Polis EVO 2: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Bangpru94 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Bangpru94 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Baris 23: Baris 23:
|}}
|}}


'''''Polis EVO 2''''' ialah filem aksi kepolisan Malaysia 2018 arahan bersama Joel Soh dan Andre Chiew dan merupakan kesinambungan daripada filem ''[[Polis EVO]]'' yang ditayangkan pada 2015.<ref>[https://www.star2.com/entertainment/movies/movie-news/2017/06/29/zizan-razak-polis-evo-2/ Zizan Razak shapes up up for Polis Evo 2] ''Star2'' (29 June 2017). Retrieved on 1 July 2017.</ref> Barisan pelakon terdiri daripada [[Shaheizy Sam]], [[Zizan Razak]], [[Hairul Azreen]], [[Hasnul Rahmat]], [[Shafie Naswip]], [[Riz Amin]], [[Erra Fazira]] dan pelakon Indonesia, [[Raline Shah]], ia mengisahkan sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan.
'''''Polis EVO 2''''' ialah filem aksi kepolisan Malaysia 2018 arahan bersama Joel Soh dan Andre Chiew dan merupakan kesinambungan daripada filem ''[[Polis EVO]]'' yang ditayangkan pada 2015.<ref>[https://www.star2.com/entertainment/movies/movie-news/2017/06/29/zizan-razak-polis-evo-2/ Zizan Razak shapes up up for Polis Evo 2] ''Star2'' (29 June 2017). Retrieved on 1 July 2017.</ref> Barisan pelakon terdiri daripada [[Shaheizy Sam]], [[Zizan Razak]], [[Hairul Azreen]], [[Hasnul Rahmat]], [[Shafie Naswip]], [[Riz Amin]], [[Erra Fazira]] dan pelakon Indonesia, [[Raline Shah]], [[Mike Lucock]], dan [[Tanta Ginting]]. ia mengisahkan sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan.


Penggambaran dijalankan dari Oktober 2017 dan berakhir pada Januari 2018, filem ini ditayangkan pada 22 November 2018 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem serta telah meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM 20 juta dalam tempoh 17 hari, menjadikannya sebagai salah satu dari [[Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan|filem tempatan dengan kutipan pecah penggung tertinggi di Malaysia]].<ref>Mya Amri (11 Disember 2018). [http://www.gempak.com/artikel/13800/hebat-boh-17-hari-tayangan-polis-evo-2-raih-kutipan-melebihi-rm20-juta Hebat Boh! 17 hari tayangan, Polis Evo 2 raih kutipan melebihi RM20 juta] [[Astro Gempak]]. Dicapai pada 13 Disember 2018.</ref><ref>R. Rohaizam (13 Oktober 2018). [https://www.malaymail.com/s/1682476/no-box-office-pressure-for-polis-evo-2 No box office pressure for Polis Evo 2] ''[[The Malay Mail]]''. Dicapai pada 13 Disember 2018.</ref> Pada Disember 2018, ''[[Harian Metro]]'' menyenaraikan ''Polis EVO 2'' sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2018/12/405799/filem-tempatan-pecah-panggung-2018|title=Filem tempatan pecah panggung 2018|author=Amirul Haswendy Ashari|date=24 Disember 2018|accessdate=24 Disember 2018|publisher=Harian Metro}}</ref>
Penggambaran dijalankan dari Oktober 2017 dan berakhir pada Januari 2018, filem ini ditayangkan pada 22 November 2018 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem serta telah meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM 20 juta dalam tempoh 17 hari, menjadikannya sebagai salah satu dari [[Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan|filem tempatan dengan kutipan pecah penggung tertinggi di Malaysia]].<ref>Mya Amri (11 Disember 2018). [http://www.gempak.com/artikel/13800/hebat-boh-17-hari-tayangan-polis-evo-2-raih-kutipan-melebihi-rm20-juta Hebat Boh! 17 hari tayangan, Polis Evo 2 raih kutipan melebihi RM20 juta] [[Astro Gempak]]. Dicapai pada 13 Disember 2018.</ref><ref>R. Rohaizam (13 Oktober 2018). [https://www.malaymail.com/s/1682476/no-box-office-pressure-for-polis-evo-2 No box office pressure for Polis Evo 2] ''[[The Malay Mail]]''. Dicapai pada 13 Disember 2018.</ref> Pada Disember 2018, ''[[Harian Metro]]'' menyenaraikan ''Polis EVO 2'' sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2018/12/405799/filem-tempatan-pecah-panggung-2018|title=Filem tempatan pecah panggung 2018|author=Amirul Haswendy Ashari|date=24 Disember 2018|accessdate=24 Disember 2018|publisher=Harian Metro}}</ref>

Semakan pada 11:05, 22 Mac 2019

Polis EVO 2
PengarahJoel Soh
Andre Chiew
PenulisJoel Soh
Kyle Goonting
Anwari Ashraf
Dihasilkan olehJoel Soh
Dibintangi
SinematografiTan Teck Zee
Disunting olehNazim Shah
Muzik olehMaveriq Studios
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
22 November 2018
Masa tayangan
138 minit
NegaraMalaysia

Polis EVO 2 ialah filem aksi kepolisan Malaysia 2018 arahan bersama Joel Soh dan Andre Chiew dan merupakan kesinambungan daripada filem Polis EVO yang ditayangkan pada 2015.[1] Barisan pelakon terdiri daripada Shaheizy Sam, Zizan Razak, Hairul Azreen, Hasnul Rahmat, Shafie Naswip, Riz Amin, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Raline Shah, Mike Lucock, dan Tanta Ginting. ia mengisahkan sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan.

