Muzium Diraja Istana Batu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox building
{{Infobox building
|name = Muzium Diraja Istana Batu
|name = Muzium Diraja Istana Batu
|native_name = Muzium Diraja Istana Batu
|native_name =
|image = Muzium Diraja Istana Batu.jpg
|image = Muzium Diraja Istana Batu.jpg
|opening = 1991
|opening = 1991

Semakan pada 19:13, 22 Januari 2019

Muzium Diraja Istana Batu
Map
Maklumat umum
JenisMuzium
LokasiKota Bharu, Kelantan, Malaysia
Disiapkan pada
1939
Pembukaan1991

Muzium Diraja Istana Batu merupakan sebuah Muzium di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sejarah

Istana Batu dibina pada tahun 1939 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni almarhum Sultan Muhammad Ke-IV. Keseluruhan rekabentuk istana ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Ismail. lanya dikurniakan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai hadiah sebuah perkahwinan.[1]

Istana ini telah menjadi tempat bersemayam Sultan Yahya Petra sehinggalah tahun 1960, iaitu sebelum baginda ke Istana Kota Lama yang telah dijadikan tempat bersemayam rasmi Sultan Kelantan. Dalam tahun 1966 Istana Batu ini telah diubahsuai kemudiannya menjadi kediaman rasmi Dato Tengku Salwani binti almarhum Sultan Yahya Petra.

Pada tahun 1969 Istana Batu ini dijadikan istana rasmi kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota iaitu Tengku Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra yang kemudiannya menjadi Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darulnaim. Baginda telah bersemayam di Istana ini sehingga tahun 1972. Istana Batu telah menempa banyak sejarah seperti tempat perkahwinan kerabat-kerabat DiRaja tempat kediaman bagi raja-raja kerabat-kerabat dan tetamu-tetarnu Al-Sultan Kelantan semasa berkunjung ke negeri Kelantan.

Istana ini telah mencatat satu lagi sejarah apabila keluarga almarhum Sultan Yahya Petra mengampuni perkenan meminjamkan bangunan ini dijadikan sebagai Muzium DiRaja dan telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra pada 25 Julai 1991 bersempena dengan hari ulang tahun Keputeraan Baginda yang ke-41.

Seni Bina

Muzium ini adalah struktur kuning. Bilik-bilik dalamannya adalah persimpangan, ruang santapan, dapur, bilik lukisan, lorong dan bilik beradu.

Pameran

Muzium ini memaparkan pelbagai barang milik Sultan Kelantan, seperti gambar, pakaian, artifak, perabot dan lain-lain.

Waktu Operasi

Waktu Muzium DiRaja ini beroperasi adalah pada pukul 8.30 pagi hingga 4.45 petang, setiap hari kecuali hari Jumaat.

Rujukan

  1. ^ "Istana Batu, Muzium di Kota Bharu". Lonely Planet. Dicapai pada 26 October 2016.