Mira Filzah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Atcovi (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 203.106.191.94 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Azmil Ahmad
Teg: Undur
IslamBro (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 137: Baris 137:
| ''Ops Cinta Din Sardin''
| ''Ops Cinta Din Sardin''
| Che Ta
| Che Ta
| TV9
| [[TV9]]
| Slot Kelakarama
| Slot Kelakarama
|-
|-
| ''3 Gadis Manis''
| ''[[3 Gadis Manis (Musim 2)]]''
| Aisyah
| Aisyah
| Astro Gempak
| [[Astro Gempak]]
| Drama Web
| Drama Web
|-
|-

Semakan pada 07:41, 21 Januari 2019

Mira Filzah
Mira dalam salah satu adegan drama Abang Beduk.
Kelahiran
Nur Amirah Filzah binti Badioezaman

(1993-04-02) 2 April 1993 (umur 30)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA, Shah Alam
PekerjaanPelakon, pengacara, model, penyanyi, usahawan
Tahun aktif2013–kini
Ketinggian1.62 m (5 ka ​3 1316 in)

Nur Amirah Filzah binti Badioezaman atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah (lahir 2 April 1993) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia. Beliau merupakan alumni SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan graduan jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Di samping berlakon, beliau juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, MORA ESSENTIAL yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya dan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF SHAWLS. Antara drama yang terkenal lakonan beliau adalah Eksperimen Cinta (2015) dan Cinta Si Wedding Planner (2016).

Kerjaya

Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun[1], sebelum beralih kepada bidang lakonan. Drama televisyen pertamanya merupakan Dunia Lola di mana beliau memegang watak utama sebagai Lola, sebuah program hijabista yang berkolaborasi bersama Syampu Sunsilk. Selepas 'senyap' dari bidang hiburan selama 2 tahun untuk fokus terhadap pembelajarannya di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa [2], Mira Filzah tidak menyangka ada tawaran dalam bidang lakonan yang datang kepadanya menerusi drama Eksperimen Cinta yang diterajui oleh Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Tawaran yang datang dianggapnya sebagai rezeki dan pengalaman baharu. Meskipun memegang watak sebagai watak pembantu, watak sebagai Suraya dalam Eksperimen Cinta dikatakan hidup dan mendapat perhatian peminat.

Tawaran yang datang selepas dia membintangi drama Eksperimen Cinta tidak disangkal lagi dan beliau kerap muncul di kaca televisyen melakonkan pelbagai telefilem selepas itu. Memegang watak sebagai Intan di dalam telefilem Abang Haji di TV3 di mana beliau perlu menghidupkan perwatakan gedik menambah pengalaman baharu baginya kerana beliau tidak pernah melakonkan watak sebegitu tambahan lagi perwatakan tersebut dianggap sebagai antagonis dan boleh membuatkan dirinya tidak disukai. Sangkaan tersebut jauh meleset apabila ramai penonton memberi respon positif terhadap lakonannya yang menjadi.

Tidak dinafikan lagi, pelakon baharu ini mula dikenali dan menjadi viral di laman sesawang Facebook kerana memperagakan uniform rasmi penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk telefilem Din Sardin (2015). Jelas beliau, berita tentang gambarnya yang viral di laman sosial tidak dirasakan sebagai sesuatu yang negatif dan menganggap ianya peluang agar dirinya lebih dikenali di mata masyarakat.

Kepercayaan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit kepadanya tidak disia-siakan apabila menerajui sebuah drama yang menjadi perbualan hangat ramai penonton, Cinta Si Wedding Planner (2016) yang bersiaran di Slot Akasia TV3. Walaupun ada penonton yang mempertikaikan gandingan pelakon baharu ini bersama aktor hebat dan ternama Malaysia, Ady Putra dalam drama itu, namun setelah beberapa episod yang ditayangkan, gandingan mereka mendapat maklum balas positif daripada rata-rata peminat. Drama ini kemudiannya disambung dengan telefilem khas sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu Cinta Si Wedding Planner Raya.

Mira Filzah turut memenangi Anugerah Meletop Era 2016 sebagai Artis Baharu MeleTOP dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 sebagai Artis Baharu Wanita Popular.