Penggambaran dijalankan dari Oktober 2017 dan berakhir pada Januari 2018, filem ini ditayangkan pada 22 November 2018 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem serta telah meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM 20 juta dalam tempoh 17 hari, menjadikannya sebagai salah satu dari filem tempatan dengan kutipan pecah penggung tertinggi di Malaysia.[2][3] Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Polis EVO 2 sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.[4]

Plot

Tiga tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Khai (Shaheizy Sam) kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari (Hasnul Rahmat) menyerang dan menawan pulau tersebut.

Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bertujuh ini bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon undangan

  • Rusdi Ramli sebagai Maarof
  • Hairie Othman sebagai dirinya sendiri
  • Amai Kamarudin sebagai Andre
  • Dennis Yin sebagai Zali
  • Siraj Alsagoff sebagai Sab
  • Kazar Razak sebagai Kamal
  • Hadi Nawawi sebagai Arshad
  • Zainal Mohd Isa sebagai Paan
  • Zaid Moheyer sebagai Rikko
  • Don Syuzefril sebagai Shahrul
  • Arash Afnan sebagai Loose Villagers
  • Nabil Fikri sebagai Loose Villagers

Penerbitan

Penerbit Polis EVO Joel Soh menggalas tanggungjawab sebagai pengarah, menggantikan Ghaz Abu Bakar yang mengarahkan filem pertama.[6] Untuk filem ini, beliau mengarahkannya bersama Andre Chiew. Menurut Soh: "Bagi kami, pra-penerbitan ialah satu proses yang agak lama dan mahal. Skrip ini mengambil masa sebulan (untuk disiapkan). Segala-galanya dirancang dengan cermat, kami tidak hanya menaruh kostum pada seseorang tanpa meneliti. Kami melihat apa yang masuk ke dalam baju paramedik, alat penembak jitu dan sebagainya." Polis Evo 2 ialah percubaan sulung Soh dan Chiew untuk mengarahkan filem cereka. Soh telah mengarahkan filem-filem pendek sebelum ini tetapi lebih aktif sebagai penerbit filem dan penulis skrip, manakala Chiew telah mengarahkan beberapa iklan televisyen.[6] Zizan Razak dan Shaheizy Sam kembali menjayakan peranan mereka masing-masing, dengan penambahan pelakon baru termasuk Hairul Azreen, Hasnul Rahmat, Syafie Naswip, Riz Amin dan Erra Fazira. Pelakon Singapura Fir Rahman dan pelakon Indonesia Raline Shah menyertai barisan pelakon Polis EVO 2.

Zizan dilaporkan mengalami kecederaan ketika membuat aksi lagak ngeri semasa penggambaran dijalankan.[7] Raline Shah memegang watak sebagai Rian, Polis EVO 2 merupakan filem aksi pertama lakonannya. Dalam satu temubual bersama MStar Online, Raline berkata beliau menolak tawaran lain hampir dua tahun semata-mata ingin memberi fokus kepada Polis Evo 2. "Ya, terpaksa tolak tawaran untuk dua tahun kerana saya perlu buat persiapan latihan-latihan fizikal. Ini pula filem aksi pertama saya, jadi perlukan banyak latihan terutama seni mempertahankan diri, cara memegang senjata dan berbagai-bagai lagi,".[8] Beliau menggantikan Nora Danish yang berlakon dalam filem pertama.[9] Untuk menjayakan Inspektor Khai, Shaheizy Sam memutuskan untuk menuju ke gim pada waktu malam untuk memerah dalam satu latihan terakhir, "Saya bimbang badan saya tidak kelihatan bersedia untuk penggambaran, jadi saya menolak diri sendiri. Saya pergi ke gim dan mula berlari,".[10] Menurut Soh, Polis Evo 2 diinspirasikan daripada insiden sebenar yang berlaku pada tahun 2013 di mana militan dari Filipina selatan menyerang Lahad Datu di Sabah dan mendakwa tanah itu sebagai milik mereka.[6] Penggambaran dijalankan pada penghujung Oktober 2017 melibatkan lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Kuantan dan berakhir pada Januari 2018.[11]

Keluaran

Polis EVO 2 ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 22 November 2018.[12] Treler teaser filem ini telah dikeluarkan pada 12 Oktober 2018 di saluran YouTube rasmi Astro Shaw[13] manakala treler rasmi dikeluarkan pada 30 Oktober 2018.[14]

