Mirwana: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 22: Baris 22:
[https://www.instagram.com/mirwanaofficial/ Mirwana Official]
[https://www.instagram.com/mirwanaofficial/ Mirwana Official]
|Current_members = Akmal, Hafiz, Along, Ikram, Naim, Faiz
|Current_members = Akmal, Hafiz, Along, Ikram, Naim, Faiz
|Past_members =Izzat Mahadi (bergerak solo)
[[Faizal Tahir]
[[Yasin]
|Past_members =Izzat Mahadi (bergerak solo)
[[Faizal Tahir]

[[Wan Fazrul]]

[[Wan Fazrul]]
|Instruments =
|Instruments =

Semakan pada 02:52, 9 Februari 2019

{{Infobox musical artist |Name = Mirwana |Img = KumpulanMirwana.jpg |Img_capt = Anggota kumpulan Mirwana semasa pencalonan ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2004. |Img_size = |Lanscape = |Background = Kumpulan |Birth_name = |Alias = |Born = 1991 |Origin = Malaysia Malaysia |Genre = Vokal Berharmoni |Instrument = |Years_active = 14 tahun (sejak 1996) |Associated_acts = |Occupation = Vokal / Pemuzik |Label = |Influences = |URL= http://www.mirwana.com.my Mirwana Mirwana Official |Current_members = Akmal, Hafiz, Along, Ikram, Naim, Faiz |Past_members =Izzat Mahadi (bergerak solo)
[[Faizal Tahir]
Wan Fazrul |Instruments = }} Mirwana ialah sebuah kumpulan vokal berharmoni Malaysia yang sebelum ini lebih dikenali sebagai sebuah kumpulan nasyid. Mirwana telah lama ditubuhkan iaitu sejak ahli-ahli Mirwana masih di tingkatan satu lagi. Ahli-ahli asal Mirwana iaitu Mohd Hafiz bin Hamzah (Along), Muhammad Akmaluddin bin Samsudin (Akmal), Muhammad Hafiz bin Tamizi (Hafiz) dan Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi (Izzat) berasal dari sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah Kajang, kumpulan nasyid Mirwana sebenarnya ada pada setiap ambilan pelajar. Generasi pertama Mirwana adalah pada tahun 1991 yang ditubuhkan oleh penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman, selepas beliau menubuhkan kumpulan nasyid Brothers. Mereka bergerak di bawah Cable Maahad Network (CMN) bersama Ustaz Abu Hassan Morad.

Sehingga sekarang, kumpulan nasyid Mirwana SMKA Maahad Hamidiah masih diperturunkan dan masih bertahan dari generasi ke generasi.

Mirwana yang dikenali ramai pada hari ini ialah daripada generasi yang kelima Mirwana SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Semasa generasi kelima ini, mereka masih lagi dipimpin oleh saudara Yasin. Dan hanya Mirwana generasi kelima ini saja yang berani tampil sebaris dengan artis-artis lain dalam arus perdana industri muzik Malaysia. Kewujudan Mirwana sebaris dengan kumpulan Raihan yang dahulunya dikenali sebagai The Zikr, Nada Murni (Rabbani dan Hijjaz), Anugerah (Nowseeheart) dan All For Ummah (Saujana).

Pada tahun 2006, Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi yang lebih dikenali sebagai Izzat Mahadi telah mengumumkan pengunduran beliau dari Kumpulan Mirwana.

Pada hari ini, selain Along, Akmal, dan Hafiz, Mirwana dianggotai 3 ahli baru iaitu Syed Muhammad Ikram Bin Syed Mahadi (Ikram), Naemul Helmi Bin Mohd Napiah (Naim) dan Mohd Faiz Bin Saidina Omar (Faiz) [1]

Pada April 2017, Mirwana adalah antara peserta yang telah berentap menerusi program terbaharu iaitu Gema Gegar Vaganza (GGV) yang mengangkat lagu ketuhanan sebagai konsep pertandingan. Mereka telah mempersembahkan lagu Aku Tanpa CintaMu pada minggu pertama.

Profil

Along

Nama : Mohd Hafiz bin Hamzah
Tarikh Lahir : 8 November 1980
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Kerjaya  : Jurutera Mekanikal & Elektrikal
Pendidikan :

1. SMKA Maahad Hamidiah Kajang
2. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (UPM)

E-mel : along@mirwana.com.my

Akmal

Nama : Muhammad Akmaluddin bin Samsudin
Tarikh Lahir : 28 November 1980
Tempat Lahir : Melaka
Kerjaya  : Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Pendidikan :

1. SMKA Maahad Hamidiah Kajang
2. Diploma Komunikasi dan Media (UiTM)
3. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Media (Kepujian) (Kewartawanan) (UiTM)

E-mel : akmal@mirwana.com.my

Hafiz

Nama : Muhammad Hafiz bin Tamizi
Tarikh Lahir : 5 Februari 1980
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Kerjaya  : Penganalisa Sistem Maklumat
Pendidikan :

1. SMKA Maahad Hamidiah Kajang
2. Diploma Teknologi Maklumat (Universiti Tenaga Nasional)
3. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Universiti Tenaga Nasional, Bangi)

Ikram

Nama : Syed Muhammad Ikram Bin Syed Mahadi
Tarikh Lahir : 13 Mac 1984
Tempat lahir : Petaling Jaya
Kerjaya  : Eksekutif Perbankan Di Sebuah Bank Antarabangsa
Pendidikan :

