Shera Aiyob: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 12: Baris 12:
| occupation = [[Pelakon]], [[Pengacara|pengacara TV]], Pembantu Penerbit
| occupation = [[Pelakon]], [[Pengacara|pengacara TV]], Pembantu Penerbit
| years_active = 2007 - kini
| years_active = 2007 - kini
| spouse = [[Zahiril Adzim]] (berkahwin 2011)
| spouse = {{marriage|[[Zahiril Adzim]]|2011}}
| children = Nadi Anaqi
| children = Nadi Anaqi
}}
}}

Semakan pada 12:54, 21 Januari 2019

Shera Aiyob
Kelahiran
Nur Syahirah binti Ayob

(1986-12-21) 21 Disember 1986 (umur 37)
PendidikanDiploma Pengajian Media
Pusat pendidikanInstitut Media Integratif Malaysia (MIIM), Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pengacara TV, Pembantu Penerbit
Tahun aktif2007 - kini
PasanganZahiril Adzim (k. 2011)
Anak-anakNadi Anaqi

Nur Syahirah Ayob (lahir pada 21 Disember 1986) atau lebih popular sebagai Shera Aiyob (Jawi: سهير ايوب) merupakan pelakon, pengacara televisyen dan pembantu penerbit Malaysia. Shera mula aktif dalam bidang lakonan bermula pada tahun 2007 dan semenjak itu beliau telah berlakon dalam beberapa buah drama, telefilem dan filem. Selain itu beliau juga aktif menjadi pengacara tv dan pembantu penerbit dibelakang tabir.

Kerjaya

Selain berlakon, Shera juga melibatkan diri dalam bidang pengacaraan televisyen apabila beliau dan suami, Zahiril Adzim telah diberi tanggungawab dalam mengacara sebuah program bual bicara Masam - Masam Manis terbitan TV Alhijrah musim yang ke-3.[1]

Pada September 2017, Shera bakal membintangi sebuah drama adaptasi novel yang menggunakan tajuk yang sama iaitu Perempuan Paling Bahagia , hasil penulisan Syamnuriezmil. Drama terbitan Pena Creative Sdn. Bhd ini, bakal mengandingkan Shera dan suami beliau, Zahiril Adzim sebagai peneraju utama serta drama arahan Jamal Khan ini akan mula bersiaran pada bulan September 2017 di Astro Oasis dan Astro Maya HD.[2]

Kehidupan peribadi

Pada 20 Disember 2011, Shera telah selamat menjadi isteri dengan sekali lafaz kepada Zahiril Adzim yang juga merupakan salah seorang pelakon lelaki Malaysia. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak dan akad nikah dijalankan sendiri oleh bapa Shera, Aiyob Shaharuddin.[3][4][5]

Pada 19 Jun 2013, Shera selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Nadi Anaqi.[6]

Selain itu, pada tahun 2014, Shera telah mengambil keputusan memakai hijab sepenuhnya.[7][8]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Karak Zura Filem pertama
2012 Sesuatu Yang Tertinggal Zakiah
2013 Juvana Sara
PSIKO: Pencuri Hati Siti
2015 Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Sara
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir Sara

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Jangan Ambil Padang Kami Mai Astro Ria
Duri Sufi Astro Prima
2014 Jauh Dari Cinta Sara Lilyana
2015 Dalam IradatMu Adra Liyana TV AlHijrah
Masihkah Ada Kasih [9] [10] Manisah TV1
2017 Perempuan Paling Bahagia Arissa Astro Oasis
2018 Tok Adi Ayu
KL Gangster: Underworld Suraya Iflix

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Haruskah Ada Rindu Suzanna TV2
2014 Qadr Amira Astro First Eksklusif
Nostalgila Ais Astro First Eksklusif
Kalau Itu Takdirnya Izreen TV1
2015 Dr. Rushdi Idora TV2
Mahar TV AlHijrah
2017 Sakit Elina TV3
Tanya Sama Pokok Sheila TV1
2018 Iman Ke Syurga Ina TV3

Program TV

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2016 Masam - Masam Manis Pengacara TV Alhijrah mengacara bersama suami beliau; Zahiril Adzim
2017 Darlie : Mamaku Terer Artis Jemputan TV3
  • 23 Mac
    • bersama keluarganya dan artis Kilafairy dan ibu beliau.
Mahligai Cinta Pasangan Pilihan
  • 7 April
    • bersama suami beliau.
Jom Berbuka Artis Jemputan TV9
  • 10 Jun
    • bersama keluarga beliau

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Gandingan Serasi Filem (bersama Zahiril Adzim) Juvana 3: Perhitungan Terakhir Tercalon

Rujukan

Pautan luar