Ramkarpal Singh: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Baris 44: Baris 44:
}}
}}


'''Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh''' atau '''Ramkarpal Singh''' (lahir 9 April 1976) ialah seorang peguam dan ahli politik daripada [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP). Beliau merupakan ahli parlimen bagi kawasan [[Bukit Gelugor]], [[Pulau Pinang]]. Bapanya, [[Karpal Singh]] adalah bekas pengerusi kebangsaan [[Parti Tindakan Demokratik]]. Saudara lelakinya ialah ADUN Datuk Keramat, Pulau Pinang [[Jagdeep Singh Deo]] dan Ahli Parlimen Puchong, [[Gobind Singh Deo]].
'''Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh''' atau lebih dikenali sebagai '''Ramkarpal Singh''' (lahir 9 April 1976) ialah seorang peguam dan ahli politik daripada [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP). Beliau merupakan ahli parlimen bagi kawasan [[Bukit Gelugor]], [[Pulau Pinang]]. Bapanya, [[Karpal Singh]] adalah bekas pengerusi kebangsaan [[Parti Tindakan Demokratik]]. Saudara lelakinya ialah ADUN Datuk Keramat, Pulau Pinang [[Jagdeep Singh Deo]] dan Ahli Parlimen Puchong, [[Gobind Singh Deo]].


== Pendidikan ==
== Pendidikan ==

Semakan pada 02:31, 13 Januari 2019


Ramkarpal Singh

Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bukit Gelugor
Memegang jawatan
10 Jun 2014
Didahului olehKarpal Singh
Majoriti37,659
Butiran peribadi
Lahir (1976-04-09) 9 April 1976 (umur 47)
Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Parti politikPakatan Rakyat (DAP)
IbuGurmit Kaur
BapaKarpal Singh
SaudaraJagdeep Singh Deo (abang)
Gobind Singh Deo (abang)
Alma materUniversity of Bristol
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh atau lebih dikenali sebagai Ramkarpal Singh (lahir 9 April 1976) ialah seorang peguam dan ahli politik daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau merupakan ahli parlimen bagi kawasan Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Bapanya, Karpal Singh adalah bekas pengerusi kebangsaan Parti Tindakan Demokratik. Saudara lelakinya ialah ADUN Datuk Keramat, Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Pendidikan

Ram merupakan bekas pelajar Saint Xavier's Institution sebelum meneruskan pendidikan awalnya ke sekolah swasta Seri Inai, Pulau Pinang. Beliau meneruskan pendidikan ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang di Bristol's University, United Kingdom. [1] Beliau merupakan peguambela yang memegang keahlian daripada Gray's Inn.

Kerjaya

Ram memulakan kerjaya sebagai peguam pada tahun 2000. Beliau mengetuai firma guaman Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur.

Beliau berjaya membela penasihat parti politik, Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya di Mahkamah Tinggi. Namun, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim bersalah dengan mengenepikan keputusan Mahakamah Tinggi. [2]

Politik

Ram merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Bukit Gelugor setelah Parti Tindakan Demokratik melantik beliau sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil bagi kawasan Parlimen P51 Bukit Gelugor.[3][4]

Kemalangan Karpal Singh

Ramkarpal juga berada bersama dengan Karpal Singh, apabila bapanya ditimpa kemalangan dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang. Yang turut terkorban dalam kemalangan tersebut adalah pembantu ayahnya, Michael C. Selvam.[5]

Rujukan

  1. ^ The third cub roars, Ramkarpal ready to conquer Tiger of Jelutong's den The Star. 11 Mei 2014 (Bahasa Inggeris)
  2. ^ Anwar bersalah meliwat pembantunya putus Mahkamah Rayuan Malaysian Insider. 7 Mac 2014.
  3. ^ Ramkarpal menang tiga hilang deposit Sinar Harian. 20 Mei 2014.
  4. ^ Ramkarpal Singh diumum calon DAP Bukit Gelugor My News Hub. 10 Mei 2014.
  5. ^ Karpal Singh maut kemalangan Utusan Online. 17 April 2014.

Pautan luar

  • [1] Malaysian Bar