Azar Azmi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Kyra Zahirah (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 127: Baris 127:
|[[TV3]]
|[[TV3]]
|Slot Akasia
|Slot Akasia
|-
|2019
|''[[Plan Cinta]]''
|Alisya
|[[TV3]]
|Slot Iris
|-
|-
|2019
|2019

Semakan pada 12:08, 24 Januari 2019

Azar Azmi
Kelahiran
Siti Azar Ameerah binti Azmi

(1989-03-13) 13 Mac 1989 (umur 35)
PekerjaanPelakon, model, usahawan
Tahun aktif2010−kini

Siti Azar Ameerah binti Azmi (lahir 13 Mac 1989)[1] atau lebih dikenali sebagai Azar Azmi merupakan pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10.[2][3]

Kehidupan awal

Azar dilahirkan pada 13 Mac 1989 di Rembau, Negeri Sembilan dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

Kerjaya

Azar merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 yang turut disertai oleh Neelofa (juara), Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam. Selain itu, beliau juga merupakan usahawan dan pengasas produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF.[4]

Sebelum menyertai Dewi Remaja, Azar memulakan kerjaya lakonan melalui watak sampingan sahaja. Beliau pernah berlakon di samping Ashraf Muslim dan Mia Ahmad dalam drama adaptasi novel, Mr. Boss Miss Stalker di TV3 dan seterusnya berlakon bersama Fattah Amin dan Neelofa dalam Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.[5]

Pada 28 Januari 2017, Azar menjayakan peranan utama bersama Fattah Amin dalam telefilem Bayangan Emilia arahan Pekin Ibrahim yang memulakan siaran di Astro Ria. Beliau kemudiannya ditawarkan oleh Datuk Yusof Haslam berlakon dalam siri drama kepolisan, Gerak Khas, yang mana Azar memegang watak sebagai Detektif Amira, di samping Raja Ilya, Sheera Iskandar, Norman Hakim dan Syamsul Yusof.

Azar menjadi sebahagian dari barisan pelakon termasuk Hazama, Zoey Rahman, Munna Bella dan Ruhainies yang membintangi telefilem Uniknya Cinta arahan Suhaimi Lua yang bersiaran di Slot Cerekarama TV3 pada 3 Februari 2018. Azar memegang watak sebagai Amelina, anak kepada seorang pegawai polis.[6]

Beliau juga muncul dan memegang watak sebagai Ain di dalam siri drama waktu perdana, Tiada Arah Jodoh Kita di Slot Akasia TV3, yang diterajui oleh Shukri Yahaya dan Aprena Manrose bermula 13 Februari 2018.

Bermula 13 April 2018, Azar menjayakan peranan utama sebagai Wildad dalam siri drama waktu perdana iaitu, Cinta Fatamorgana yang turut bersiaran di Slot Akasia TV3, beliau menjayakan drama ini bersama-sama Aeril Zafrel dan Syazuwan Hassan.[7]

Beliau juga telah memegang watak sebagai Haryani dalam Isteri Untuk Diiktiraf di TV1. Beliau, bersama-sama Zara Zya, Hanna Aqeela dan Syazuwan Hassan menjadi teraju utama drama Terbaik Dariku yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 bermula 14 November 2018.

Azar bakal muncul dalam drama Nur 2, memegang watak sebagai Juita.[8][9][10]

Filemografi

Kunci
Filemografi yang belum dikeluarkan Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Mr. Boss Miss Stalker Linda TV3 Slot Dahlia
Mukhlis (Musim 2) TV2
Suri Hati Mr. Pilot Humaira Astro Ria Slot MegaDrama
2016−17 Biar Aku Jadi Penunggu Afia Aliyana TV3 Slot Akasia
2017 Syurgaku Tak Sempurna Jun HyppTV
Red Velvet Syafiqah Astro Ria
Gerak Khas Detektif Amira TV2
Bayangan Emilia Rita Astro Citra Telefilem
My Coffee Prince Dirinya sendiri Astro Ria Penampilan khas
2018 Tiada Arah Jodoh Kita Ain TV3 Slot Akasia
Uniknya Cinta Amelina TV3 Telefilem
Cinta Fatamorgana Wildad TV3 Slot Akasia
Isteri Untuk Diiktiraf Haryanti TV1 Slot Widuri
Terbaik Dariku Suraya TV3 Slot Samarinda
Pujaan Hati Kanda Fatimah TV3 Slot Akasia
2019 Plan Cinta Alisya TV3 Slot Iris
2019 Nur 2 Filemografi yang belum dikeluarkan Juita TV3

Anugerah dan pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Wanita Popular Tercalon

Rujukan

  1. ^ Meran Abu Bakar (15 Oktober 2007). Beraya di kampung satu kemestian - Azar Ameerah Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  2. ^ Jemang Rahman (13 Januari 2017). Azar Azmi tidak ralat lambat popular mStar Online. Dicapai pada 30 April 2018.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (14 Disember 2017). Tak ralat lambat popular Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2018.
  4. ^ Biodata Azra Azmi, pelakon kelahiran Dewi Remaja. Azhan.co. (21 Februari 2018). Dicapai pada 1 Mei 2018.
  5. ^ Syafil Syazwan Jefri (19 Januari 2017). Hati saya pada lakonan - Azar Azmi Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2018.
  6. ^ Rafiq Mazlan (12 Januari 2018). Papar kisah cinta dua latar belakang berbeza Sinar Harian. Diperoleh pada 2 Mei 2018.
  7. ^ Kisah cinta yang dikorbankan Kosmo! (22 April 2018). Dicapai pada 1 Mei 2018.
  8. ^ Zaidi Mohamad (4 Januari 2019). Watak jahat drama Nur 2 milik Azar Azmi Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2019.
  9. ^ Ardini Sophia Sina (8 Januari 2019). Azar tak bimbang Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2019.
  10. ^ Ardini Sophia Sina (5 Januari 2019). Azar bawa watak Juita Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2019.

Pautan luar