Perang Korea: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
SNN1395 (bincang | sumb.)
Added {{copy edit}} and {{update}} tags to article (TW)
Baris 1: Baris 1:
{{copy edit|for=Kemaskini terbaru|date=Februari 2019}}
{{update|date=Februari 2019}}
{{Infobox Military Conflict
{{Infobox Military Conflict
|conflict= Perang Korea
|conflict= Perang Korea

Semakan pada 04:26, 2 Februari 2019

Perang Korea
Sebahagian daripada Perang Dingin

Askar marin AS mendarat di Inchon.
TarikhPertempuran total dari 25 Jun 1950, hingga gencatan senjata pada 27 Julai 1953, walaupun tidak pernah ada perjanjian damai.
Lokasi
Keputusan Gencatan senjata; pembentukan Kawasan Bebas Tentera Korea; ataupun, status quo ante bellum.
Perubahan
wilayah
Kawasan Bebas Tentera Korea (DMZ); kedua-dua Korea Utara dan Selatan mendapat kawasan sepanjang selarian ke-38.
Pihak yang terlibat

PBB:
Korea Selatan Korea Selatan
 Afrika Selatan,
 Amerika Syarikat,
 Australia,
 Belanda,
 Belgium,
 Colombia,
 Habsyah,
 Filipina,
 Yunani,
Kanada,
 Luxembourg,
 New Zealand,
 Perancis,
 Thailand,
 Turki,
 United Kingdom


Kakitangan perubatan:
 Denmark,
 Itali,
 Norway,

 Sweden

Komunis:
 China,
 Korea Utara,

 Kesatuan Soviet
Komandan dan pemimpin

Korea Selatan Syngman Rhee, Korea Selatan Chung Il-kwon,
Korea Selatan Paik Sun-yup,
Amerika Syarikat Douglas MacArthur,
Amerika Syarikat Matthew Ridgway,

Amerika Syarikat Mark W. Clark

Korea Utara Kim Il-sung, Korea Utara Choi Yong-kun,
Korea Utara Van Len,
Korea Utara Kim Chaek,
Republik Rakyat China Mao Zedong,

Republik Rakyat China Peng Dehuai
Kekuatan

Korea Selatan 590,911,
Amerika Syarikat 480,000,
Britain 63,000,[1]
Kanada 26,791,[2]
Australia 17,000,
Filipina 7,000,
Turki 5,455,[3]
Belanda 3,972,
Perancis 3,421,[4]
New Zealand 1,389,
Thailand 1,294,
Habsyah 1,271,
Yunani 1,263,
Colombia 1,068,
Belgium 900,
Afrika Selatan 826,
Luxembourg 44

Jumlah: 941,356–1,139,518

Korea Utara 260,000,
Republik Rakyat China 780,000,
Kesatuan Soviet 26,000

Jumlah: 1,066,000

Nota: Angka berbeza mengikut sumber. Disenaraikan kekuatan puncak kerana saiz berubah semasa perang.
Kerugian dan korban
Korea Selatan:
58,127 maut
175,743 cedera
80,000 hilang/ditawan[1]
Amerika Syarikat:
36,940 maut (termasuk 3,275 bukan dalam pertempuran)
103,000 cedera
8,142 hilang
3,746 ditawan
United Kingdom:
1,109 maut[2]
2,674 cedera
1,060 hilang/ditawan[3]
Turki:
721 terkorban[5]
2,111 cedera
168 hilang
216 ditawan
Jumlah: Lebih 474,000
Korea Utara:[4]
215,000 maut,
303,000 cedera,
120,000 hilang/ditawan
China (rasmi):[6]
114,000 maut dalam pertempuran
34,000 bukan dalam pertempuran
380,000 cedera
21,400 POW
China (anggaran Pentagon):[5]
400,000+ maut
486,000 cedera
21,000 ditawan
Soviet:
315 maut
500+ cedera
Jumlah: 1,190,000-1,577,000+
Orang awam Korea terbunuh/cedera = Jutaan

Perang Korea bermula sebagai perang saudara dari 1950 hingga 1953 di Semenanjung Korea, yang telah dibahagikan kepada kawasan yang ditakluki antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet selepas Perang Dunia Kedua. Perang saudara ini bermula pada 25 Jun 1950, apabila Korea Utara menyerang Korea Selatan. Peperangan ini berkembang pesat apabila Amerika Syarikat, dan selepas itu Republik Rakyat China campur tangan dalam konflik ini. Konflik ini tamat selepas gencatan senjata tercapai pada 27 Julai 1953.