1. Kolej Hafiz, Klang
2. Diploma Analisis Pelaburan (UiTM)
3. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) UiTM

Naim

Nama : Naemul Helmi Bin Mohd Napiah
Tarikh Lahir : 12 Mac 1980
Tempat lahir : Kajang
kerjaya  : Air Traffic Controller
Pendidikan :

1. SM Bandar Baru Bangi
2. SMKA Simpang Lima
3. Diploma Pengurusan Perniagaan (UiTM)

Emel : naim@mirwana.com.my

Faiz

Nama : Mohd Faiz Bin Saidina Omar
Tarikh Lahir : 7 Januari 1984
Tempat lahir : Kuala Lumpur
Kerjaya  : Eksekutif Operasi Jualan Di Sebuah Syarikat Automotif
Pendidikan :

1.  Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa (Lim Kok Wing)

Bekas Ahli

Izzat

Nama : Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi
Tarikh Lahir : 7 Disember 1980
Tempat Lahir : Petaling Jaya
Pendidikan :

1. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer dan Informasi (UIAM)
[2]

Kejayaan

1. Pemenang 2 kategori dalam Anugerah Era 2004

• Lagu Nasyid Pilihan – Hikmah Kembara
• Vokal Duo/Kumpulan Pilihan

2. Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004

• Artis Nasyid Paling Popular

3. Finalis Anugerah Industri Muzik ke-12

• Album Nasyid Terbaik

4. Pemenang 1 kategori dalam Anugerah Era 2005

• Lagu Nasyid Pilihan – Aku Tanpa CintaMu

5. Pemenang 4 kategori Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2005)

• Artis Baru Terbaik
• Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta – Hikmah Kembara
• Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta – Aku Tanpa CintaMu
• Juara Keseluruhan ACNI05 – Hikmah Kembara

6. Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005

• Artis Nasyid Paling Popular

7. Finalis Separuh Akhir Muzik-Muzik 25 2010

• Tika Masanya (Mirwana feat Hujan)
• Manifestasi Cinta (Fiq feat Mirwana)

8. Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

• Artis Nasyid Paling Popular

Album Mirwana

Secara komersil, Mirwana generasi kelima ini telah mengeluarkan tiga buah album iaitu 'Hikmah Kembara' pada tahun 2004, 'Aku Tanpa CintaMu' pada tahun 2006 dan yang terkini, 'Bumi Akhir Usia' pada tahun 2010. Album 'Aku Tanpa CintaMu' ialah album dengan lagu yang sama daripada album Mirwana dengan tambahan 2 lagu baru iaitu 'Seruan Lima Waktu' dan 'Keampunan'. Ia diterbitkan semula atas sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat-peminat mereka. Album ini mengandungi dua lagu hit mereka yang telah memenangi 7 anugerah tempatan iaitu Hikmah Kembara dan Aku Tanpa CintaMu, duet bersama Jay Jay.

Selain tiga album ini, Mirwana sebenarnya telah muncul dengan 6 album lain semasa di SMKA Maahad Hamidiah iaitu Mentari (1991), Mutiara (1992), Show Me The Way (1994), Sure You Can! (1995), Generations (1996), dan Cry For Freedom (1997). Album Cry For Freedom ini menjadi album terakhir Mirwana yang dibiayai oleh PIBG, sekolah, dan dana Mirwana sendiri.

Selain itu, Mirwana juga terlibat dalam pembikinan album-album lain seperti Terima Kasih Guru (1999), Junjungan Mulia II (2001) dan Nur Selawat (2006). Album Junjungan Mulia II yang turut disertai oleh lima kumpulan nasyid gergasi Malaysia iaitu Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana, Nowseeheart merupakan langkah pertama dan antara yang terbesar bagi Mirwana untuk menonjolkan diri dalam industri hiburan Islam di persada komersial. Dalam album ini, Mirwana membawakan lagu 'Andai Aku' ciptaan sepenuhnya Mujahid Abdul Wahab.

Hikmah Kembara (2004)

1. Hikmah Kembara
2. Aku Tanpa CintaMu (duet bersama Jay Jay)
3. Inni Akhofullah
4. Janji Kita
5. Khabar Cinta
6. Khalifah Pertama
7. Ku Hadir PadaMu
8. Mama Papa
9. Permataku
10. Takdir Penentu

Aku Tanpa CintaMu (2006)

1. Aku Tanpa CintaMu (Acoustic live)*
2. Emosi Adilfitri
3. Hikmah Kembara (Acoustic)
4. Keampunan
5. Seruan 5 Waktu
6. The New Quranic Generation [Remix]
7. Andai Aku (feat Salleh ex Brotherz)
8. Indah Bumi Kita (feat adik Syahidan)

Bumi Akhir Usia (2010)

1. Muhammad S.A.W "The Arrival"
2. Andaiku Pergi (Retro Version)
3. Tika Masanya featuring Hujan
4. Fana Pesona
5. Bukti Cinta featuring Edry Demascus
6. Kembali Padamu
7. Anugerah Istimewa
8. Jauh (Radio Edit)
9. Bumi Akhir Usia featuring DJ Erwan & Shazee
10. Cahaya Kekasih
11. Andaiku Pergi (Original Version)
12. Jauh (Original Version)
13. Andaiku Pergi (Instrumental)

Rujukan

Pautan luar