Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17: Baris 17:


Yang merupakan [[Yang di-Pertuan Agong]] [[Malaysia]] yang ketujuh, memerintah negara dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.
Yang merupakan [[Yang di-Pertuan Agong]] [[Malaysia]] yang ketujuh, memerintah negara dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.

Pada 11 Januari 2019, baginda yang kegeringan berat menuruni takhta bagi memberi laluan kepada anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang untuk dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-6. Baginda kemudian diberi gelaran '''Paduka Ayahanda'''.


== Kehidupan awal ==
== Kehidupan awal ==

Semakan pada 04:11, 15 Januari 2019

Yang di-Pertuan Agong
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
Yang di-Pertuan Agong ke- 7
Raja Permaisuri Agong Tengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang
Negeri Pahang
Keputeraan (1930-10-24) 24 Oktober 1930 (umur 93)
Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan
Mula jawatan 26 April 1979
Tamat jawatan 25 April 1984
Penyandang terdahulu Sultan Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Penyandang kemudian Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Sultan Pahang Moden ke-5
Pemerintahan 8 Mei 1974 - 11 Januari 2019
Pendahulu Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Mu’azzam Shah
Pengganti Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billahi Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Raja Muda Tengku Abdullah
Pasangan Tengku Afzan (k. 1954; m. 1988)
Sultanah Kalsom (k. 1991)
Anakanda
Tengku Meriam
Tengku Muhaini
Tengku Aishah Marcella
Tengku Abdullah
Tengku Abdul Rahman
Tengku Nong Fatimah
Tengku Shahariah
Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah
Nama penuh
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
Tempat persemayaman Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang
Ayahanda Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mu’azzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah Shah
Bonda Raja Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
Keputeraan (1930-10-24) 24 Oktober 1930 (umur 93)
Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Agama Islam Sunni

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah telah diputerakan pada tanggal hari Jumaat, 24 Oktober 1930 Masihi, tepat jam 12:00 tengah malam bersamaan 2 Jamadil Akhir 1349 Hijrah di Istana Mangga Tunggal (bersebelahan Istana Kuning, Pekan Lama) Bandar Diraja Pekan. Baginda merupakan anakanda ketiga KDYMM Sultan Sir Abu Bakar dengan DYMM Tengku Ampuan Fatimah. Anakanda Baginda yang sulung adalah seorang puteri sementara anakanda kedua seorang putera yang mangkat semasa kecil.

Yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketujuh, memerintah negara dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.

Pada 11 Januari 2019, baginda yang kegeringan berat menuruni takhta bagi memberi laluan kepada anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang untuk dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-6. Baginda kemudian diberi gelaran Paduka Ayahanda.

Kehidupan awal

Tengku Ahmad Shah telah diputerakan pada jam 12 tengah hari, 24 Oktober 1930 iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abdullah al-Mu’tasim Billah Shah, Sultan Pahang III,[1] di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Baginda turut belajar asas agama di Kuliah Al-lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar, Padang Polo, Pekan. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II. Sultan Haji Ahmad Shah turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.

Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.

Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab. Perkhidmatan baginda terhadap ketenteraan dan rakyat jelata membuatkan baginda dikagumi rakyat yang menyifatkan baginda putera rakyat yang amat prihatin.

Kegemaran

Sultan Haji Ahmad Shah juga gemarkan aktiviti luar terutamanya sukan dan amat mahir dalam bidang tersebut. Baginda terkenal sebagai pemain polo yang hebat di dalam dan di luar negara.

Pada 1982, Sultan Haji Ahmad Shah telah dianugerahkan Anugerah Bola Sepak Olimpik Antarabangsa. Baginda satu-satunya orang Malaysia yang dianugerahkan anugerah berprestij itu. Sultan Haji Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) pada tahun 1984. Sultan Haji Ahmad Shah juga menggemari polo, hoki, badminton dan golf. Sultan Haji Ahmad Shah turut menyertai Sukan Olimpik di Los Angeles, Seoul, Barcelona dan Atlanta.

Sultan Pahang

Fail:Sultan Ahmad Shah.png

Sultan Ahmad Shah telah dilantik sebagai Sultan Pahang moden yang ke-5 pada 8 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 6 Mei 1975.

Kehidupan peribadi

Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.

Sultan Haji Ahmad Shah telah menjadi Ketua Lembaga bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak Februari 1983.

Legasi

Institusi Pendidikan

Bangunan, Jambatan dan Jalanraya

Lain-lain

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Sejarah Kesultanan Melayu Pahang". Berita Harian. 12 Januari 2019. Dicapai pada 12 Januari 2019.
  2. ^ http://www.kipsas.edu.my Sultan Ahmad Shah Pahang Islamic College
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Yahya Petra
(Sultan Kelantan)
Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-7
26 April 1979 - 25 April 1984
Diikuti oleh:
Sultan Iskandar
(Sultan Johor)
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abu Bakar
Sultan Pahang
8 Mei 1974 - kini
Diikuti oleh:
-