Kelantan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Jufert (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 44: Baris 44:
|population_estimate=
|population_estimate=
|population_estimate_year=
|population_estimate_year=
|population_census=1,539,601 <ref name="populasi">http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf</ref>
|population_census=1,870,700 <ref name="populasi">https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=430&bul_id=UzliaFYxbW1nSFovbDYrLzFFR29zZz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09</ref>
|population_census_year=2010
|population_census_year=2010
|population_estimate_rank=1
|population_estimate_rank=1

Semakan pada 13:02, 14 Februari 2019

Negeri di Malaysia
نڬري دمليسيا

کلنتن دار النعيم

Kelantan Darul Naim
Bendera Kelantan Lambang Kelantan
Bendera Lambang
Cogan kata: Berserah kepada Tuhan Kerajaan Kelantan
Lagu negeri: Selamat Sultan
Lokasi Kelantan
Lokasi Kelantan
   Kelantan di    Malaysia
Ibu negeri
(dan bandar diraja)
Kota Bharu
Bahasa utama {{{loghat bahasa}}}
Parti memerintah Gagasan Sejahtera (PAS)
 - Al-Sultan Sultan Muhammad ke-V
 - Menteri Besar Dato' Ahmad bin Yakob
 - Timbalan Menteri Besar Dato' Mohd Amar bin Abdullah
Sejarah  
 - Penjajahan Pattani[1] 1603 
 - Penjajahan Siam[2] November 1786 
 - Kesultanan Kelantan[3] 1800 
 - Penjajahan Inggeris[4] 1909 
 - Penjajahan Jepun[5] 8 Disember 1941 
 - Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu[6] 1 Februari 1948 
 - Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu[7] 31 Ogos 1957 
 - Pembentukan Kerajaan Persekutuan Malaysia[8] 16 September 1963 
Keluasan
 - Jumlah 14,922 km²
Populasi
 - banci 2010 1,870,700 [9]
 - Kepadatan 102/km²
Kod panggilan kebangsaan 09
Poskod kebangsaan 15xxx hingga 18xxx
Huruf pertama plat kenderaan D
Laman sesawang: www.kelantan.gov.my

Kelantan Darul Naim (Jawi: کلنتن دار النعيم; Sebutan tempatan: [klaˈtɛ]) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Kelantan mempunyai KDNK per kapita pada tahun 2006 sebanyak RM7,985, iaitu kira-kira sebahagian kecil daripada negeri kaya lain seperti Selangor dan Pulau Pinang.[10] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Kelantan mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM13,593 pada 2017.[11]

Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.

Geografi ڬيوڬرافي

Kelantan Darul Naim terdiri daripada 11 jajahan iaitu :[12]

Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.

Iklim اقليم

Negeri Kelantan mengalami iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu. Biasanya, hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau selama beberapa bulan. Bulan-bulan yang mengalami hujan yang paling kerap ialah bulan November, Disember dan Januari, iaitu pada musim tengkujuh. Suhu setiap hari dianggarkan lebih kurang 28 °C.

Sejarah سجاره

Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari tahun 1912 hingga 1923. Sumber worldstatesmen[13]

Nama "Kelantan" dikatakan berasal daripada perkataan "gelam hutam" yang telah diubahsuai, iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.[14]

Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi penemuan arkeologi menunjukkan bukti Kelantan sebagai petempatan manusia di zaman prasejarah.[15][16] Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam.[17][18] Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15.

Pada 1499, Kelantan telah menjadi negeri asal Kesultanan Melaka.[19] Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walau bagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.

Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.

Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.

Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British.

Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Kerajaan کراجأن

Sultan Negeri Kelantan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan. Menteri Besar Kelantan sekarang ialah Datuk Ahmad Yakob yang menggantikan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan Mursyidul Am kepada parti yang memerintah negeri Kelantan, Parti Islam Se-Malaysia(PAS).

Ekonomi dan budaya ايکونومي دان بودايا

Budaya بودايا

Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam. Dari segi sejarahnya, Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri Champa. Setelah Kesultanan Melayu Patani dikhianati oleh Siam dan British maka ia telah didominasi oleh Thailand. Negeri Patani telah dipecahkan kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri dari Yala (Jala), Narathiwat (Menara), Patani dan Songkhla (Senggora).

Di bawah perjanjian British-Siam pada tahun 1948, demografi pemerintahan selatan Siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri Patani di bawah Thailand.

