M. Nasir: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Pengemasan.
Baris 8: Baris 8:
| birth_name = Mohamad Nasir bin Mohamad
| birth_name = Mohamad Nasir bin Mohamad
| birth_date = {{birth date and age|1957|07|4|df=yes}}
| birth_date = {{birth date and age|1957|07|4|df=yes}}
| birth_place = {{flagicon|Singapura}} [[Singapura]]
| birth_place = [[Singapura]]
| nationality = [[Malaysia]]
| nationality =
| residence = [[Sungai Buloh]], [[Selangor]], [[Malaysia]]
| residence = [[Sungai Buloh]], [[Selangor]], [[Malaysia]]
| death_date =
| death_date =

Semakan pada 04:45, 17 Januari 2019


M. Nasir

A.M.N A.M.P DIMP
Dato' M. Nasir semasa persembahan di Anugerah Juara Lagu Ke-23
Kelahiran
Mohamad Nasir bin Mohamad

(1957-07-04) 4 Julai 1957 (umur 66)
Nama lainMohamed M.N.,[1] Sifu M. Nasir
PekerjaanPenyanyi, penggubah lagu, pelakon, pelukis, penerbit album, pengarah
Tahun aktif1979–kini
PasanganJunaidah Johari (k. 1986; m. 1999)
Marlia Musa (k. 2000)
Anak-anakMohd Ilham
Mohd Yasin
Mohd Hidayat
Mohd Shafie
Nurnilam Sari
Suci Musalmah
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Luncai Emas
Pengkarya berkait

Dato' Mohamad Nasir bin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Dato' M. Nasir (lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah serta pelukis yang menetap di Malaysia. Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia. M. Nasir juga ialah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.[2]

Kehidupan awal

M. Nasir dilahirkan pada 4 Julai 1957 di Singapura (ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu dan merupakan anak ketiga daripada 7 beradik. Beliau mengambil pengajian diploma dalam lukisan Barat di Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura,[3] pada asalnya mahu menjadi seorang pelukis. Beliau mula menceburi bidang penciptaan muzik pada tahun 1978 apabila seorang rakan yang merupakan penerbit eksekutif PolyGram Singapura ketika itu bernama Wan Ibrahim telah menjemput beliau untuk menulis lirik lagu untuk kumpulan Alleycats yang meningkat popular pada masa itu.[3]

Kerjaya

Kerjaya awal dan Kembara

M. Nasir telah didedahkan secara mendalam kepada bidang muzik tidak hanya mendengar radio; tetapi juga abang sulungnya yang membawanya rakaman dari artis antarabangsa seperti Bob Dylan, Queen, Al Stewart dan Led Zeppelin semasa membesar di Singapura pada 1950an dan 1960an.[4] Beliau telah memilih untuk menceburi bidang nyanyian dengan mengeluarkan album pertamanya Untuk Pencinta Seni di bawah nama Mohamad MN pada tahun 1981, namun album tersebut gagal di pasaran.

Beliau membentuk kumpulan folk rock Kembara dengan empat orang anggota lain iaitu A. Ali, S. Sahlan, dan adik-beradik Abby dan Eddie Ali. Adik-beradik Ali bagaimanapun meninggalkan Kembara pada awal penubuhannya itu disebabkan oleh perbezaan pendapat mereka memilih genre yang bakal diketengahkan oleh kugiran tersebut. Kembara mengeluarkan album sulung mereka yang menjadi suatu kejayaan komersial dengan sebanyak 25,000 naskhah yang terjual. Mereka turut mengeluarkan enam album yang mencapai kejayaan yang sama sehingga pembubaran mereka pada akhir tahun 1985.[3]

Kerjaya solo

Selepas pembubaran Kembara, M. Nasir memulakan kerjaya solo, menandatangani kontrak dengan PMC/BMG dan menerbitkan album S.O.L.O yang dikeluarkan pada 13 November 1989, ia menjadi album pertamanya yang didaftarkan atas nama M. Nasir. Lima lagu di dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single, dengan salah satunya menampilkan duet bersama Rahim Maarof, iaitu "Falsafah Cinta".

