Raja Permaisuri Agong: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh HaizadSys (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Polar
Teg: Undur
Akuindo (bincang | sumb.)
Baris 72: Baris 72:
: 1. Tuanku Abdul Halim adalah Yang di-Pertuan Agong pertama yang berkuasa dua kali. <ref>{{cite news |title=Kedah Sultan To Be Next King, For The Second Time |url=http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=620011 |author=Bernama |authorlink=Bernama |date=14 October 2011 |accessdate=14 October 2011}}</ref> Sultanah Haminah ialah isteri rasmi kedua sejak tahun 1975.
: 1. Tuanku Abdul Halim adalah Yang di-Pertuan Agong pertama yang berkuasa dua kali. <ref>{{cite news |title=Kedah Sultan To Be Next King, For The Second Time |url=http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=620011 |author=Bernama |authorlink=Bernama |date=14 October 2011 |accessdate=14 October 2011}}</ref> Sultanah Haminah ialah isteri rasmi kedua sejak tahun 1975.


== Senarai Bekas Raja Permaisuri Agong ==
== Senarai bekas Raja Permaisuri Agong yang masih hidup ==


{| class="wikitable"
{| class="wikitable"

Semakan pada 06:50, 7 Januari 2019

Raja Permaisuri Agong Malaysia
راج ڤرمايسوري اݢوڠ
Persekutuan
Bendera Raja Permaisuri Agong
Penjawat kini
Kosong
sejak 13 Disember 2016
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
PersemayamanIstana Negara, Jalan Duta
istana rasmi
Laman sesawangPejabat Penyimpan Mohor Majlis Raja-Raja
Bendera Diraja Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong ataupun Permaisuri Malaysia (Jawi: راج ڤرمايسوري اݢوڠ) merupakan isteri kepada Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah gelaran rasmi bagi isteri ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh ialah: "Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong"(سري ڤدوک بݢيندا راج ڤرمايسوري اݢوڠ).

Kedudukan, fungsi dan keistimewaan

Berbeza dengan Yang di-Pertuan Agong dipilih setiap lima tahun di antara sembilan pemerintah negeri-negeri di Malaysia, Raja Permaisuri Agong bukan dipilih dari kalangan permaisuri atau sultanah tetapi sebagai kemuliaan yang dikurniakan kepada isteri seseorang raja atau sultan sesuatu negeri untuk menjadi suri baginda yang setaraf apabila suaminya telah terpilih untuk memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong. Walaupun pemegang gelaran Raja Permaisuri Agong berubah setiap lima tahun, kemangkatan, perceraian atau perletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong juga boleh memendekkan tempoh gelaran bagi Raja Permaisuri Agong.

Mengikut Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Walau bagaimanapun, jawatan tersebut bukanlah suatu kewajiban khusus yang termaktub di dalam perlembagaan dan juga asas pemilihan bagi seseorang raja ketika dipilih oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Lazimnya, Raja Permaisuri Agong akan mengiringi Yang di-Pertuan Agong dalam lawatan rasmi dan tidak rasmi serta upacara diraja dan kenegaraan serta menerima turut kunjungan ketua negara dan pasangan mereka. Perkara 34 Perlembagaan Malaysia melarang Raja Permaisuri Agong daripada memegang apa-apa pelantikan, membawa apa-apa saraan, atau secara aktif terlibat dalam mana-mana perusahaan komersial. Raja Permaisuri Agong, bagaimanapun, berhak secara sah untuk menerima bayaran tahunan yang termasuk dalam Saraan Diraja Yang di-Pertuan Agong.[1]

Pemegang gelaran Raja Permaisuri Agong yang suaminya mangkat ketika menjawat masih menerima pencen daripada Saraan Diraja Kerajaan Persekutuan. Mereka juga mendapat keutamaan sebaik selepas Yang di-Pertuan Agong yang memerintah, Raja Permaisuri Agong terkini, raja-raja yang masih memerintah, dan Yang di-Pertua Negeri. Kini, hanya seorang sahaja yang menerima keutamaan tersebut iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah.

