Jambatan Sultan Ismail Muar: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Siber79 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Alexbot (bincang | sumb.)
k bot Mengubah: en:Sultan Ismail Bridge
Baris 17: Baris 17:
*[[Jambatan Kedua Muar]]
*[[Jambatan Kedua Muar]]


[[en:Sultan Ismail Bridge]]

[[en:Jambatan Sultan Ismail]]

Semakan pada 11:48, 19 Januari 2008

Fail:Jambatansultanismailmuar.jpg
Jambatan Sultan Ismail Muar

Jambatan Sultan Ismail Muar merupakan jambatan pertama yang menghubungkan Bandar Muar dan seberangnya di Tanjung Agas.

Sejarah

Sebelum pembinaan jambatan ini, penduduk yang ingin ke Seberang (panggilan untuk ke Tanjung Agas dan Melaka) terpaksa menyeberangi Sungai Muar menggunakan kemudahan feri yang dipanggil Penambang. Penambang atau feri ini mula beroperasi sekitar tahun 1890 sejak Muar dibuka dengan rasmi oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.

Oleh kerana pembangunan pesat ketika itu, Penambang dirasakan tidak dapat menampung kenderaan yang ingin menyeberang Sungai Muar. Oleh itu, cadangan telah dibuat untuk membina saebuah jambatan yang akan menghubungkan Bandar Muar ke Tanjung Agas dan Melaka.

Pembinaannya bermula pada tahun 1960 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan siap sepenuhnya pada 1962. Jambatan ini dibuka secara rasmi oleh Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor ketika itu pada 15 April 1967, mengambil sempena nama baginda. Dengan pembukaan jambatan tersebut, operasi feri Penambang juga ditamatkan.

Untuk menampung kos pembinaannya, kutipan tol telah dikenakan bagi tempoh yang singkat.

Lihat Juga