Pada 5 Januari 1990, beliau menubuhkan label rakamannya sendiri Luncai Emas yang beribu pejabat di Sungai Buloh, Selangor. Beliau seterusnya melancarkan album solo ketiganya, Saudagar Mimpi (1992) di mana beliau menulis kesemua lirik untuk 11 lagu di dalam album ini, dengan 3 lagu dikarang oleh beliau sendiri. Antara lagu popular album ini ialah "Apokalips" yang merupakan single pertama.

Album studio keempat beliau, Canggung Mendonan memperlihatkan M. Nasir mengetengahkan pelbagai genre termasuk muzik dunia. "Mentera Semerah Padi", "Tanya Sama Itu Hud Hud", "Sentuhan Listrikmu" dan "Bonda" dikeluarkan sebagai single. Canggung Mendonan memenangi Album Tradisional Terbaik dan "Mentera Semerah Padi" memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik kedua pada 1995.

M. Nasir melancarkan album kelima beliau, Srikandi Cintaku (1999) yang mana kesemua lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini merupakan rakaman semula dari lagu-lagu ciptaan beliau yang sebelumnya pernah dipopularkan oleh artis-artis popular dan beliau sendiri.[5]

Kerjaya filem

Kerjaya filem M. Nasir bermula pada 1986 apabila beliau menulis dan membintangi filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang mana beliau melakonkan watak sebagai Jebat/Bujang, seorang pemuzik jalanan yang baru tiba di ibukota telah bertembung dengan tidak sengaja dengan Osman Tikus di Hentian Puduraya. Filem ini ditayangkan pada 22 Februari 1986 dan merupakan kejayaan kritis.[6]

Karya dan cabang lain

M. Nasir merupakan pemilik syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1990 dan juga Pengetua Akademi Fantasia Musim 3. Malah adik lelaki M. Nasir iaitu Dzul juga aktif dalam bidang seni di Singapura. Selaku penggubah, beliau merupakan karyawan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung di Malaysia seperti Rahim Maarof, Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, Mawi dan Misha Omar.

Beliau juga terlibat dalam bidang seni lukisan, terutamanya seni abstrak. Beliau telah mengadakan beberapa pameran melalui karya kanvasnya; yang pertamanya ialah Tanda pada 2014 dan Tanda II pada 2015, kedua-duanya diadakan di Shah Alam.[7]

Kehidupan peribadi

Nasir berpindah bersama keluarganya ke Malaysia pada tahun 1984, di mana beliau mendapat kerakyatannya secara naturalisasi pada tahun 1989.[3]

Beliau berkahwin dengan vokalis kumpulan Ideal Sisters, Junainah Johari pada 1984 dan dikurniakan lima anak, empat anak lelaki – Ilham, Yassin, Hidayat dan Shafie serta seorang anak perempuan – Nurnilam Sari. Junainah meninggal dunia pada 8 Ogos 1998 akibat asma,[8] meninggalkan Ilham, Yassin, Ilham, Shafie dan Nurnilam Sari di bawah jagaan M. Nasir. Beliau berkahwin kaIi kedua dengan pelakon dan penulis skrip Marlia Musa pada 2000 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suci Musalmah.[8][9]

Diskografi

Album bersama Kembara

Album studio

Album kompilasi
  • Terbaik M. Nasir (1998)
  • Prahara Seni Abadi (2001)
  • The Essential M. Nasir (2010)
  • M. Nasir... Kembara Sakti (2015)

Album duet

Album runut bunyi
  • Merah: Original Soundtrack (1996)

Album instrumental
  • Irama M. Nasir – instrumental LP (1982)

