Zarina Zainuddin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 235: Baris 235:
|
|
|-
|-
!'''2016'''
!rowspan="2" | '''2016'''
| [[Angin Cinta]]
| [[Angin Cinta]]
|
|
| Astro First Eksklusif
| Astro First Eksklusif
|
|-
| Ketika Daun Berzikir
|
| TV3
|
|
|-
|-

Semakan pada 12:30, 6 Januari 2019

Zarina Zainuddin
Fail:ZarinaZainuddin.jpg
Kelahiran1970 (umur 53–54)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1989 – kini
PasanganDatuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar (berkahwin 1993)
Anak-anak4
Ibu bapaZainuddin Ibrahim (bapa)
Zahura Abdul Mutalib (ibu)

Zarina Zainuddin ( Jawi : زارينا زاينوددين; lahir 1970) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Kehidupan awal

Zarina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak. Beliau juga merupakan anak kelahiran Seremban , Negeri Sembilan namun membesar di Parit , Perak [1] dan juga kakak tiri kepada pelakon wanita era 90-an iaitu arwah Liyana Sulaiman.

Kerjaya

Minat Zarina terhadap bidang seni muncul dek kerana kerap membaca majalah hiburan dan majalah remaja sehingga menerbitkan perasaan teruja Zarina untuk menjadi artis ketika beliau masih muda. Bagi merealisasikan impiannya itu, beliau telah menyertai pertandingan pencarian wajah yang dianjurkan sebuah majalah popular. Impian beliau semakin menjadi kenyataan selepas beliau memenangi tempat ketiga pada pertandingan akhir siri pencarian wajah itu.

Selepas kejayaan itu, beliau telah mencuba nasib sebagai pelakon di Sarimah Film Production Sdn. Bhd dan mendapat tunjuk ajar serta asas lakonan daripada Datuk Sarimah Ahmad. Bermula dari saat itu, Zarina berpeluang untuk berlakon dalam filem pertamanya berjudul Sumpahan Berdarah (1989) diikuti Lirikan Siluman Ular dan Sepasang Mata Maut. [2]

Selain itu, beliau juga pernah merakamkan album bersama arwah adik beliau iaitu Lyana Sulaiman di bawah bimbingan Ramli MS suatu ketika dahulu. [3]

Zarina bakal membintangi telefilem khas raya yang berjudul Huru Hara Raya yang bakal ditayangkan di TV3 pada Raya Pertama iaitu 25 Jun 2017. Telefilem terbitan Arie Zaharie Production ini mengisahkan gelagat lucu sebuah keluarga di Pulau Pinang , sepasang suami isteri yang mempunyai perniagaan yang diusahakan sendiri. Mereka juga sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinan anak mereka. Kejadian huru hara berlaku apabila mereka tidak dapat menentukan apa yang perlu diutamakan. Telefilem ini juga dibintangi oleh Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Kazar Saisi dan ramai lagi. [4] Pada Syawal kedua, Zarina bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul Serondeng Daging Abang Sado yang akan bersiaran di TV1.

Kehidupan peribadi

Zarina telah bernikah dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar pada tahun 1993. Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai [5] , Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai.

Beliau buat julung kalinya telah mendedahkan wajah suami dan madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd. Noor kepada umum padal awal tahun 2015 kerana selama ini beliau menyimpan kemas rahsia berkenaan. Zarina berbuat demikian kerana tidak mahu masyarakat menimbulkan spekulasi tentang status perkahwinannya terutama selepas kisah dirinya kembali solo bertebaran. [6]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
1989 Sumpahan Berdarah
Sepasang Mata Maut
1990 Lirikan Siluman Ular Peter Chan
1993 Tarik-Tarik M.Jamil
Antara Gadis Seha Yuzwan Wahid
2011 Momok Jangan Panggil Aku Nik M.Jamil
2013 Ular Rohani Jason Chong
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Ibu Hardy Osman Ali
2015 Girlfriend Kontrak Virgina Kennedy

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Senja Permai Astro Ria
2011 Ana lu'lu TV3
2012 Bicara Hati Astro Prima
2013 Teduhan Kasih [7] TV3
Tanah Kubur Astro Prima Episod : "Qasaf" sebagai pelakon undangan
2014
Istikharah Cinta Datin Amnah TV3
Kifarah Misleha
2016 Menongkah Kasih Datin Rahmah TV9
Surah Buat Maisarah Datin Zuraida TV3 Slot Zehra
Love You Mr. Arang Mak Tom Slot Iris
Isteri Tuan Ihsan Puan Sri Halimah Astro Ria
2017
Oh My Pondok Astro Oasis Pelakon undangan
Ku Kirim Cinta Zainab TV3 Slot Akasia
Cinta Di Langit Cardiff Nelle TV2
Raisha Shida TV3
2018 Tak Ada Cinta Sepertimu Rohani Astro Ria
Halalkan Hati Yang Ku Curi TV3 Pelakon undangan

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Ya Habibi TV2
2015 Cik Puan Sinderella Puan Salina Astro Maya
Projek Bakar Lemak Maryam TV1
Abang Haji TV3
2016 Angin Cinta Astro First Eksklusif
Ketika Daun Berzikir TV3
2017 Huru Hara Raya TV3
Serondeng Daging Abang Sado TV1
Projek Kuih Raya Mak Leha Mak Leha TV9
2018 Luyak Zaleha TV2

Program TV

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Inspirasi Taqwa Dato' Siti Nurhaliza Tetamu Jemputan Astro Oasis

Iklan

Tahun Tajuk Catatan
2017 Ridsect : Sempena Hari Ibu

Anugerah dan pencapaian

Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Zarina Zainuddin
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2009 Anugerah Skrin Pelakon Wanita Terbaik Telefilem Becha Usang Tercalon

Rujukan

  1. ^ 32 Mac 2009. Dieksploitasi hiburan. Kosmo Online
  2. ^ (19 April 2015) oleh Amirah Amaly Syafaat. Zarina Zainuddin dikawal ketat - Hiburan. Utusan Online
  3. ^ 8 Ogos 2011. Zarina Zainuddin Mahu Tulis Kisah Hidup - Berita Hiburan. mStar
  4. ^ 11 Jun 2017. Senarai Telefilem Syawal 2017 di TV3 Budiey
  5. ^ 12 September 2016, ditulis oleh Nor Eryani Yusup. Bekalan syurga Zarina Zainuddin. Kosmo
  6. ^ 5 Januari 2015. MYARTIS | MY | ARTIS: RAHSIA 21 TAHUN - ZARINA ZAINUDDIN AKHIRNYA DEDAH WAJAH SUAMI & MADU. MYARTIS.COM
  7. ^ 24 Ogos 2013. Zarina dipukul penjual sayur. Kosmo

Pautan luar