Oleh yang demikian Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu. Kebudayaan Kelantan yang unik, Mak Yong diiktiraf oleh UNESCO. Bentuk teater purba ini dicipta oleh masyarakat Melayu Malaysia menggabungkan lakonan, muzik vokal dan instrumental, gerak isyarat dan pakaian rumit. Khususnya kepada kampung-kampung Kelantan di barat laut Malaysia, di mana tradisi itu berasal, Mak Yong dilakukan terutamanya sebagai hiburan atau untuk tujuan ritual yang berkaitan dengan amalan penyembuhan.[20][21]

Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu. Budu salah satu makanan yang paling popular di negeri Kelantan. Kini, masyarakat semakin mengenali dan mengetahui khasiat budu. Di samping itu, nasi kerabu juga popular di negeri Kelantan. Hanya masyarakat Kelantan dapat menghasilkan nasi kerabu yang sedap. Terdapat pelbagai makanan lain yang enak di negeri Kelantan antaranya nasi dagang, nasi berlauk, nasi tumpang, nasi kapit, nasi air, laksam, kuih akok, kuih talam, ayam percik dan ketupat sotong.[22][23]

Bahasa بهاس

Penduduk di Kelantan kebanyakannya menggunakan bahasa Melayu Kelantan. Bahasa ini merupakan loghat daripada bahasa Melayu piawai. Bahasa ini berbeza dengan bahasa Melayu Terengganu tetapi digunakan sehingga di Pulau Perhentian dan bahagian utara daerah Besut Terengganu.

Tarikan utama تاريكن اوتام

  • Pasar Besar Siti Khadijah - Nama ini berasal dari Khadija binti Khuwaylid, isteri Nabi Muhammad yang merupakan ahli perniagaan pada masa itu.[24]
  • Taman Negara - Terletak di Wilayah Gua Musang, Kelantan, berhampiran sempadan Pahang dan Terengganu. Ia terletak di dalam hutan rizab Bukit Hantu dan Lebir.[25]
  • Wat Photivihan Sleeping Buddha atau Kuil Photivihan - Kuil ini adalah salah satu daripada 25 kuil yang terdapat di Tumpat, dan merupakan salah satu yang paling popular di negara ini.[26]
  • Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra - Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.[27]
  • Pantai Irama Bachok - Terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.[28]
  • Gunung Stong - Gunung Stong setinggi 1,433 meter terletak kira-kira 300 kilometer dari Kota Bharu dan digambarkan sebagai lokasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia kerana mengalir di kawasan itu adalah air terjun Jelawang setinggi 303 meter yang didakwa sebagai tertinggi di Asia Tenggara.[29]
  • Masjid Muhammadi - Salah satu lambang kemegahan di dalam bandar ini yang mempunyai ciri-ciri gerbang yang anggun dan warna keemasan. Nama Masjid Al- Muhammadi sebagai satu penghormatan Almarhum Sultan Muhammad ke IV di atas sumbangan dan jasa terhadap negeri ini.[30]
  • Masjid Al-Ismaili - Masjid yang terletak di Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru.[31]
  • Pantai Bisikan Bayu - Juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, angin lembut di pantai menghasilkan bunyi yang tenang, kata penduduk setempat, berbunyi seperti bisikan yang menenangkan.[32]
  • Kraftangan Desa dan Muzium Kraftangan - Juga dikenali sebagai "Balai Getam Guri", ia menempatkan banyak contoh halus ketukangan Kelantan seperti sulaman tradisional, tenunan songket, percetakan batik, kerja perak dan ukiran kayu.[33]
  • Pantai Cahaya Bulan - Merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941.[34]