Album perayaan

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
1986 Kembara Seniman Jalanan Bujang/Jebat Nasir Jani
Balik Kampung Penerbit Album Zainal Othman
1990 Fenomena Azlan Aziz M. Osman
1992 Selubung Kamal Datin Paduka Shuhaimi Baba
1993 Balada Desa Tan Sri Jins Shamsuddin
1994 Simfoni Duniaku Iskandar Datuk Aziz Sattar
1997 Merah Hassan Dirinya sendiri Juga sebagai pengarah, penulis skrip, penerbit dan muzik
1999 Perempuan Melayu Terakhir Dirinya sendiri Erma Fatima Kemunculan khas
2001 Putih Putera Aftus (Suara) Rashid Sibir Filem Animasi
2004 Puteri Gunung Ledang Hang Tuah[10][11] Saw Teong Hin
2010 Magika Penunggu Tasik Chini Edry Abdul Halim
2014 Yasmine Datuk Raja Nan Hitam Siti Kamaluddin
Chan Man Ching
Filem Brunei
2017 Tombiruo: Penunggu Rimba Tan Sri Berham Seth Larney
Nasir Jani
2019 Rajawali Komang Mamat Khalid
S. Amin Shahab
Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1993 Hello
2000 Salam Taj Mahal TV3
2018 Dosa: Sacred Sin Latif Astro First Eksklusif 8 Episod

Anugerah dan pencapaian

Anugerah Industri Muzik
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
1995 (AIM2) Video Muzik Terbaik Mentera Semerah Padi Canggung Mendonan Tercalon Casey - Seribu Impian
Album Tradisional Terbaik Menang
Lagu Terbaik Bonda Tercalon M. Nasir - Mentera Semerah Padi
Tanya Sama Itu Hud-Hud Tercalon
Mentera Semerah Padi Menang
Album Terbaik Tercalon Zainal Abidin - Gamal
1997 (AIM4) Lagu Terbaik Ghazal Untuk Rabiah (bersama Jamal Abdillah) Tercalon Siti Nurhaliza - Jerat Percintaan
1999 (AIM6) Lagu Terbaik Kias Fansuri Tercalon Ajai & Nurul - Aku Cinta Aku Rindu
2000 (AIM7) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Srikandi Cintaku Menang
Album Pop Terbaik Tercalon Sheila Majid - Ku Mohon
2002 (AIM9) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Phoenix Bangkit Menang
Kulit Album Terbaik Menang
Rakaman Album Terbaik Tercalon Too Phat - Plan B
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Phoenix Bangkit Dari Abu Tercalon Innuendo - Only Dancin'
Album Pop Terbaik Tercalon Saleem Ratu Sanubari
Lagu Terbaik Masirah Tercalon Dayang Nurfaizah - Seandainya Masih Ada Cinta
Raikan Cinta Tercalon
Album Terbaik Menang
Anugerah Wirama Menang
2007 (AIM14) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Sang Pencinta Tercalon Reshmonu - Superfine
Rakaman Album Terbaik Tercalon Kristal - Analogi
Album Pop Rock Terbaik Menang
Lagu Terbaik Juwita (Cintra Terindah) Menang
Sang Pencinta Tercalon M. Nasir - Juwita (Cintra Terindah)
Tujuh Nafas Lagi Tercalon
Album Terbaik Tercalon Siti Nurhaliza - Transkripsi
2009 (AIM16) Lagu Hip Hop Terbaik Mantera Beradu (bersama Malique) Menang
Lagu Terbaik Tercalon Misha Omar - Nafas Cahaya
Anugerah Juara Lagu

