Di Balik Tawa: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dannylango (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox television|show_name=Di Balik Tawa|image=|genre=Bual Bicara, Realiti|creator={{Plainlist|
' Di Balik Tawa ' adalah rancangan terbitan Astro yang ditayangkan secara ekslusif di Astro Warna. Program bual bicara hati ke hati dengan pelawak-pelawak tanah air dan negara jiran telah berjaya mendapat sambutan hangat dan membuatkan penonton sebak dan sayu mengalir air mata apabila mengetahui betapa perit dan susahnya kehidupan para pelawak ini disebalik layar kaca. {{Infobox television|show_name=Di Balik Tawa|image=|genre=[[Bual Bicara,Realiti Tv]]|creator={{Plainlist|

}}|director=|starring={{Plainlist|
}}|director=|starring={{Plainlist|
* Achey
* Achey
Baris 26: Baris 25:
*
*
* [[Astro]]
* [[Astro]]
}}|distributor=[[Astro]]|network=[[Astro Warna HD]]|picture_format=[[High-definition television|HDTV]] [[1080i]]|audio_format=|first_aired={{Start date|2017|12|30}}|last_aired={{End date|2018}}|related=|production_website=}}Berikutan sambutan memberangsangkan dari rancangan ini, satu lagi rancangan spin off iaitu '[[Di Balik Idola]]' dihasilkan dan menemu ramah bukan sekadar pelawak seperti DBT tetapi juga pelakon, penyanyi tanah air.
}}|distributor=[[Astro]]|network=[[Astro Warna HD]]|picture_format=[[High-definition television|HDTV]] [[1080i]]|audio_format=|first_aired={{Start date|2017|12|30}}|last_aired={{End date|2018}}|related=|production_website=}}{{Tiada rujukan|tarikh=Februari 2019}}


'''Di Balik Tawa''' adalah rancangan terbitan Astro yang ditayangkan secara ekslusif di Astro Warna. Program bual bicara hati ke hati dengan pelawak-pelawak tanah air dan negara jiran telah berjaya mendapat sambutan hangat dan membuatkan penonton sebak dan sayu mengalir air mata apabila mengetahui betapa perit dan susahnya kehidupan para pelawak ini disebalik layar kaca.
Selepas 'Di Balik Tawa' musim 1 berakhir, Accapan dan Zaibo telah meninggal dunia.

Berikutan sambutan memberangsangkan dari rancangan ini, satu lagi rancangan spin off iaitu [[Di Balik Idola]] dihasilkan dan menemu ramah bukan sekadar pelawak seperti DBT tetapi juga pelakon, penyanyi tanah air.

Selepas Di Balik Tawa musim 1 berakhir, Accapan dan Zaibo telah meninggal dunia.


== Episod ==
== Episod ==
{{Wikikan}}


=== Achey ===
=== Achey ===
Baris 72: Baris 76:


=== Jaafar Onn ===
=== Jaafar Onn ===
Cikgu Jaafar bermula di Flat Jalan Pekeliling semasa mula berhijrah ke Kuala Lumpur. Biarpun disenangi jiran tetangga dan rakan-rakan artis, dia mempunyai kisah sedih di alam perkahwinannya. Bekas isteri dan anaknya menjauhkan diri daripadanya. Hanya anak angkat dan rakan-rakan tempat dia mencurah kasih.
Cikgu Jaafar bermula di Flat Jalan Pekeliling semasa mula berhijrah ke Kuala Lumpur. Biarpun disenangi jiran tetangga dan rakan-rakan artis, dia mempunyai kisah sedih di alam perkahwinannya. Bekas isteri dan anaknya menjauhkan diri daripadanya. Hanya anak angkat dan rakan-rakan tempat dia mencurah kasih.