Di Korea Selatan, peperangan ini dikenali sebagai Perang 6•25 (Korea: 6•25 전쟁) yang merujuk kepada tarikh bermulanya perang ini walaupun ia secara rasminya dipanggil sebagai “Perang Korea” (한국전쟁, Han-guk Jeonjaeng); manakala di Korea Utara pula, konflik ini dikenali secara rasminya sebagai Perang Pembebasan Tanahair (Fatherland Liberation War, 조국해방전쟁)

Latar belakang

Perang Korea merebak sehingga menjadi medan pertelingkahan ideologi – ideologi Komunisme (diterajui oleh Soviet Union, China dan dengan Korea Utara sebagai penggerak) dan ideologi demokrasi yang ditegakkan oleh Amerika Syarikat yang mahukan kerajaan Korea Selatan terus bertahan dan bertapak. (Ketika konflik ini bermula, terdapat beberapa medan persaingan ideologi yang dilancarkan oleh pergerakan komunisme seperti Darurat di Semenanjung Tanah Melayu, pemberontakan menentang penguasaan Perancis di Indochina)

China memberikan sokongan kuat kepada Korea Utara. Kesatuan Soviet juga memberikan sokongan material dan juga personnel – juruterbang pesawat Mig-15 yang bertembung dengan juruterbang Amerika Syarikat ramai terdiri daripada jurterbang Soviet. Korea Selatan menerima sokongan dan bantuan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diterajui oleh Amerika Syarikat).

Amerika Syarikat secara rasminya mentakrifkan perang ini sebagai operasi ketenteraman (policing action) walaupun secara meluasnya konflik ini dikenali dengan panggilan Perang Korea. Penggunaan operasi ketenteraman oleh kerajaan Ameriak Syarikat (Pentadbiran Presiden Truman) adalah untuk mengelakkan keperluan Presiden Truman mendapakan mandat pengisytiharan perang oleh Kongres Amerika Syarikat.

Sebilangan pihak memanggil konflik ini “Perang Yang Dilupakan” (The Forgotten War) kerana konflik ini terlaksana pada skala yang besar tetapi tidak diberikan perhatian berbanding dengan Perang Dunia Kedua dan juga Perang Vietnam.

Kerugian

Menurut data Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, sebanyak 33,686 korban perang bersama dengan 2,830 korban bukan perang telah berlaku dalam peperangan ini.[7] Korban perang AS sebanyak 8,516 sewaktu serangan pertama mereka terhadap askar China pada 1 November 1950.[8] Korea Selatan melaporkan sebanyak 373,599 kes kematian orang awam dan 137,899 kes kematian askar. Sumber-sumber Barat menganggarkan bahawa Askar Sukarelawan Rakyat China (People's Volunteer Army, PVA) mendapat kerugian sebanyak 400,000 askarnya terkorban dan 486,000 yang lain cedera, manakala sebanyak 215,000 askar KPA dan 303,000 wounded.

Data daripada sumber rasmi China pula melaporkan PVA kehilangan 114,000 askar daripada sebab perang dan 34,000 askar daripada sebab bukan perang, 340,000 yang cedera dan 7,600 askar yang hilang sewaktu perang itu berlangsung. 7,110 tahanan perang China dikembalikan ke negara mereka. Sumber-sumber China turut melaporkan kerugian Korea Utara sebanyak 290,000 askar yang nahas, 90,000 askar yang ditangkap serta sebilangan besar orang awam yang terkorban.

China dan Korea Utara menganggarkan sekitar 390,000 askar AS, 660,000 askar Korea Selatan dan 29,000 askar PBB telah "disingkirkan" daripada medang perang.

Kajian terbaru mengumpulkan jumlah kematian keseluruhan pada kedua-dua pihak sekitar lebih 1.2 juta orang.[9]

Rujukan

  1. ^ On This Day 30 December 1950 from The BBC
  2. ^ The Korean War at \/37124/v5 Affairs Canadaa w,
  3. ^ Brief account at Korean-War.com
  4. ^ French Participation in the Korean War Embassy of France, Retrieved 31 October 2006
  5. ^ The Turks in the Korean War
  6. ^ Xu Yan, Consulate-General of the People's Republic of China in New York, Korean War: In the View of Cost-effectiveness
  7. ^ Rhem, Kathleen T. (8 June 2000). ""Defense.gov News Article: Korean War Death Stats Highlight Modern DoD Safety Record"". defense.gov. US Department of Defense. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2012. Dicapai pada 3 March 2016.
  8. ^ Defense Casualty Analysis System search Diarkibkan 22 Disember 2014 di Wayback Machine Korean War Extract Data File. Accessed 21 December 2014.
  9. ^ Bethany Lacina and Nils Petter Gleditsch, Monitoring Trends in Global Combat: A New Dataset of Battle Deaths Diarkibkan 6 Oktober 2014 di Wayback Machine, European Journal of Population (2005) 21: 145–166. Also available here "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 October 2014. Dicapai pada 2014-10-06. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)