Kimchi Untuk Awak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Sixday7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3: Baris 3:
| image=
| image=
| caption =
| caption =
| director= Michael Ang
| director= [[Michael Ang]]
| producer= Najawa Abu Bakar (eksekutif) {{br}} [[Rafiena Ezanee Ramli]] (eksekutif) {{br}} Syahrul Iman Shamsuddin {{br}} Anne Low
| producer= Najawa Abu Bakar (eksekutif) {{br}} [[Rafiena Ezanee Ramli]] (eksekutif) {{br}} Syahrul Iman Shamsuddin {{br}} Anne Low
| writer= Michael Ang {{br}} Nazri M. Annuar
| writer= Michael Ang {{br}} Nazri M. Annuar
Baris 24: Baris 24:
}}
}}


'''''Kimchi Untuk Awak''''' ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2017 yang diadaptasi dari novel karya Suri Ryana dengan judul sama arahan Micheal Ang.<ref name="Kimchi">{{cite news|url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/kimchi-untuk-awak-filem-pertama-michael-ang-1.645468|title=Kimchi Untuk Awak filem pertama Michael Ang|author=Aqmar Mustaza|publisher=[[Sinar Harian]]|date=18 Mac 2017|accessdate=13 April 2017}}</ref> Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mac 2017 dan dibintangi oleh [[Emma Maembong]], [[Aiman Hakim Ridza]], [[Janna Nick]] dan diterbitkan oleh [[Astro Shaw]] dan Dark Wave Pictures.<ref>{{cite news|url=http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm|title=Kimchi Untuk Awak suntik rasa cinta yang makin pudar|author=Nan Hidayat Nan Azmee|publisher=[[Kosmo!]]|date=2 April 2017|accessdate=13 April 2017}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.nst.com.my/news/2017/03/223985/kimchi-and-chemistry|title=Kimchi and chemistry|author=Bibi Nurshuhada Ramli|publisher=[[New Straits Times]]|date=24 Mac 2017|accessdate=13 April 2017}}</ref>
'''''Kimchi Untuk Awak''''' ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2017 yang diadaptasi dari novel karya Suri Ryana dengan judul sama arahan [[Micheal Ang]].<ref name="Kimchi">{{cite news|url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/kimchi-untuk-awak-filem-pertama-michael-ang-1.645468|title=Kimchi Untuk Awak filem pertama Michael Ang|author=Aqmar Mustaza|publisher=[[Sinar Harian]]|date=18 Mac 2017|accessdate=13 April 2017}}</ref> Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mac 2017 dan dibintangi oleh [[Emma Maembong]], [[Aiman Hakim Ridza]], [[Janna Nick]] dan diterbitkan oleh [[Astro Shaw]] dan Dark Wave Pictures.<ref>{{cite news|url=http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm|title=Kimchi Untuk Awak suntik rasa cinta yang makin pudar|author=Nan Hidayat Nan Azmee|publisher=[[Kosmo!]]|date=2 April 2017|accessdate=13 April 2017}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.nst.com.my/news/2017/03/223985/kimchi-and-chemistry|title=Kimchi and chemistry|author=Bibi Nurshuhada Ramli|publisher=[[New Straits Times]]|date=24 Mac 2017|accessdate=13 April 2017}}</ref>


==Sinopsis==
==Sinopsis==

Semakan pada 06:27, 2 Januari 2019

Kimchi Untuk Awak
PengarahMichael Ang
PenulisMichael Ang
Nazri M. Annuar
Dihasilkan olehNajawa Abu Bakar (eksekutif)
Rafiena Ezanee Ramli (eksekutif)
Syahrul Iman Shamsuddin
Anne Low
DibintangiEmma Maembong
Aiman Hakim Ridza
Janna Nick
Natasha Elyzza
Ungku Hariz
Dira Abu Zahar
Sharifah Sakinah
Syarikat
penerbitan
Astro Shaw
Dark Wave Pictures
Tarikh tayangan
30 Mac 2017
Masa tayangan
118 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Kimchi Untuk Awak ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2017 yang diadaptasi dari novel karya Suri Ryana dengan judul sama arahan Micheal Ang.[1] Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mac 2017 dan dibintangi oleh Emma Maembong, Aiman Hakim Ridza, Janna Nick dan diterbitkan oleh Astro Shaw dan Dark Wave Pictures.[2][3]

Sinopsis

Menceritakan kisah penceritaan antara Daniel Lee Jae Hwan (Aiman Hakim Ridza) dan Bella (Emma Maembong). Daniel merupakan jejaka hasil kacukan Korea dan Melayu manakala Bella adalah gadis Melayu yang belajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan. Pertemuan mereka bermula apabila mereka bertembung antara satu sama lain apabila Bella terlanggar lengan kiri milik Daniel Lee yang kebetulan berada di hadapannya. Pertemuan yang tidak disengajakan itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan semasa Bella ingin pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semesternya.