<br />

Semakan pada 10:13, 28 Februari 2019

Di Balik Tawa
GenreBual Bicara, Realiti
Pencipta
Dibintangi oleh
  • Achey
  • Ropie Cecupak
  • Imuda
  • Didi Alias
  • Abam Bocey
  • Ali Putih
  • Ilya Buang
  • Saiful Apek
  • Shuib
  • Enot
  • Accapan
  • Zaibo
  • Jaafar Onn
  • Bell Ngasri
  • Vicha Saywho
  • Jalil Hamid
  • Dzawin
  • Ebby Yus
  • Tauke Jambu
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim2
Penerbitan
Penerbit eksekutif
Tempoh siaran22 minit
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
Astro
Penyiaran
Saluran asalAstro Warna HD
Format gambarHDTV 1080i
Siaran asal30 Disember 2017 (2017-12-30) – 2018 (2018)

Di Balik Tawa adalah rancangan terbitan Astro yang ditayangkan secara ekslusif di Astro Warna. Program bual bicara hati ke hati dengan pelawak-pelawak tanah air dan negara jiran telah berjaya mendapat sambutan hangat dan membuatkan penonton sebak dan sayu mengalir air mata apabila mengetahui betapa perit dan susahnya kehidupan para pelawak ini disebalik layar kaca.

Berikutan sambutan memberangsangkan dari rancangan ini, satu lagi rancangan spin off iaitu Di Balik Idola dihasilkan dan menemu ramah bukan sekadar pelawak seperti DBT tetapi juga pelakon, penyanyi tanah air.

Selepas Di Balik Tawa musim 1 berakhir, Accapan dan Zaibo telah meninggal dunia.

Episod

Achey

Episod Achey paling menyayat hati dimana dia kerap menangis mengenangkan kesusahan dilalui suami isteri semasa belum bergelar artis, rumah ibu bapanya terbakar dan kelengkapan bagi mengerjakan ibadah haji telah hangus dijilat api, dia juga hilang segala sijil-sijil dan hanya sijil spm dan politekniknya saja yang dapat dicetak semula. Dia juga rasa kesal mengenangkan sikapnya yang mementingkan kawan-kawan hingga isterinya terpaksa menamparnya untuk menyedarkan dia, juga tohmahan para warga alam siber yang menuduh isterinya mandul kerana sudah 9 tahun berkahwin mereka belum memiliki cahaya mata.

Ropie Cecupak

Semasa tamat SRP (PMR, PT3) dia bekerja di kilang sofa dan satu hari dia mendapat tawaran dari rakan yang baru dikenali dan tanpa diduga orang itu telah menculiknya dan meninggalkannya di dalam hutan sambil tangan terikat ke belakang. Dia berjaya lari dan kembali ke kilang tetapi kad pengenalan dan duit gajinya telah dibawa lari. Semasa pergi membuat laporan polis, rupa-rupanya orang itu adalah banduan yang lepas lari dari Penjara Taiping!

Ropie melakukan 3 kerja sebelum menjadi pelawak bersama Cecupak. Dia juga menceritakan betapa sedihnya dia hingga ayahnya mahu memukul dia hanya kerana mahu menjalani ujibakat sinaran pasport kegemilangan. Ropie lari meninggalkan Pulau Pinang dengan menghantar anak dan isterinya ke Johor, dia hanya memberitahu keberadaan mereka kepada Ucop, sepupunya yang juga ahli kumpulan Cecupak.

Sesudah bergelar artis, Ropie tidaklah semewah yang disangka. Tawaran pasang surut dan ada kalanya dia tidak mampu berbelanja. Isterinya menuntut cerai dan membawa pergi anak-anaknya termasuk seorang anak angkat yang dijaga sejak kecil, Ropie yang terkontang kanting mengalami kekecewaan kerana kerinduan pada telatah anaknya di rumah. Ropie berpindah keluar dan berkahwin baru kerana terlalu sunyi.

Abam Bocey

Abam asalnya menyertai program Raja Lawak bersama adiknya Ali, tetapi Afdlin Shauki hanya mahukan seorang saja. Mereka membatalkan hasrat itu dan mencuba lagi sekali dan terpilih, kali ini dua beradik seibu tapi berlainan bapa ini terpilih ke Raja Lawak 6 sebagai Albob. Abam mencuba nasib lagi kali ini di program Bintang Mencari Bintang bersama Fad sebagai Bocik dan dia berjaya menempa nama. Sebelum menceburi bidang komedi, Abam sukar mendapat pekerjaan selepas kontrak kantin perusahaan keluarga mereka dengan Puspakom ditamatkan. Disebabkan saiznya yang terlalu besar dan berat, sukar untuk Abam mendapat kerja tetap dan jawatan yang dipohon.

