Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tofeiku (bincang | sumb.)
Akuindo (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox royalty|name=Sultan Abdullah|title=Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang|image=|imgw=|caption=|reign=11 Januari 2019|reign-type=Pelantikan|coronation=|othertitle=|full name=Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah|predecessor=|successor=|suc-type=|heir=|consort=|consortreign=|consortto=|spouse={{marriage|[[Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah]]|1986|}} <br/> {{marriage|[[Julia Rais|Cik Puan Julia Abdul Rais]]|1993|}}|issue={{plainlist|
{{Infobox royalty|name=Sultan Abdullah|title=Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang|image=|imgw=|caption=|reign=15 Januari 2019|reign-type=Pelantikan|coronation=|othertitle=|full name=Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah|predecessor=|successor=|suc-type=|heir=|consort=|consortreign=|consortto=|spouse={{marriage|[[Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah]]|1986|}} <br/> {{marriage|[[Julia Rais|Cik Puan Julia Abdul Rais]]|1993|}}|issue={{plainlist|
* {{nowrap|[[Tengku Hassanal Shah]]}}
* {{nowrap|[[Tengku Hassanal Shah]]}}
* {{nowrap|Tengku Muhammad Shah}}
* {{nowrap|Tengku Muhammad Shah}}

Semakan pada 07:49, 15 Januari 2019

Sultan Abdullah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
Pelantikan15 Januari 2019
KeputeraanTengku Abdullah ibni Tengku Ahmad Shah
(1959-07-30) 30 Julai 1959 (umur 64)
Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu
PasanganTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (k. 1986)
Cik Puan Julia Abdul Rais (k. 1993)
Anakanda
Butiran
  • Tengku Hassanal Shah
  • Tengku Muhammad Shah
  • Tengku Ahmad Shah
  • Tengku Amir Nasser Ibrahim
  • Tengku Afzan
  • Tengku Jihan
  • Tengku Iman
  • Tengku Ilisha
  • Tengku Ilyana
Nama penuh
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
KerabatPahang
AyahandaSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muazzam Shah
BondaTengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang
AgamaIslam

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atau Sultan Abdullah Al-Haj (diputerakan sebagai Tengku Abdullah pada 30 Julai 1959 di Pekan, Pahang, Malaysia). Baginda kini menyandang jawatan Tengku Mahkota Pahang.[1] Pada tahun 2017, baginda telah dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Pahang setelah mendapat perkenan oleh Sultan Pahang. Pada 12 Januari 2019, baginda telah diumumkan bakal menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-6 berkuatkuasa pada 11 Januari 2019.[1]

Kehidupan awal

Tengku Abdullah telah diputerakan pada 30 Julai 1959 iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, Sultan Pahang IV. Paduka ayahanda baginda, Tengku Mahkota Pahang (kini Sultan Haji Ahmad Shah), merupakan paduka anakanda ketiga Sultan Abu Bakar dengan Raja Hajjah Fatimah. Paduka bonda baginda pula, Tengku Puan Besar (lalu Tengku Ampuan Hajah Afzan) merupakan paduka puteri kepada Tengku Panglima Perang dengan Tengku Seri Kemala. Baginda diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu, tiga tahun setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong I Tuanku Abdul Rahman. Baginda dipanggil "Lam" oleh kerabat terdekat baginda.

Baginda ialah paduka anakanda keempat daripada tujuh adik-beradik.[2] Kakanda tertua baginda ialah Tengku Meriam. Baginda ialah paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya, seorang lagi putera ialah Tengku Muda Pahang.[3]

Pendidikan

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sejak kecil lagi Baginda aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak dan sepak takraw. Baginda pernah dipilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam permainan bola sepak.

Baginda melanjutkan pengajian tingginya di United Kingdom dengan memasuki Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School dari tahun 1975 hingga tahun 1978. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Davies College, London – Advance School selama dua tahun. Seperti mana-mana kerabat diraja di seluruh dunia, baginda turut memasuki Akademi Tentera Diraja Sandhurst selama dua tahun juga. Baginda dianugerahkan pangkat Leftenan Muda oleh Ratu Elizabeth II. Pada tahun 1981, baginda menuntut ilmu di Worcester & Queen Elizabeth College dengan mengambil Hal Ehwal Luar Negeri & Diplomasi.[4]

Pewaris takhta

Setelah keputeraan baginda, Tengku Abdullah berada dalam kedudukan kedua dalam susur galur pewarisan takhta Pahang, melewati paduka ayahanda saudaranya, Tengku Ibrahim dan dibelakang paduka ayahandanya yang merupakan Tengku Mahkota. Apabila paduka nenda baginda pada tahun 1974 dan paduka ayahanda baginda menaiki takhta, Tengku Abdullah menjadi pewaris pertama kepada takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang.

Tengku Mahkota

Pada 1 Julai 1975, baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.[5] Sebelum diangkat menjadi sultan, bagindalah pemegang gelaran putera mahkota kedua paling lama hampir 44 tahun dalam kalangan pewaris takhta di seluruh dunia hanya di belakang Charles, Putera Wales.[6]

Pemangku Raja

Tengku Abdullah diangkat menjadi Pemangku Raja apabila paduka ayahanda baginda diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Selepas kegeringan ayahandanya, Tengku Abdullah secara rasmi memangku takhta negeri sebagai Pemangku Raja Pahang bermula 2017[1]. Berikutan itu, baginda menghadiri majlis-majlis rasmi dan istiadat-istiadat istana bagi menggantikan ayahandanya.

