Dinosaur: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Chongkian (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 25: Baris 25:
*** Suborder [[Theropoda]]
*** Suborder [[Theropoda]]
}}
}}

[[File:Donhu Jurassic Garden.jpg|thumb|Taman Dinosaur di [[Johor]], [[Malaysia]].]]


'''Dinosaur''' merupakan [[haiwan]] [[reptilia]] yang mendiami [[bumi]] hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada zaman [[Mesozoik]] yang merupakan "Zaman Dinosaur". Perkataan "dinosaur" bermaksud "cicak yang dahsyat" dalam [[bahasa Greek]] dan pertama digunakan oleh Dr [[Richard Owen]] untuk menggelarkan haiwan-haiwan ini pada tahun [[1842]]. Bukan semua haiwan yang hidup pada [[zaman prasejarah]] itu dianggap sebagai dinosaur.
'''Dinosaur''' merupakan [[haiwan]] [[reptilia]] yang mendiami [[bumi]] hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada zaman [[Mesozoik]] yang merupakan "Zaman Dinosaur". Perkataan "dinosaur" bermaksud "cicak yang dahsyat" dalam [[bahasa Greek]] dan pertama digunakan oleh Dr [[Richard Owen]] untuk menggelarkan haiwan-haiwan ini pada tahun [[1842]]. Bukan semua haiwan yang hidup pada [[zaman prasejarah]] itu dianggap sebagai dinosaur.

Semakan pada 08:21, 22 Januari 2019

Dinosauria
Julat zaman: Zaman Trias lewat - Sekarang (termasuk burung)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Superorder:
Dinosauria

Order
Taman Dinosaur di Johor, Malaysia.

Dinosaur merupakan haiwan reptilia yang mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada zaman Mesozoik yang merupakan "Zaman Dinosaur". Perkataan "dinosaur" bermaksud "cicak yang dahsyat" dalam bahasa Greek dan pertama digunakan oleh Dr Richard Owen untuk menggelarkan haiwan-haiwan ini pada tahun 1842. Bukan semua haiwan yang hidup pada zaman prasejarah itu dianggap sebagai dinosaur.

Dinosaur juga terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Saiznya berbeza daripada 30 meter panjang (100 kaki) dan 15 meter tinggi (50 kaki) sehingga saiz seekor ayam. Kehidupan dinosaur juga berbagai-bagai. Ada spesies yang hidup dalam kawanan dan ada yang hidup bersendirian. Ada yang makan daging dan ada juga yang makan tumbuh-tumbuhan.

Dinosaur mempunyai ciri-ciri pembiakan seperti burung, iaitu membuat sarang, bertelur serta menjaga anak. Telur dinosaur berkulit keras. Telur ini ditimbus di dalam sangkak yang dibuat daripada ranting-ranting kayu, tumbuhan kering ataupun daripada lumpur. Telurnya juga boleh ditimbus di dalam lekuk di atas tanah yang dilindungi dengan tumbuhan atau pasir.

Pengelasan dinosaur

Setiap jenis dinosaur dikenali sebagai spesies, dan beberapa spesies membentuk genus. Satu spesies berserta jurai lelurur dan keturunannya membentuk kumpulan yang dikenali sebagai clade. Diagram cladogram pula menggambarkan beberapa clade yang diketahui. Sebagai contoh, Tyrannosaurus rex termasuk dalam clades semakin besar dari Tyrannosaurus, tyrannosaurs, coelurosaurs, tetanurans, theropods, dan saurischians.

Pembentukan Fosil

  • Kematian dinosaur

Sedimen terkumpul seperti pasir memberi tekanan pada tanah hingga menjadi keras dan lapisan berbatu. Apabila dinosaur mati,badannya mereput dan hanya meninggalkan tulang.

  • Ditimbus sedimen

Lapisan tanah beransur-ansur menutupi tulang dinosaur. Lapisan tanah ini melindunginya daripada pembangkai.

  • Pembentukan fosil

Selepas jangka masa panjang, tulang mula digantikan oleh mineral dan bertukar menjadi fosil keras. Jika sedimen di atas fosil semakin bertambah, fosil akan tertanam lebih dalam malah bentuknya juga menerima tekanan. Itulah sebabnya sesetengah fosil ditemui tidak sempurna.

  • Penemuan fosil

Pergerakan plat tektonik bumi menyebabkan fosil naik perlahan-lahan ke permukaan tanah. Apabila permukaan bumi mengalami hakisan dan luluhawa, fosil akan terdedah. Fosil ini mudah rosak. Jadi ia mesti dijaga dengan teliti dan aktiviti ekskavasi mesti dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak sebarang kerosakan.