Suhu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
AlleborgoBot (bincang | sumb.)
VolkovBot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: az:Temperatur
Baris 131: Baris 131:
[[ar:درجة الحرارة]]
[[ar:درجة الحرارة]]
[[ast:Temperatura]]
[[ast:Temperatura]]
[[az:Temperatur]]
[[bg:Температура]]
[[bg:Температура]]
[[br:Gwrezverk]]
[[br:Gwrezverk]]

Semakan pada 13:55, 20 Januari 2008

Dalam bidang termodinamik, suhu ialah suatu ukuran kecenderungan jasad atau sistem untuk melepaskan tenaga secara spontan. Suhu adalah sifat fizikal sesuatu sistem yang merupakan dasar kepada anggapan lazim "panas" dan "sejuk", iaitu sesuatu yang lebih panas mempunyai suhu yang lebih tinggi. Suhu datangnya daripada gerakan-gerakan mikroskopik jirim yang rawak, dan suhu adalah berkaitan dengan tenaga purata gerakan-gerakan mikroskopik ini. Konsep suhu, yang ditakrifkan sebagai tegangan kepada entropi, adalah susulan daripada hukum termodinamik sifar.

Suhu diukur menggunakan termometer yang ditentukur pada bermacam jenis skala suhu. Seantero dunia (kecuali Amerika Syarikat) menggunakan skala Celsius untuk kebanyakan kegunaan pengukuran suhu. Dalam bidang sains pula, seluruh dunia mengukur suhu dalam kelvin pada skala suhu (mutlak) termodinamik dan juga dalam Celsius. Di Amerika Syarikat pula, orang kebanyakan menggunakan skala Fahrenheit untuk tujuan-tujuan biasa (industri, kaji cuaca, dan kerajaan). Dalam bidang-bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat pula, skala Rankine digunakan terutamanya dalam disiplin-disiplin yang berkaitan dengan termodinamik seperti pembakaran.

Perbandingan skala-skala suhu

Perbandingan skala-skala suhu

sunting

Huraian Kelvin Celsius Fahrenheit Rankine Delisle Newton Réaumur Rømer
Sifar mutlak 0 −273.15 −459.67 0 559.725 −90.14 −218.52 −135.90
Suhu terendah pada permukaan bumi yang pernah dicatatkan
(Vostok, Antartika - July 21, 1983)
184 −89 −128.2 331.47 283.5 −29.37 −71.2 −39.225
Campuran ais/garam Fahrenheit 255.37 −17.78 0 459.67 176.67 −5.87 −14.22 −1.83
Ais melebur (pada tekanan piawai) 273.15 0 32 491.67 150 0 0 7.5
Suhu purata pada permukaan bumi 288 15 59 518.67 127.5 4.95 12 15.375
Suhu purata badan manusia ¹ 309.95 36.8 98.24 557.91 94.8 12.144 29.44 26.82
Suhu tertinggi pada permukaan bumi yang pernah dicatatkan
(Al 'Aziziyah, Libya - September 13, 1922)
331 58 136.4 596.07 63 19.14 46.4 37.95
Air mendidih (pada tekanan piawai) 373.1339 99.9839 211.97102 671.64102 0 33 80 60
Titanium melebur 1941 1668 3034 3494 −2352 550 1334 883
Permukaan matahari 5800 5526 9980 10440 −8140 1823 4421 2909

¹ Suhu tubuh badan manusia yang normal adalah 36.8 °C ±0.7 °C, atau 98.2 °F ±1.3 °F. Nilai yang biasanya diberikan iaitu 98.6 °F adalah penukaran tepat menggunakan piawaian Jerman pada kurun kesembilan belas bagi 37 °C. Oleh sebab ia tidak menyenaraikan julat yang diterima, maka ia boleh dikatakan mempunyai kepersisan berlebihan (tidak sah). Di sini terdapat senaraibeberapa pengukuran.
Sesetengah angka dalam jadual ini telah dibundarkan.