Pemerintahan

Sultan Pahang ke-6

Pada 11 Januari 2019, baginda telah dlantik oleh Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang untuk menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-6 berkuat kuasa hari tersebut. Baginda kemudian secara rasminya dimasyhurkan pada 15 Januari 2019 sebagai Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dalam Istiadat Pemasyhuran di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.[1]

Kerabat

Tengku Abdullah berkahwin dengan puteri ketiga Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar, iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah[7] pada 6 Mac 1986 di Istana Bukit Serene. Baginda mempunyai lima cahaya mata bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah; tiga putera dan dua puteri.

Baginda berkahwin buat kali kedua dengan Cik Puan Julia Rais yang merupakan bekas pelakon Malaysia dan mempunyai tiga cahaya mata; kesemuanya puteri.

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

Gelaran hormat bagi
Sultan Abdullah
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku

Terasul dan gelaran

  • 30 Julai 1959 – 8 Mei: Yang Mulia Tengku Abdullah ibni Tengku Mahkota Haji Ahmad
  • 8 Mei 1974 – 1 Julai: Yang Amat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
  • 1 Julai 1975 – 28 April: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Tengku Mahkota Pahang
  • 28 April 1979 – 25 April: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Pemangku Raja Pahang
  • 25 April 1984 – 28 Disember: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Tengku Mahkota Pahang
  • 28 Disember 2016 – 11 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Pemangku Raja Pahang
  • 11 Januari 2019 – 15 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
  • 15 Januari 2019 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billahi Shah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan Pahang ke-6
  • Jawi: کباوه دولي يڠ مها موليا سلطان ڤهڠ السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه الحاج ابن سلطان حاج أحمد شاه المستعين بالله

Nama gelaran rasmi baginda bermaksud "Sultan Abdullah Pembela Agama yang Terpilih oleh Allah.[8]

Kurniaan Pahang

  •  Pahang :
    • Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati - Kelas I (D.K. I)
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah, membawa gelaran Dato' Seri (SSAP, 24.10.1980)
    • Darjah Sri Indera Mahkota Pahang, membawa gelaran Dato' (SIMP)

Kurniaan Malaysia

Anakanda

Kesemua putera Baginda bersekolah di United Kingdom. Ketiga-tiga puteri Cik Puan Julia Rais kini menetap di United Kingdom. Tengku Abdullah mempunyai seorang anak angkat lelaki dan merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah. [9]

Nama Keputeraan Kemangkatan Pendidikan
Tarikh Tempat
Putera angkat sebelum dikurniakan anakanda kandung
YM Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim (1987-08-25) 25 Ogos 1987 (umur 36) Hospital Pulau Pahang Tengah, Pahang Tiada maklumat
Putera dan Puteri Tengku Abdullah bersama Tengku Puan Pahang
YM Tengku Ahmad Iskandar Shah (1990-07-24)24 Julai 1990 Tiada maklumat 24 Julai 1990 Tiada
YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (1995-09-17) 17 September 1995 (umur 28) Hospital Kuantan Tiada Sekolah Sherborne, United Kingdom
YM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah (1997-08-17) 17 Ogos 1997 (umur 26) Tiada maklumat Sekolah Harrow, United Kingdom
YM Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah (2000-09-11) 11 September 2000 (umur 23) Tiada maklumat Sekolah Caldicott, England
YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah (2000-09-11) 11 September 2000 (umur 23) Tiada maklumat Penang Free School
YM Tengku Jihan Azizah Athiyatullah (2002-04-27) 27 April 2002 (umur 21) Tiada maklumat Sekolah Menengah Kota Jambi, Indonesia
Puteri-puteri bersama Cik Puan Julia Rais
YM Tengku Puteri Iman Afzan (1992-11-11) 11 November 1992 (umur 31) Hospital Pantai Kuala Lumpur Tiada Universiti Nottingham
YM Tengku Ilisha Ameera (1993-10-01) 1 Oktober 1993 (umur 30) Hospital Pantai Kuala Lumpur Tiada Universiti Nottingham
YM Tengku Ilyana (1997-04-20) 20 April 1997 (umur 27) Hospital Gleneagles Kuala Lumpur Tiada Down House School, England

Penaung

Baginda merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Timbalan Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) bagi komiti eksekutif.[10]

Keturunan

Rujukan

  1. ^ a b c d http://www.royalark.net/Malaysia/pahang10.htm Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Mohd. Shariza Abdullah (12 Januari 2019). "Biodata Tengku Abdullah". Utusan Online. Dicapai pada 12 Januari 2019.
  3. ^ http://theadmirehunkz.blogspot.com/2012/02/pewaris-takhta-pahang-darul-makmur.html
  4. ^ "Biodata Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah". Harian Metro. 12 Januari 2019. Dicapai pada 13 Januari 2019.
  5. ^ "Biodata Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang". Portal Diraja Pahang. Dicapai pada 14 Januari 2019.
  6. ^ "Tengku Abdullah pegang rekod kedua paling lama Putera Mahkota". Sinar Harian. 12 Januari 2019. Dicapai pada 14 Januari 2019.
  7. ^ http://pancapersada.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-ulangtahun-ke-51-kdytm.html
  8. ^ Mohd. Shariza Abdullah Dan Sharifah Hazirah Syed Jufferi (15 Januari 2019). "Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang Ke-6". Utusan Online. Dicapai pada 15 Januari 2019.
  9. ^ http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Persandingan_Cucunda_Sultan_Pahang.html#.VEfPaPmSzeQ
  10. ^ Tengku Abdullah and Annuar elected as FAM deputy presidents
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Tarikh keputeraan: 30 Julai 1958
Kerabat diraja Malaysia
Didahului oleh
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Sultan Pahang
1975 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Tengku Mahkota Pahang
1975 – 2019
Kosong
Susunan keutamaan di Pahang
Pertama Lelaki
KDYMM Sultan
Diikuti oleh:
Sultan Paduka Ayahanda