Raysha Rizrose: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
IslamBro (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 140: Baris 140:
|-
|-
| 2017
| 2017
| ''Pendosa Ingin ke Syurga''
| ''[[Pendosa Ingin Ke Syurga (drama)|Pendosa Ingin Ke Syurga]]''
| Juanita
| Juanita
| [[TV3]]
| [[TV3]]

Semakan pada 00:41, 28 Februari 2019

Raysha Rizrose
Kelahiran
Farza Naquraisha Binti Mohd Fariz

(1996-06-22) 22 Jun 1996 (umur 27)
Nama lainRaysha, Dada
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pusat pendidikanSekolah Kebangsaan Taman Muda
Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2011–kini
Ketinggian1.70 m (5 ka ​6 78 in)
Ibu bapaMohd Fariz Iskandar (Bapa)
Rosmizai Mohd Noor (Ibu)
SaudaraNelissa Senrose (Kakak Tiri)
Uqasha Senrose (Kakak Tiri)
Nelydia Senrose (Kakak Tiri)
Danitra Rizrose (Adik Kandung)
Qirana Rizrose (Adik Kandung)
Arjuna Rizrose (Adik Kandung)
Ramada Manrose (Sepupu Belah Ibu)
Octovia Manrose (Sepupu Belah Ibu)
Aprena Manrose (Sepupu Belah Ibu)
KeluargaRosnah Mohd Noor (Ibu Saudara)

Farza Naquraisha Binti Mohd Fariz atau lebih dikenali sebagai Raysha Rizrose (juga dikreditkan sebagai Raysharizrose; lahir 22 Jun 1996) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan juara Dewi Remaja 2014/2015[1] dan adik tiri pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.[2][3]

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Farza Naquraisha Binti Mohd Fariz pada Sabtu, 22 Jun 1996 Masihi bersamaan 5 Safar 1417 Hijrah di Subang Jaya, Selangor dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik. Bapa beliau, Mohd Fariz Iskandar berketurunan Melayu dan Cina Indonesia dan ibunya, Rosmizai Mohd Noor berketurunan Thai; Rosmizai ialah adik kepada pelakon veteran Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Sewaktu zaman persekolahannya di SMK Pandan Indah, beliau pernah bergiat aktif dalam pertandingan pidato dan debat. Kakak beliau—Nelissa, Uqasha dan Nelydia Senrose juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.[4][5]

Kerjaya

Kerjaya Raysha bermula pada 2011 menerusi watak Mimi lakonannya dalam drama Paksu Man di TV AlHijrah, ia merupakan kemunculan sulung beliau di televisyen.

Empat tahun kemudian, beliau terpilih sebagai salah seorang dari 20 peserta Dewi Remaja 2014/15 dan bergelar juara sekaligus menewaskan empat lagi finalis iaitu Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, dan Mawar Rashid.[6][7][8] Ini menjadikan beliau sebagai pemenang termuda pertandingan itu, selain itu, beliau juga menyandang gelaran Dewi Berseri Fair & Lovely menerusi pertandingan ini.[9][10]

Namanya mula dikenali umum menerusi watak Yuhanis lakonannya dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin lakonan bersama Azrel Ismail dan Idris Khan yang bersiaran di Slot Akasia TV3.[11] Pada November 2016, Raysha mengumumkan tidak lagi berada di bawah pengurusan Astro selepas hampir setahun.[12]

Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Dukun Doktor Dani arahan Sabri Yunus; memegang watak sebagai Fikha. Raysha dipilih semasa menghadiri sesi ujibakat yang dijalankan oleh Astro Shaw seminggu sebelum dinobatkan sebagai Dewi Remaja.[13] Raysha menjayakan peranan utama sebagai Aishah dalam siri drama Zahir Tak Terucap di TV3.[14] Beliau juga digandingkan bersama Aiman Hakim Ridza dalam telefilem Apa Dah Jadi di TV2.[15]

Raysha muncul bersama Hefny Sahad dalam drama online Cintaku di Bumi Izmir yang bersiaran di Unifi TV pada Ogos 2018.[16]

Beliau berlakon bersama Ashraf Muslim dan Syazuwan Hassan dalam drama adaptasi novel Dia Menantu Rahsia sebagai Melissa, yang bersiaran di TV3 bermula 29 Januari 2019.

