Diperoleh pada 1 November 2017.
  2. ^ Saya cuma jadi diri sendiri – Nina Kosmo! (30 Jun 2015). Diperoleh pada 29 Mei 2017.
  3. ^ Azam Baru Nina Iskandar Malaysian Access (15 September 2015). Diperoleh pada 30 Mei 2017.
  4. ^ "Drama Erna Suraya Lakonan Tasha Shila". Sensasi Selebriti. 30 Mei 2017. Dicapai pada 29 Disember 2012.
  5. ^ a b "Brunei to premiere first local dialect film". The Borneo Post. 2 Februari 2013. Dicapai pada 4 Februari 2013.
  6. ^ "Pencarian gadis misteri dalam Muka Surat Cinta". Sinar Harian. 18 Januari 2014. Dicapai pada 29 Mei 2017.
  7. ^ Aqmar Mustaza (22 Jun 2017). "Nina Iskandar hampir tarik diri dari Andainya Takdir". Media Hiburan. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  8. ^ Norhayati Nordin (2 Oktober 2016). Tak suka sibuk hal orang Harian Metro. Dicapai pada 30 Mei 2017.
  9. ^ a b Roni Hidayat Ridhwan (17 November 2013). Nina berhenti belajar Kosmo!. Dicapai pada 30 Mei 2017.
  10. ^ Nor Eryani Yusop (29 November 2018). Pelakon Nina Iskandar terlibat kemalangan kereta Kosmo!. Dicapai pada 7 Disember 2018.
  11. ^ Kelemahan Lakon Layar Punca Kekeliruan 'Hospital' - Wayang. mStar Online (17 April 2017). Diperoleh pada 1 Mei 2017.

Pautan luar