Beliau mempunyai kelab peminat yang diberi nama "Miraclegacy". Instagram: Miraclegacy_ Twitter: Miraclegacy YouTube: Miraclegacy Media

Filemografi

Kunci
Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2018 Rise: Ini Kalilah Fizah Saw Teong Hin
Nik Amir Mustapha
MS Prem Nath
Filem pertama
2019 Sangkar dagger Lea Kabir Bhatia Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Dunia Lola Laila/Lola Astro Ria Drama Web
2015 Eksperimen Cinta Suraya TV3 Slot Dahlia
2016 Cinta Si Wedding Planner Izara Batrisya Slot Akasia
Ketupat Palas Mr. Handsome Ayu Slot Akasia
Tika Langit Terbuka: Down Syndrome Maria Astro Oasis
Abang Bomba I Love You Dr Dahlia Astro Ria Slot MegaDrama
2017 Meh Sandar Pada Aku Afnan Tasneem TV3 Slot Dahlia
Ops Cinta Din Sardin Che Ta TV9 Slot Kelakarama
3 Gadis Manis (Musim 2) Aisyah Astro Gempak Drama Web
Meh Sandar Lagi Afnan Tasneem TV3 Slot Akasia
2018 Pelangi Cinta Bunga Mini Siri 100Plus
Rahsia Hati Perempuan Ilaina Astro Ria Slot MegaDrama
Lelaki Kiriman Tuhan Naira Astro Oasis Slot Raihana
Pujaan Hati Kanda Tiara TV3 Slot Akasia

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Din Sardin Che Ta TV9
Abang Haji Intan TV3
Abang Beduk Aishah Astro Oasis
Nasi Dagang Lembu Korban Umaira TV AlHijrah
2016 Dia Untukku Zahra
Ustaz Enjin Shuhara TV AlHijrah
Dika Baran RTM (TV1)
Cili
Cinta Si Wedding Planner Raya Izara Batrisya TV3
Bella Bella TV3
Duit Kawin Rozana Astro Ria
2017 Love You Miss Pomen Saerah TV9
Jula Juli Bintang Cinta Jula Astro Citra
Malam Tanpa Yasin Adawiyah TV3
Jula Juli Bintang Putus Cinta Jula Astro Citra
Dosa Perempuan Tasha TV3
Izinkan Aku Mawar Astro Citra
2018 Teksi Love Nada Astro Citra
Mak Cun Pi Amerika Lagi TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Primadona Ejen Primadona Astro Prima
2014-15 KLTV Dirinya sendiri/pengacara Hypp Sensasi
2015 Qari Junior Dirinya sendiri/pengacara TV3
2016 Trek Selebriti Artis jemputan Astro Ria
LePaknil Artis jemputan Astro Ria
Ketuk-Ketuk Ramadan Artis jemputan TV1
Ye Ke Artis jemputan TV3
Bonda Bonding Artis jemputan Astro Ria
MeleTOP Pengacara jemputan Astro Ria
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Pengacara TV3
2016-17 3 Juara Pengacara TV3
2017 CCTV! Artis jemputan Astro Ria
Shuib, Artis & Telemovie Citra Artis jemputan Astro Ria
Mahligai Cinta Pengacara TV3
2018 Nona Pengacara TV3
2019 Maharaja Lawak Mega 2018 Artis jemputan Astro Warna

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Kedudukan Catatan
ERA FM
[3]
Hot FM
[4]
Muzik Muzik
[5]
JOOX
[6]
2017 "Sandar Padaku" (berduet dengan Aliff Aziz) [7] [8] OST Drama Meh, Sandar Pada Aku!

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016
Anugerah MeleTOP Era
Artis Baharu MeleTOP Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29
Artis Baharu Wanita Popular Menang
Anugerah Melodi
Personaliti Drama Melodi Tercalon
Personaliti Sensasi Melodi Tercalon
2017
Anugerah DFKL
Aktres Pilihan Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pengacara TV Popular Tercalon
Anugerah Stail EH!
Selebriti Harapan Pilihan Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pengacara TV Popular Tercalon
Artis Versatil Popular Tercalon
Anugerah Skrin 2018
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Dosa Perempuan) Tercalon

Rujukan

  1. ^ Amirah Filzah pesona busana muslimah
  2. ^ Mira Filzah tumpu pelajaran
  3. ^ "Carta ERA 40". ERA FM.
  4. ^ "Hot FM 30". Hot FM.
  5. ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.
  6. ^ "Player Ranking". JOOX APP.
  7. ^ mStar (21 Februari 2017) Mira Filzah Terjebak Jadi Penyanyi - Berita Hiburan Dicapai 21 Mac 2017.
  8. ^ Sinar Harian (8 Mac 2017). Percubaan pertama Mira Filzah duet bersama Aliff Aziz - Hiburan Dicapai 21 Mac 2017.

Pautan luar