Lagu yang ditebalkan ialah juara keseluruhan

Tahun Kategori Judul Lagu Keputusan Lirik Penyanyi
1990 Terbuka "Mustika" Tercalon M. Nasir M. Nasir
"Sentuhan Kecundang" Tercalon M. Nasir kumpulan Ekamatra
"Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara" Tercalon S. Amin Shahab kumpulan Mega
"Sejati" Menang M. Nasir Kumpulan Wings, Malaysia
1991 Terbuka "Memburu Rindu" Tercalon Bob Lokman Hattan
"Tiara" Menang M. Nasir kumpulan Kris
1992 Balada "Kekasih Awal dan Akhir" Tercalon S. Amin Shahab Jamal Abdillah
"Syakila" Tercalon M. Nasir Razzi Rahman
penyanyi asal Rahim Maarof
Pop Rock "Mahligai Syahdu" Tercalon M. Nasir Hattan
1993 Balada "Sampai Hati" Tercalon M. Nasir kumpulan Spring
Pop Rock "Ratnaku" Tercalon M. Nasir Roy
Etnik Kreatif "Inang Bujang dan Dara" Tercalon M. Nasir kumpulan Ilussi
1994 Pop Rock "Tanya Sama Itu Hud Hud" Menang M. Nasir M. Nasir
Etnik Kreatif "Bonda" Menang Nurbisa (Rosli Khamis) M. Nasir
1995 Pop Rock "Di Bayang Awan" Tercalon Keon Awie
1997 Balada "Seroja" Tercalon S. Amin Shahab kumpulan Search
"Senja Nan Merah" Tercalon Seth (Rosli Khamis) Awie & Ziana Zain
Pop Rock "Itik Gembo Gembo" Menang Muzik oleh Helen Yap
Lirik oleh Darwish (M. Nasir) & Azlan Aziz
kumpulan A to Z
"Apaku Rasa" Tercalon Muzik oleh Fauzi Marzuki
Lirik oleh Darwish (M. Nasir)
Shima
Etnik Kreatif "Ghazal Untuk Rabiah" Menang Muzik oleh Jamal Abdillah & M. Nasir
Lirik oleh Cenderawasih (S. Amin Shahab)
Jamal Abdillah & M. Nasir
1999 Pop Rock "Andalusia" Menang Loloq (Rosli Khamis) M. Nasir
2001 Etnik Kreatif "Raikan Cinta" Tercalon M. Nasir M. Nasir
2005 Etnik Kreatif "Aduh Saliha" Menang Loloq (Rosli Khamis) Mawi
2006 Pop Rock "Lagu Jiwa Lagu Cinta" Tercalon Loloq (Rosli Khamis) Mawi & M. Nasir
"Juwita Citra Terindah" Menang M. Nasir M. Nasir
2007 Pop Rock "Angan dan Sedar" Tercalon Loloq (Rosli Khamis) Mawi
2011 Terbuka "Awan Nano" Menang Budi Hekayat Hafiz Suip

Rujukan

  1. ^ Adly Syairi Ramly; Sheryl Stothard (November 2001). PHOENIX BANGKIT: BACK TO ROOTS?. TONE. m/s. 46–49 – melalui Prahara Seni.
  2. ^ Begum, Mumtaj (18 November 2011). "Mahawangsa triumphs". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2011. Dicapai pada 8 May 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ a b c d "M. Nasir: Traditional music meets Western sounds". The Straits Times. 4 Jun 2015. Dicapai pada 2017-02-01.
  4. ^ Ali Johan (20 February 2016). "Wavelength: The Journeyman". BFM 89.9. BFM 89.9. Peritiwa berlaku pada 21:18. Dicapai pada 8 March 2017.
  5. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (20 April 2000). "M. Nasir Srikandi Cintaku ke Indonesia". Utusan Online. Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 March 2017.
  6. ^ Kembara Seniman Jalanan masih relevan? Nasir Jani. Sinar Harian. Dicapai pada 22 Februari 2016.
  7. ^ Goh, Daryl (29 April 2015). "M. Nasir: He sings, he writes, now he's making art". The Star. Dicapai pada 22 March 2017.
  8. ^ a b Muzlina Abu Bakar (8 Februari 2010). "Sebak terkenang arwah Nanaa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2017-02-05. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  9. ^ Ku Seman Ku Hussein (13 Ogos 1998). "Apabila irama terhenti seketika". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2017-02-05. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  10. ^ Metra Syahril Mohamed (15 Mac 2010). Bayangan kolaborasi M. Nasir Utusan Malaysia. Diakses pada 20 Ogos 2016.
  11. ^ Konsert Bagaikan Sakti M Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza Budiey, Sensasi Selebriti. 17 Disember 2009.

Pautan luar