Inai Yang Hilang: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sixday7 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox televisyen | name = Inai Yang Hilang | genre = {{plainlist| * Drama * Cinta }} | writer = {{plainlist| * Eenaz Mokhar * CTNA Marzuki * Far...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 18:34, 8 Januari 2019

Inai Yang Hilang
Genre
Ditulis oleh
  • Eenaz Mokhar
  • CTNA Marzuki
  • Farah Bani
  • Zuli Ismail
PengarahAmor Rizan
Dibintangi oleh
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin–Jumaat, 8.30 malam
Syarikat penerbitan
Padi Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalntv7
Siaran asal25 Jun 2018

Inai Yang Hilang merupakan drama bersiri 2018 arahan Amor Rizan.[1] Drama 20 episod ini mula ditayangkan pada 25 Jun 2018 di ntv7 melalui Slot Glam Drama.

Sinopsis

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sedang gembira tentang khabar anak sulung mereka, Sara akan mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Wan Jamil.

Setelah malam berinai, Sara seperti gusar dan ingin memberitahu sesuatu kepada adiknya, Ika. Namun, tidak berkesempatan untuk memberitahu Ika, Sara dan Wan Jamil telah hilang dari rumah pada keesokan harinya.

Suasana rumah itu huru hara kerana panik dengan kehilangan pasangan pengantin itu. Mulai hari itu, setiap orang menjadi suspek siasatan pencarian Sara dan Wan Jamil.

Keluarga Razif menyalahkan Wan Jamil yang sengaja melarikan Sara. Pelbagai spekulasi mula keluar di media sosial. Isteri Wan Jamil, Noraini juga tertekan apabila dia mula menerima pelbagai ugutan.

Razif semakin tertekan dengan kehilangan Sara, dan cuba dipujuk oleh Mimi. Razif meminta bantuan orang ramai di laman instagramnya dan menjanjikan hadiah duit

Lagu tema

  • Pilu - Taja MUH feat Adi & Kaka

Pelakon

Rujukan

  1. ^ "Drama Inai Yang Hilang (ntv7)". MyInfotaip. 25 Jun 2018.