Baju tradisional Melayu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Reverted 2 edits by 43.252.234.230 (talk) to last revision by Yosri. (TW)
Teg: Buat asal
Baris 1: Baris 1:
[[File:Aidilfitri.upnm.2010.JPG|thumb|350px|baju khairullah|alt=]]
[[File:Aidilfitri.upnm.2010.JPG|thumb|350px|Baju Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia]]
'''Baju tradisional Melayu''' merujuk kepada baju tradisional [[orang Melayu]], terutamanya [[baju Melayu]] dan [[baju kurung]]. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping dan selendang.
'''Baju tradisional Melayu''' merujuk kepada baju tradisional [[orang Melayu]], terutamanya [[baju Melayu]] dan [[baju kurung]]. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping dan selendang.


Baris 5: Baris 5:


== Baju Riau ==
== Baju Riau ==
iii0Baju berbelxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxygf9oi vf06tyvgfb7uhij89,jk90-ohuyfctx\ah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis. Pada umumnya baju traisional melayu untuk kaum laki-laki biasanya dilengkapi dengan kain [[Songket]].
Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis. Pada umumnya baju traisional melayu untuk kaum laki-laki biasanya dilengkapi dengan kain [[Songket]].


== Baju Belah Kebaya Panjang ==
== Baju Belah Kebaya Panjang ==

Semakan pada 01:51, 7 Februari 2019

Baju Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia

Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu, terutamanya baju Melayu dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping dan selendang.

Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau.[1]

Baju Riau

Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis. Pada umumnya baju traisional melayu untuk kaum laki-laki biasanya dilengkapi dengan kain Songket.

Baju Belah Kebaya Panjang

Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.

Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

Baju Melayu

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

Baju Teluk Belanga

Baju "Cekak Musang" lengkap

Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.

Baju Kurung

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian.[2] Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

Rujukan

Pautan luar