Along Cham: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 118: Baris 118:
| Ismail Bob Hashim
| Ismail Bob Hashim
|
|
|-
|2019
! ''Tiada Tajuk''
|
| [[Mawi]]
| ''Pos-produksi''
|-
|-
|}
|}

Semakan pada 15:35, 1 Mac 2019

Along Cham
Nama lahirMuhammad Nizamuddin bin Ahmad
Kelahiran (1983-01-19) 19 Januari 1983 (umur 41)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
MediaTelevisyen, filem
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Tahun aktif2008–kini
GenreKomedi
SubjekLawak
PasanganNur Azilah binti Seeron (k. 2010; c. 2016)
AnakAhmad Daniel Nizamuddin

Muhammad Nizamuddin Ahmad atau Along Cham (lahir 19 Januari 1983) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara dan penyampai radio Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya menerusi penglibatan dalam program realiti Raja Lawak musim kedua bersama Azrul.

Pada 1 Mac 2012, Along Cham dilantik sebagai duta Modenas sempena pelancaran model motosikal Modenas Ace yang baru.[1]

Maklumat peribadi

Along Cham dilahirkan pada 19 Januari 1983 di Johor Bahru, Johor sebagai Mohamed Nizamuddin bin Ahmad dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Along sebelum ini pernah berkhidmat sebagai DJ di Perbadanan Johor di Johor Bahru sebelum menceburi bidang seni. Beliau juga merupakan bekas juruteknik Elektrikal Syarikat Swasta di Johor Bahru dan berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau berkahwin dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat, Zila Seeron pada 2010 dan bercerai pada 2016.

Raja Lawak Astro

Along Cham pertama kali mendapat perhatian umum menerusi penyertaannya dalam rancangan realiti TV, Raja Lawak Astro musim kedua bersama kumpulan Cham yang dianggotai oleh teman karibnya, Azrul Zaidi. Cham merupakan naib juara sementara Ahmad Nabil Ahmad merupakan juaranya. Along menggunakan nama "Cham" selepas pasca-Raja Lawak dan enggan menggunakan nama "Raja Lawak" untuk kerjaya komedinya.

Kerjaya filem

Kerjaya filem beliau hadir pada 2009 menerusi filem Sifu dan Tongga lakonan Saiful Apek dan rakan seperjuangannya di Raja Lawak musim kedua, Nabil arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Beliau mengikat kontrak bersama Metrowealth Pictures dan seterusnya muncul bersama filem aksi komedi pecah panggung Adnan Sempit bersama Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Yana Samsudin, yang mana beliau memegang watak sebagai Bobby, beliau membawakan semula peranan itu dalam tiga filem seterusnya, Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014). Beliau turut memegang watak sama dalam spinoff filem Adnan Sempit, Wawa Semput (2013).

Filem lain yang dibintanginya ialah Suatu Malam Kubur Berasap (2011), Taikun (2012) serta Jidin Sengal (2012) yang menggandingkannya bersama Angah Raja Lawak.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2009 Sifu dan Tongga Pengawai Polis 2 Abdul Razak Mohaideen
2010 Adnan Sempit Bobby Ahmad Idham
2011 Alamak... Toyol! Kudin Ismail Bob Hashim
Suatu Malam Kubur Berasap Bun Ernie Chen
2012 Adnan Sempit 2 Bobby Ismail Bob Hashim
Jidin Sengal Jidin Esmi Zahara Yusof
Taikun Kun Ismail Bob Hashim
Adik Manja Returns Ketua Incharge Dharma Harun
2013 Wawa Semput Bobby Ismail Bob Hashim
Bro, Nampak Motor Gua? Epol Razif Rashid
Adnan Sempit 3 Bobby Ismail Bob Hashim
Lagenda Budak Hostel Kodan Ismail Bob Hashim
Hello AR Badul
2014 Adnan Sempit Sawadikap Bobby Ismail Bob Hashim
2019 Tiada Tajuk Mawi Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Suamiku Mat Piun Poji TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2010 Jiwa Kacau
2014 Rock Sangkut Astro Maya HD

Televisyen

  • Tabung Gelak Warna (2015)
  • Sembang Pacak (2015)
  • Kuali Terbalik
  • Road Tour ABPBH sejak tahun 2009
  • Pengacara Rasmi Johor Southern Tiger

Peserta

  1. Azrul Cham
  1. Didie Alias
  2. Soya
  1. Rahim R2
  2. Joey
  1. Azrul Cham

Pencapaian

Top 5 Pelakon Komidi Lelaki Terbaik Filem (Anugerah Komidi Warna)

Rujukan

  1. ^ [1]

Pautan luar