Daerah Kalabakan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
RahsiaAlam (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
LDyou (bincang | sumb.)
k Iya
Baris 1: Baris 1:
{{DISPLAYTITLE:Kalabakan}}
{{Infobox settlement
{{Infobox settlement
| name = Kalabakan
| name = Kalabakan
Baris 71: Baris 72:


[[Kategori:Tempat di Sabah]]
[[Kategori:Tempat di Sabah]]
{{DEFAULTSORT:Kalabakan}}

Semakan pada 13:37, 2 Januari 2019

Kalabakan
Selamat Datang ke Pekan Kalabakan
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianTawau
Zon waktuWPM
bulatan ke pekan kalabakan melalui Lebuh Raya Tawau-Keningau-Kimanis

Kalabakan ialah sebuah daerah baharu di Sabah yang terletak di sebelah barat daerah Tawau. Jaraknya dari Bandar Tawau adalah kira-kira 106 kilometer. Buat masa ini, Kalabakan masih dibawah pentadbiran Tawau dan Kalabakan bakal mempunyai sebuah pekan baharu.

Politik

Kawasan Kalabakan diletakkan di bawah Parlimen Kalabakan P191 Kalabakan, iaitu satu daripada dua pecahan parlimen di Tawau. Parlimen berkenaan sekarang adalah dibawah kuasa Barisan Nasional dengan ahli parlimennya Y.B Datuk Seri Haji Abdul Ghapur bin Salleh. Di bawah parlimen ini Kampung Kalabakan terletak di bawah N59 Tanjung Batu yang juga di bawah kuasa Barisan Nasional dengan ADUN YB Datuk Hajah Hamisa binti Samat.

Kegiatan Ekonomi

Kayu Balak di Kalabakan

Pekan Kalabakan mempunyai sebuah kilang milik Kalabakan Plywood Sdn. Bhd. yang merupakan salah satu pengeluar papan lapis utama di Sabah. Masyarakat dan penduduk setempat bergantung kepada kegiatan ekonomi berbentuk pertanian iaitu tanaman jenis kelapa sawit dan tanaman jenis buah-buahan tempatan. Kegiatan perikanan juga amat baik di sini kerana Kalabakan merupakan pengeluar 'Udang Galah' terbesar Daerah Tawau.

Asal Usul Kampung Kalabakan

Masjid Al-Muqarrabah in Pekan Kalabakan

'Kalabakan' mendapat nama dari perkataan 'kalap angkan' maksudnya 'dapat makan' yang berasal dari bahasa suku kaum Tidong iaitu penduduk asal kampung ini. Merupakan kampung tertua di sabah wujud sebelum merdeka lagi. Majoriti penduduk asal di kampung ini adalah suku Tidong dan Murut. Sekarang ini ia diduduki oleh pelbagai bangsa dan suku kaum.

Trivia

  • Kalabakan seringkali disalah anggap sebagai sebuah daerah, namun sebenarnya hanya sebuah pekan perkampungan di Daerah Tawau.

Peristiwa Konfontasi Malaysia-Indonesia 1963 Kalabakan

Tugu Peringatan Kalabakan

Kalabakan terkenal dengan peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963 yang berlaku pada 29 Disember 1963. Peristiwa ini telah mengorbankan seorang pegawai dan tujuh anggota Platun 1 Kompeni A3 RAMD, manakala 18 orang anggota lagi tercedera. Peristiwa berdarah ini berlaku pada tanggal 29 Disember 1963.

Istimewa Kalabakan

Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Kalabakan. Salah satunya adalah Tugu Peringatan Konfontasi Malaysia-Indonesia 1963. Selain itu Kalabakan mempunyai tempat peranginan iaitu Air Terjun Batu 9 yang sangat cantik dan indah. Untuk penginapan Kalabakan mempunyai Resort Felda Kalabakan yang menyediakan perkhidmatan yang baik. Sungai Kalabakan juga merupakan sungai yang besar dan panjang di sabah ini. Kampung lama Kalabakan iaitu kampung 'Liasau' merupakan kampung yang tertua di dalam Kalabakan dan mempunyai tapak arkeologi yang boleh di buat kajian. Menurut sumber ada nisan yang terdapat di kawasan ini bertarikh 1400 masihi. Lombong Arang Batu Silimpopon yang wujud dalam 1920 juga terletak di kawasan Kalabakan.

Lihat juga

Pautan luar