Kehidupan peribadi

Dalam satu temuramah bersama Berita Harian pada Mei 2015, Raysha mendedahkan alasan beliau untuk tidak menyambung pelajaran demi menyertai Dewi Remaja: "Saya sepatutnya sambung belajar bulan depan tetapi dengan kemenangan ini saya perlu menangguh seketika apa yang dirancang. Saya mahu timba pengalaman dalam dunia seni terlebih dahulu. Insya-Allah lima tahun lagi, saya akan memenuhi impian untuk menuntut dalam bidang undang-undang,".[17] Raysha turut mendedahkan amat mengagumi Lisa Surihani dan menyifatkannya sebagai seorang yang "minimalis".[18]

Sejak 2013, beliau menjalin hubungan dengan pelumba kereta F3 negara, Nabil Jeffri.[19]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2016 Dukun Doktor Dani Fikha Sabri Yunus Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2011 Pak Su Man Mimi TV AlHijrah Penampilan TV pertama
2017 Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Yuhanis TV3
Apa Dah Jadi Alana TV2
Misi Laksa dan Laksam Mek Su TV3
2018 Zahir Tak Terucap Aishah TV3
Cintaku Di Bumi Izmir Sharifah Suzan Sevgi Hypp Sensasi
2019 Dia Menantu Rahsia Melissa TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Isteriku Miss Sally Sherry TV1
Batas
2017 Pendosa Ingin Ke Syurga Juanita TV3
2018 Simpang Sejenak Suri TV3
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Raya Yuhanis TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014-15 Dewi Remaja Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria
2018 Ketuk-Ketuk Ramadan Dirinya sendiri TV1 Tetamu jemputan

Pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Dewi Remaja 2014/15 Juara
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pasangan Serasi Drama (bersama Idris Khan) Tercalon

Rujukan

  1. ^ "Biodata Raysha Rizrose". Ishak Hashimi. 1 Mei 2015. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
  2. ^ Qarami Hashim (9 November 2017). "Raysha bongkar rahsia: "Uqasha gadis jujur, Nelydia kuat menangis"". mStar Online. Dicapai pada 27 November 2017.
  3. ^ Rafiq Mazlan (1 Ogos 2017). "Raysha Rizrose selesa tanpa gosip". Sinar Harian. Dicapai pada 27 November 2017.
  4. ^ Norhaizan Ahmad (11 Julai 2017). ""Kami Bukan Adik-beradik Tiri Sebab Kami Seibu Lain Bapa" — Ini Penjelasan RAYSHA Tentang Statusnya: Adik Tiri atau Kandung?". InTrend. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
  5. ^ Najiy Jefri (5 Februari 2018). "Raysha bersinar". Rentak Artis Popular (RAP). Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  6. ^ Alif Fadli Mohd Sori (4 April 2016). "Inspirasi dewi Raysha". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Ogos 2017. Seorang lagi keluarga Senrose ke bidang glamor
  7. ^ Zaidi Mohamad (24 Mei 2015). "Adik Nelydia dan Uqasha menang Dewi Remaja". Berita Harian. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
  8. ^ Rudy Imran Shamsuddin (24 Mei 2015). Detik penentuan Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2015.
  9. ^ Feride Hikmet Atak (25 Mei 2015). "Raysha Rizrose Juara Dewi Remaja 2014/2015". mSTAR Online. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
  10. ^ "Masuk 'Dewi Remaja', Raysha Rizrose akui bukan untuk jadi pelakon". The Malay Mail. 4 Ogos 2016. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
  11. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Ogos 2017). "Tiada cinta Azrel-Raysha". Berita Harian. Dicapai pada 15 September 2017.
  12. ^ Zaidi Mohamad (21 November 2016). "Raysha Rizrose bebas daripada Astro". Berita Harian. Dicapai pada 18 Jun 2017.
  13. ^ "Pertama kali ke layar perak". Kosmo!. 31 Julai 2016. Dicapai pada 1 Ogos 2016.
  14. ^ Zulhilmi Jalil (4 Februari 2018). "Raysha teroka bidang nyanyian". Kosmo!. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  15. ^ Budiey (5 Jun 2017). "Aiman Hakim Hero Raysha Rizrose dalam Telemovie APA DAH JADI". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Jun 2018.
  16. ^ Najiy Jefri (4 September 2018). "Raysha beri laluan kepada kakak". Harian Metro. Dicapai pada 5 September 2018.
  17. ^ Zaidi Mohamad (27 Mei 2015). "Alasan Raysha Rizrose tak sambung belajar". Berita Harian. Dicapai pada 19 Julai 2018.
  18. ^ Zaidi Mohamad (2 Ogos 2015). "Raysha Rizrose kagumi Lisa Surihani". Berita Harian. Dicapai pada 19 Julai 2018.
  19. ^ Wahi Aziz (1 Jun 2015). "Raysha perlu lebih berhati-hati". Harian Metro. Dicapai pada 5 September 2018.

Pautan luar