GSK plc: Perbezaan antara semakan
Kemaskini logo. |
|||
Baris 46: | Baris 46: | ||
*{{Rasmi|http://www.gsk.com/}} |
*{{Rasmi|http://www.gsk.com/}} |
||
{{FTSE 100 Index constituents}} |
|||
{{Kawalan kewibawaan}} |
{{Kawalan kewibawaan}} |
||
Semakan pada 08:19, 28 Januari 2019
Fail:GSK logo.png | |
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam berhad |
---|---|
Didagangkan sebagai | LSE: GSK NYSE: GSK |
ISIN | GB0009252882 |
Industri | Farmaseutikal, bioteknologi |
Pendahulu | Glaxo Wellcome SmithKline Beecham |
Ditubuhkan | 2000 (London) |
Ibu pejabat | London, United Kingdom |
Tokoh penting | Chris Gent (Pengerusi) Andrew Witty (Ketua Eksekutif) |
Keluaran | Farmaseutikal, vaksin, barangan jagaan mulut, barangan pemakanan, ubat melalui kaunter |
Hasil | £27.387 bilion (2011)[1] |
Pendapatan kendalian | £8.397 bilion (2011)[1] |
Pendapatan bersih | £5.458 bilion (2011)[1] |
Bilangan kakitangan | 96,500 (2010)[2] |
Anak syarikat | Stiefel Laboratories, GlaxoSmithKline, GlaxoSmithKline (Germany), GlaxoSmithKline (Italy), GlaxoSmithKline (Belgium), GlaxoSmithKline (Croatia), GlaxoSmithKline (Ireland), GlaxoSmithKline (United States), GlaxoSmithKline (Canada), GlaxoSmithKline (Australia), GlaxoSmithKline (Poland), GlaxoSmithKline (Sri Lanka), GlaxoSmithKline (Turkey), GlaxoSmithKline |
Tapak web | www.gsk.com |
sunting · sunting di Wikidata |
GlaxoSmithKline plc (GSK) (LSE: GSK, NYSE: GSK) ialah syarikat multinasional farmaseutikal, biologik, vaksin dan penjagaan kesihatan pengguna yang beribu pejabat di London, United Kingdom. Ia merupakan syarikat farmaseutikal keempat terbesar dunia selepas syarikat Pfizer, Novartis dan Sanofi.[3] Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2000 hasil penggabungan GlaxoWellcome plc dengan Smithkline Beecham plc.
Kilang mereka membuat ubat untuk penyakit asma, barah, kawalan virus, jangkitan, kesihatan mental, diabetis, dan masalah pencernaan, serta penjagaan kesihatan oral dan pemakanan. Antaranya ialah Sensodyne, Boost, Horlicks dan Gaviscon.
Pada 2 Julai 2012, GSK mengaku bersalah kepada tuduhan jenayah dan bersetuju membayar penyelesaian $3 bilion berhubung penipuan kes di Amerika Syarikat, denda terbesar pernah dikenakan terhadap syarikat ubatan.[4] Syarikat ini didapati menyalahi undang-undang syarikat ubat preskripsi, kegagalan melaporkan data keselamatan, menyogok doktor, dan mempromosikan ubat-ubatan untuk kegunaan mereka yang tidak dilesenkan.[5]
GSK disenaraikan di Bursa Saham London dan Indeks FTSE 100. Sehingga Disember 2011 modal pasarannya sebanyak £73.8 bilion. Ia turut disenaraikan di Bursa Saham New York.
Sejarah
GSK telah ditubuhkan pada tahun 2000 hasil penggabungan beberapa syarikat terdahulu seperti GlaxoWellcome plc , Wellcome plc , Glaxo plc, Smithkline Beecham plc , Beecham plc dan Smithkline Beckman Corporation.
Ubat beracun
Jabatan Kesihatan Hong Kong di wilayah autonomi China mendapati tablet antibiotik Augmentin keluaran GlaxoSmithKline mengandungi beberapa ‘plasticiser’ (bahan yang dicampur untuk melenturkan plastik), termasuk ‘diisodecyl phthalate’ (DIDP), yang menimbulkan kebimbangan terhadap kualitinya. Namun jumlah kandungan pelentur plastik dalam ubat itu tidak mendatangkan bahaya jika diambil mengikut dos disarankan.
Sebagai langkah segera, Hong Kong memerintahkan penarikan balik antibiotik Augmentin dalam bentuk sirap setelah mengesan kandungan tinggi DIDP. Mereka memberi amaran bahawa pengambilan DIDP pada jumlah yang besar untuk tempoh yang panjang boleh menjejas hati. [6]
Rujukan
- ^ a b c "Preliminary Results 2011" (PDF). Dicapai pada 24 Mac 2012.
- ^ "GSK-Annual-Report-2010" (PDF). GlaxoSmithKline plc.
- ^ "The 20 largest pharmaceutical companies". Reuters. 26 Mac 2010. Dicapai pada 24 Jun 2012.
- ^ "GlaxoSmithKline to pay $3bn in US drug fraud scandal". 4 Julai 2012.
- ^ "GlaxoSmithKline Agrees to Pay $3 Billion in U.S. Drug Settlement". 2 Julai 2012.
- ^ Firma ubat diarah tarik balik antibiotik
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan GSK plc |