Setelah sampai di Malaysia Bella terus berjumpa dengan Kak Longnya (Dira Abu Zahar) untuk melepaskan perasaan rindu yang menebal. Suatu hari Kak Long menyuruh Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Bella sangat terkejut menerima kenyataan bahawa Presiden syarikat kak Longnya yang ingin diraikan itu sebenarnya adalah Daniel Lee jejaka yang pernah dilanggarnya ketika di korea selatan baru-baru ini. Hidup Bella menjadi semakin huru-hara apabila dia mendapat tahu bahawa papa Daniel Lee dan ayahnya merupakan kawan baik dan mereka berdua berusaha menyatukan Bella dan juga Daniel Lee. Akhirnya mereka bernikah setelah hampir ditangkap khalwat oleh penduduk kampung dan untuk menjaga maruah kedua-dua keluarga. Percintaan mereka menjadi semakin rumit apabila Bella membuat keputusan untuk melarikan diri ke Seoul kerana percayakan fitnah yang direka oleh Yoo Ri (Natasha Elyzza).

Danial Lee mencari isterinya Bella yang melarikan diri ke Korea kerana terlalu rindukan Bella. Setelah itu, Hubungan mereka kembali pulih dan perasaan cinta Daniel Lee semakin mendalam terhadap Bella ketika di Korea Selatan. Yoo Ri dan Zara (Janna Nick) pula sentiasa berusaha untuk meruntuhkan perkahwinan Daniel Lee dan Bella. Adakan cinta Daniel Lee dan Bella dapat dipertahankan?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Penerbitan

Kimchi Untuk Awak diterbitkan oleh Astro Shaw dan Dark Wave Pictures dan merupakan arahan pertama Michael Ang selepas sekian lama mengarahkan beberapa siri drama dan telefilem. Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong yang sebelum ini digandingkan menerusi drama Projek Memikat Suami dan Isteri Separuh Masa telah dipilih memegang watak utama dalam filem ini.[4][5]

Michael pada asalnya mahu Kimchi Untuk Awak diterbitkan dalam bentuk siri TV, walaubagaimanapun, katanya, ianya lebih baik jika Kimchi Untuk Awak dipindahkan ke layar lebar.[1] Filem ini menjalani penggambaran selama 22 hari pada April 2016, melibatkan lokasi di Seoul dan Pulau Nami, Korea Selatan serta beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.[1]

Kimchi Untuk Awak merupakan filem pertama lakonan Emma yang mana beliau memegang peranan utama dan yang kedua lakonannya selepas filem Werewolf Dari Bangladesh arahan Mamat Khalid, dan juga filem sulung lakonan Aiman Hakim dan Janna Nick.

Keluaran

Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mac 2017 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online mempunyai pandangan tersendiri dan menganggap Kimchi Untuk Awak tidak ‘seenak’ yang diharapkan: "Barangkali juga sudah tiba masanya untuk menghentikan seketika adaptasi novel popular ini kerana kesudahannya, ceritanya adalah tetap sama, membosankan dan tiada pembaharuan."[6] Amerul Haswendy Ashari dari Harian Metro pula menyifatkan filem ini seolah-olah "tidak cukup perencah" bagi menarik perhatian penonton.[7]

Muzik dan runut bunyi

Tajuk lagu runut bunyi filem ini ialah "Dia Untukku" dipersembahkan oleh Ippo Hafiz.

Rujukan

  1. ^ a b c Aqmar Mustaza (18 Mac 2017). "Kimchi Untuk Awak filem pertama Michael Ang". Sinar Harian. Dicapai pada 13 April 2017.
  2. ^ Nan Hidayat Nan Azmee (2 April 2017). "Kimchi Untuk Awak suntik rasa cinta yang makin pudar". Kosmo!. Dicapai pada 13 April 2017.
  3. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (24 Mac 2017). "Kimchi and chemistry". New Straits Times. Dicapai pada 13 April 2017.
  4. ^ Zaidi Mohamad (24 Mei 2016). "Emma Maembong, Aiman Hakim serasi digandingkan". Berita Harian. Dicapai pada 13 April 2017.
  5. ^ Norhidayyu Zainal (15 Mac 2017). "Debaran filem pertama". Sinar Harian. Dicapai pada 13 April 2017.
  6. ^ Shazryn Mohd Faizal (4 April 2017). Kimchi Untuk Awak, tidak seenak yang diharapkan mStar Online. Diperoleh pada 8 Julai 2017.
  7. ^ Amerul Haswendy Ashari (1 April 2017). Kimchi tak cukup perencah Harian Metro. Diperoleh pada 8 Julai 2017.

Pautan luar