Penduduk terkenal ڤندودوق ترکنل

Lihat juga ليهت جوݢ

Rujukan رجوكن

  1. ^ http://studentsrepo.um.edu.my/835/5/BAB_2.pdf
  2. ^ http://studentsrepo.um.edu.my/835/5/BAB_2.pdf
  3. ^ https://books.google.com.my/books?id=cYoGCgAAQBAJ&pg=PA117&lpg=PA117&dq=Pada+1800,+Raja+Muhammad+mengisytiharkan+diri+sebagai+sultan+pertama+Kelantan.&source=bl&ots=UqYpeUAA0g&sig=CylIzaWUbVXJHYcR-lgfRoWsBgo&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwikl_qJgO7cAhWGTn0KHdUGAmAQ6AEwA3oECAIQAQ#v=onepage&q=Pada%201800%2C%20Raja%20Muhammad%20mengisytiharkan%20diri%20sebagai%20sultan%20pertama%20Kelantan.&f=false
  4. ^ https://books.google.com.my/books?id=cYoGCgAAQBAJ&pg=PA117&lpg=PA117&dq=Pada+1800,+Raja+Muhammad+mengisytiharkan+diri+sebagai+sultan+pertama+Kelantan.&source=bl&ots=UqYpeUAA0g&sig=CylIzaWUbVXJHYcR-lgfRoWsBgo&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwikl_qJgO7cAhWGTn0KHdUGAmAQ6AEwA3oECAIQAQ#v=onepage&q=Pada%201800%2C%20Raja%20Muhammad%20mengisytiharkan%20diri%20sebagai%20sultan%20pertama%20Kelantan.&f=false
  5. ^ https://books.google.com.my/books?id=cYoGCgAAQBAJ&pg=PA117&lpg=PA117&dq=Pada+1800,+Raja+Muhammad+mengisytiharkan+diri+sebagai+sultan+pertama+Kelantan.&source=bl&ots=UqYpeUAA0g&sig=CylIzaWUbVXJHYcR-lgfRoWsBgo&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwikl_qJgO7cAhWGTn0KHdUGAmAQ6AEwA3oECAIQAQ#v=onepage&q=Pada%201800%2C%20Raja%20Muhammad%20mengisytiharkan%20diri%20sebagai%20sultan%20pertama%20Kelantan.&f=false
  6. ^ http://eresources.nlb.gov.sg/history/events/72e9ebe6-7a0f-4512-aa48-3da99d598525
  7. ^ http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/pengisytiharan-kemerdekaan-tanah-melayu
  8. ^ http://www.arkib.gov.my/web/guest/penubuhan-malaysia-16-september-19632
  9. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=430&bul_id=UzliaFYxbW1nSFovbDYrLzFFR29zZz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09
  10. ^ http://umkeprints.umk.edu.my/209/1/Paper%202.pdf
  11. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=d21BMHFxZFBIcFlCNExIYUQ1cE92Zz09
  12. ^ http://www.kelantan.gov.my/index.php/ms/kerajaan/direktori-jabatan/pejabat-tanah-dan-jajahan
  13. ^ http://www.worldstatesmen.org/Malay_states.htm Klik pautan untuk ke laman asal imej
  14. ^ http://www.penerangan.gov.my/dmdocuments/malaysia_2017/files/basic-html/page84.html
  15. ^ https://books.google.com.my/books?id=fiTzg88b0X4C&pg=PA21&lpg=PA21&dq=penemuan+penempatan+awal+di+kelantan&source=bl&ots=YcpMGrT2a1&sig=BdVPKJdusnQQ8OWPQsdl5o3_SXQ&hl=ms&sa=X&ved=2ahUKEwjxh_b27-3cAhWOfH0KHVusB0o4ChDoATAAegQIABAB#v=onepage&q=penemuan%20penempatan%20awal%20di%20kelantan&f=false
  16. ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/khazanah-sejarah-tersembunyi-1.265488
  17. ^ https://books.google.com.my/books?id=4ZBvBgAAQBAJ&pg=PT46&lpg=PT46&dq=Early+Kelantan+had+links+to+the+Funan+Kingdom,+the+Khmer+Empire,+Sri+Vijaya,+Majapahit+and+Siam&source=bl&ots=HqoWjr44eU&sig=_5o9oCbexBtD0Ikk6JWZjf2xrMw&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiCwfvZ--3cAhWPWX0KHRmCB8IQ6AEwBHoECAYQAQ#v=onepage&q=Early%20Kelantan%20had%20links%20to%20the%20Funan%20Kingdom%2C%20the%20Khmer%20Empire%2C%20Sri%20Vijaya%2C%20Majapahit%20and%20Siam&f=false
  18. ^ http://www.penerangan.gov.my/kelantan/index.php/bm/maklumat/info-negeri/sejarah-negeri
  19. ^ https://ir.unimas.my/19842/1/Seni%20ukir%20keris%20di%20negeri%20Kelantan%20(24%20pages).pdf
  20. ^ https://ich.unesco.org/en/RL/mak-yong-theatre-00167
  21. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dondang-sayang-terima-pengiktirafan-unesco-192690
  22. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia-star2/20111017/281745561151202
  23. ^ https://www.star2.com/food/food-news/2016/09/20/great-malaysian-dishes-kelantan-nasi-kerabu/
  24. ^ http://www.malaysia.travel/en/my/places/states-of-malaysia/kelantan/siti-khadijah-market
  25. ^ http://www.mdgm.gov.my/en/visitors/places-interest/kuala-koh-national-park
  26. ^ https://www.thestar.com.my/metro/focus/2017/08/28/this-is-the-default-headline/
  27. ^ Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.
  28. ^ http://www.mdbachok.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/pantai-irama
  29. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20120421/pl_01/Jambatan-gantung-di-Gunung-Stong-menjadi-daya-tarikan.
  30. ^ http://tourism.kelantan.my/index.php/kota-bharu/masjid-muhammadi
  31. ^ http://bm.therakyatpost.com/rakyat-gallery/pemandangan-senja-masjid-al-ismaili/
  32. ^ http://www.tourism.gov.my/en/my/web-page/places/states-of-malaysia/kelantan/pantai-bisikan-bayu-beach-of-whispering-breeze
  33. ^ http://www.tourism.gov.my/en/my/web-page/places/states-of-malaysia/kelantan/handicraft-village-and-craft-museum
  34. ^ https://soscili.my/4-nama-tempat-kat-malaysia-yang-ditukar-nama-dan-kenapa/

Pautan luar