Wikipedia:Laman perbincangan: Perbezaan antara semakan
x Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
x Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 4: | Baris 4: | ||
x |
x |
||
x |
|||
===Mencipta laman perbincangan=== |
|||
Halaman-halaman perbincangan umumnya dicipta dengan mengklik tab merah "Perbincangan" dan membuat halaman, seperti mana-mana halaman lain. |
|||
Jangan cipta laman perbincangan kosong semata-mata supaya satu laman perbincangan wujud untuk kegunaan masa depan. Jangan cipta halaman semata-mata untuk meletakkan templat {{tlx|bincang}} di atasnya. Notis templat perbincangan ini dan yang sama dengannya tidak harus ditambahkan pada halaman yang tidak mempunyai perbincangan mengenainya. Tidak perlu menambahkan templat peringatan perbincangan ke setiap halaman perbincangan, bahkan ke setiap halaman perbincangan yang mengandungi perbincangan. |
|||
== Cara memasuki laman perbincangan == |
== Cara memasuki laman perbincangan == |
Semakan pada 22:29, 1 Mac 2019
x
Perkara utama
x
x
Cara memasuki laman perbincangan
Untuk memasuki laman perbincangan, anda boleh menekan pautan berkenaan dengan tetikus anda. Seperti apa yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:
Pautan kedai kopi
Anda boleh menjumpai pautan kedai kopi terletak di Laman Utama ms.wikipedia.org, seperti apa yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:
Pautan halaman perbualan pengguna
Setelah log masuk, pautan laman perbualan untuk anda secara automatiknya akan muncul, seperti apa yang ditunjukkan di bawah:
Tetapi ini hanya laman perbualan pengguna untuk anda sendiri, kegunaannya adalah supaya anda dapat dihubungi pengguna lain. Di sini anda dapat membaca pesanan yang ditinggalkan oleh kawan-kawan anda. Untuk menghubungi pengguna lain, anda harus meninggalkan pesanan anda di laman perbualan yang dimilikinya. Contohnya, kalau anda mahu menghubungi seorang pengguna yang bernama Ychmatematik, maka anda harus mencari laman penggunanya dengan memasukkan "Pengguna: Ychmatematik" di ruang carian. Sekiranya pengguna ini masih wujud maka laman penggunanya akan muncul. Anda boleh menghubungi pengguna ini menerusi laman perbincangan yang ada pada halaman pengguna berkenaan:
Pautan perbincangan rencana
Laman perbincangan pengguna merupakan laman yang disediakan untuk membolehkan pengguna berbincang tentang sesuatu rencana. Pautannya terdapat di atas setiap halaman rencana. Di sini kita mengambil rencana Formula Satu sebagai contoh:
Cara menggunakan laman perbincangan
Selepas memasuki laman perbincangan, anda akan menjumpai pesanan yang ditinggalkan oleh pengguna lain. Pesanan ini mungkin terdiri daripada soalan ataupun cadangan. Anda boleh memberi jawapan kepada pesanan ini, ataupun terus memulakan perbincangan baru menerusi butang sunting. Caranya adalah seperti cara anda menyunting rencana.