Ali Puteh

Ali menceritakan betapa peritnya mereka berusaha keras untuk memasuki dunia lawak apabila mencuba dari satu destinasi ke destinasi lain untuk ujibakat 1 program yang sama hanya kerana ingin mengubah taraf hidup. Dia juga banyak memberi laluan kepada Abam kerana dia tahu betapa sukarnya untuk Abam mendapat pekerjaan.

  • Abam dan Ali adalah 2 adik beradik yang ditemubual dalam rancangan ini dan mempunyai episod berbeza. Bell dan Anne Ngasri tidak mempunyai slot masing-masing kerana Anne cuma hadir dlm 1 episod bersama Bell.

Imuda

Abdul Rahim Muda berkongsi cerita pembabitan awalnya sebelum menceburi bidang seni dengan hasil tidak seberapa, bergelut dengan penyakit Gout.

Saiful Apek

Dihari pengebumian ibunya, Saiful hanya tahu dia anak angkat setelah tidak dibenarkan untuk mencium dahi jenazah arwah ibu angkatnya. Dia berjaya bertemu dengan keluarga kandungnya semula.

Ilya Buang

Satu-satunya ahli asal kumpulan Senario dalam rancangan ini. Ilya menceritakan bagaimana mereka hanya dibayar gaji bulanan sewaktu Senario gah di puncak, rancangan mereka mendapat tontonan tinggi, memiliki kelompok peminat tersendiri, popular serata Malaysia.

Didie Alias

Didie berasa sedih apabila imej ala lady gaganya dikeji masyarakat dan anaknya turut terkena tempias. Dia bersyukur kerana anaknya masih cemerlang dalam pelajaran biarpun dikeji hanya disebabkan penampilan ibu mereka.

Shuib

Nama timangan asalnya ialah Ijoy, dibesarkan dalam 1 rumah kecil, Shuib dijaga oleh Atuk dan Neneknya. Dia tidak tahu mengenai dunia seni pada waktu itu kerana tiada medium hiburan yang mampu dimilikinya. Shuib begitu susah sekali hinggakan dia tidak memiliki motorsikal ataupun kereta, cubaan memasuki program nyanyian gagal kerana ditolak sebab tidak memiliki paras rupa, dari situ Dia berkenalan dengan Jep dan Mamat yang merubah perjalanan hidupnya. Jep mencadangkan nama Shuib, lari dari nama asalnya iaitu Shahmira dan mereka jadi lebih rapat selepas sama sama bertugas sebagai ground crew air asia. Jep yang terlebih dahulu berkawan dengan Mamat memperkenalkan Mamat kepada Shuib. Shuib dan Jep selepas menjuarai Raja Lawak 3 sedikit terumbang ambing kerana tidak tahu bagaimana cara untuk membawa diri, tiada pengurus dan tiada tawaran susulan diterima selepas RL3, kehidupan mereka mula teratur selepas siri tv Bujang Sepah Lalalitamplom, malangnya pergolakan dan tiada kerjasama baik dari Mamat hanya tinggal Jep dan Shuib saja meneruskan legasi Sepahtu.

Tauke

Dia melakukan pelbagai kerja sebelum menjadi pelawak, antaranya ialah pembancuh air, anggota Johor Military Force. Tauke begitu rindu pada sahabat baiknya, arwah Pak Yus yang banyak membantu diawal pembabitan dalam bidang seni. Lagu Aris Ariwatan - 1,2,3,4 cukup membuatkannya sebak kerana teringat pada 2 individu paling dikasihinya, arwah Ibu dan Pak Yus.

Accapan

Acca pada awalnya datang ke ibukota bukan untuk menjadi pelawak tetapi lebih pada menyertai pemilihan bolasepak kerana minatnya pada sukan itu dia sanggup berbasikal dari Perak ke Kuala Lumpur memakan masa tu berhari hari kerana Projek Lebuhraya Utara Selatan belum siap lagi pada waktu itu.

Jaafar Onn

Cikgu Jaafar bermula di Flat Jalan Pekeliling semasa mula berhijrah ke Kuala Lumpur. Biarpun disenangi jiran tetangga dan rakan-rakan artis, dia mempunyai kisah sedih di alam perkahwinannya. Bekas isteri dan anaknya menjauhkan diri daripadanya. Hanya anak angkat dan rakan-rakan tempat dia mencurah kasih.