Senarai Raja Permaisuri Agong

Berikut adalah senarai Raja Permaisuri Agong serta tempoh baginda memegang tampuk tersebut:

Nombor Nama Negeri Bertakhta Kelahiran Kemangkatan Yang di-Pertuan Agong
1 Tunku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin  Negeri Sembilan 31 August 1957 – 1 April 1960 (1911-05-16)16 Mei 1911 2 Februari 1999(1999-02-02) (umur 87) Tuanku Abdul Rahman
2 Raja Jema'ah binti Almarhum Raja Ahmad  Selangor 14 April 1960 – 1 September 1960 1900 8 April 1973 (berumur 72–73) Sultan Hisamuddin Alam Shah
3 Tengku Budriah binti Tengku Ismail  Perlis 21 September 1960 – 20 September 1965 (1924-03-28)28 Mac 1924 28 November 2008(2008-11-28) (umur 84) Tuanku Syed Putra
4 Tengku Intan Zaharah binti Tengku Omar  Terengganu 21 September 1965 – 20 September 1970 (1928-04-13)13 April 1928 24 Januari 2015(2015-01-24) (umur 86) Sultan Ismail Nasiruddin Shah
5 Tuanku Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman  Kedah 21 September 1970 – 20 September 1975 (1930-08-24)24 Ogos 1930 26 Ogos 2003(2003-08-26) (umur 73) Tuanku Abdul Halim
6 Tengku Zainab II binti Tengku Muhammad Petra  Kelantan 21 September 1975 – 29 Mac 1979 (1917-08-07)7 Ogos 1917 10 Januari 1993(1993-01-10) (umur 75) Sultan Yahya Petra
7 Tengku Hajjah Afzan binti Tengku Panglima Perang Muhammad  Pahang 29 Mac 1979 – 25 April 1984 (1932-12-04)4 Disember 1932 29 Jun 1988(1988-06-29) (umur 55) Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Billah
8 Tunku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Ahmad  Johor 26 April 1984 – 25 April 1989 (1940-07-05) 5 Julai 1940 (umur 83) Sultan Iskandar
9 Tuanku Bainun binti Mohamad Ali  Perak 26 April 1989 – 25 April 1994 (1932-11-07) 7 November 1932 (umur 91) Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
10 Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin  Negeri Sembilan 26 April 1994 – 25 April 1999 (1924-09-11) 11 September 1924 (umur 99) Tuanku Ja'afar
11 Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman  Selangor 26 April 1999 – 21 November 2001 (1971-11-18) 18 November 1971 (umur 52) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
12 Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid  Perlis 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006 (1946-06-06) 6 Jun 1946 (umur 77) Tuanku Syed Sirajuddin
13 Tuanku Nur Zahirah (Rozita binti Adil Bakeri)  Terengganu 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011 (1973-12-07) 7 Disember 1973 (umur 50) Tuanku Mizan Zainal Abidin
14 Tuanku Hajah Haminah binti Hamidun  Kedah 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016 (1953-07-15) 15 Julai 1953 (umur 70) Tuanku Abdul Halim1
1. Tuanku Abdul Halim adalah Yang di-Pertuan Agong pertama yang berkuasa dua kali. [2] Sultanah Haminah ialah isteri rasmi kedua sejak tahun 1975.

Senarai bekas Raja Permaisuri Agong yang masih hidup

Nama Negeri Bertakhta Kelahiran Yang di-Pertuan Agong Catatan
Tunku Zanariah  Johor 1984–1989 (1940-07-05) 5 Julai 1940 (umur 83) Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Gelaran terkini ialah Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah
Tuanku Bainun  Perak 1989-1994 (1932-11-07) 7 November 1932 (umur 91) Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Gelaran terkini ialah Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak
Tuanku Najihah  Negeri Sembilan 1994-1999 (1924-09-11) 11 September 1924 (umur 99) Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Gelaran terkini ialah Yang Maha Mulia Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Negeri Sembilan
Tuanku Siti Aishah  Selangor 1999-2001 (1971-11-18) 18 November 1971 (umur 52) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Gelaran terkini ialah Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah
Tuanku Fauziah  Perlis 2001-2006 (1946-06-06) 6 Jun 1946 (umur 77) Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Gelaran terkini ialah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis
Sultanah Nur Zahirah  Terengganu 2006-2011 (1973-12-07) 7 Disember 1973 (umur 50) Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Gelaran terkini ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu
Tuanku Haminah  Kedah 2011-2016 (1953-07-15) 15 Julai 1953 (umur 70) Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Gelaran terkini ialah Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah

Bekas Raja Permaisuri Agong yang baru-baru ini mangkat adalah Tengku Intan Zaharah dari  Terengganu 24 Januari 2015(2015-01-24) (umur 86), Raja Permaisuri Agong ke-4 (tempoh 1965-1975), suaminya ialah Sultan Ismail Nasiruddin (24 Januari 1907-20 September 1979), Yang di Pertuan Agong ke-4 (masa jabatan 1965-1970) dan Sultan dari  Terengganu (16 Disember 1945-20 September 1979).

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ A Aziz, Shamrahayu (29 Oktober 2014). "Institusi raja tetap dibatasi undang-undang". BH Online. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Bernama (14 October 2011). "Kedah Sultan To Be Next King, For The Second Time". Dicapai pada 14 October 2011.