Sambutan

Kutipan

Polis EVO 2 mencipta rekod baharu dengan mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM3.5 juta pada hari pembukaan sekaligus mengatasi kutipan hari pertama filem Munafik 2 sebanyak 2.05 juta.[15] Polis EVO 2 mendapat 10 juta di dalam masa lima hari yang terus mengatasi kutipan Hantu Kak Limah yang kutipannya sebanyak 9 juta.[16] Dalam tempoh 11 hari sahaja, filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM17 juta sejak hari pembukaan tayangan di Malaysia dan Brunei.[17] Sehingga 11 Disember 2018, filem ini berjaya melakar sejarah tersendiri dengan meraih kutipan melebihi RM20 juta selepas 17 hari ditayangkan di pawagam, sekaligus mengatasi kutipan filem prekuelnya.[18]

Ulasan kritis

Filem ini menerima ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem.[19] Kenneth Chaw menulis untuk Star2 menyifatkan Polis EVO 2 sebagai sebuah "filem yang berani" dan memberikan penarafan 7.5 dari 10 bintang. Beliau berkata: "Polis Evo 2 tidak hanya menawarkan pelbagai aksi, namun pengajaran yang mengejutkan tentang kehidupan, persahabatan, dan kesihatan emosi kita".[20] Aidil Rusli dari The Malay Mail mempunyai pandangan tersendiri, "...sebuah filem yang tahu formulanya dengan sangat baik, melekat padanya, melakukan semua perkara yang perlu dilakukan dengan jayanya, dan ia juga dilakukan dengan tahap kraf yang tidak menghina mata, telinga dan kecerdasan. Nilai tambah di sini adalah, tentu saja, dalam cara pembikin filem menyusun formula."[21]

Shazryn Mohd Faizal dari mSTAR Online melihat Polis Evo 2 menekankan isu yang lebih serius meskipun isu ajaran sesat dan militan ini bukan sesuatu yang baharu.[22]

Kontroversi

Pada 10 November 2018, sebelum tayangan perdana rasmi, satu kontroversi baru timbul apabila Polis EVO 2 didapati mengandungi adegan didakwa menghina Islam sekaligus memberikan gambaran buruk kepada Muslimin dan Muslimat, sehingga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Riduan Md Nor menggesa rakyat Malaysia memboikot filem ini.[23]

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Polis EVO 2 tidak mengandungi mesej yang jelas menghina Islam,[24] sebaliknya lebih terarah kepada pemahaman terhadap fanatik sesat dan pelampau agama yang boleh mengancam ketenteraman negara. Malah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini mengeluarkan kenyataan untuk menyiasat dakwaan filem tersebut memberi imej buruk kepada Islam.[25]

Muzik

"Sang Saka Biru"
Single oleh Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Alif
Dilancarkan pada14 Oktober 2018
Dirakamkan pada2018
GenreHip hop
Panjang3:22 minit
SyarikatRocketfuel Entertainment
PenulisJoe Flizzow
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Runut bunyi rasmi bagi filem Polis EVO 2 ialah "Sang Saka Biru" dipersembahkan oleh Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, dan Alif,[26][27] dikeluarkan pada 14 Oktober 2018 oleh Rocketfuel Entertainment dan boleh didapati untuk muat turun digital di iTunes[28] dan penstriman digital di Spotify.[29]

Format dan senarai runut

Muat turun digital[28]
No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."Sang Saka Biru"Joe FlizzowJoe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Alif3:22


Sejarah keluaran

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 2 November 2018 Muat turun digital[28]
Penstriman digital[29]
Monkey Bone Records

Rujukan

  1. ^ Zizan Razak shapes up up for Polis Evo 2 Star2 (29 June 2017). Retrieved on 1 July 2017.
  2. ^ Mya Amri (11 Disember 2018). Hebat Boh! 17 hari tayangan, Polis Evo 2 raih kutipan melebihi RM20 juta Astro Gempak. Dicapai pada 13 Disember 2018.
  3. ^ R. Rohaizam (13 Oktober 2018). No box office pressure for Polis Evo 2 The Malay Mail. Dicapai pada 13 Disember 2018.
  4. ^ Amirul Haswendy Ashari (24 Disember 2018). "Filem tempatan pecah panggung 2018". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2018.
  5. ^ Hairul Azreen terus bawa watak aksi dalam ‘Polis Evo 2’, ‘Operasi X’ mSTAR Online (3 Oktober 2018). Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  6. ^ a b c Bissme S. (23 November 2018). "Banking on a franchise". The Sun Daily. Dicapai pada 24 November 2017.
  7. ^ "(Showbiz) Unwell Zizan Razak halts Polis Evo 2 filming". NST Online. 1 November 2017. Dicapai pada 11 November 2017.
  8. ^ Kemalia Othman (11 November 2018). "Demi 'Polis Evo 2', Raline Shah tolak tawaran lain 2 tahun". MStar Online. Dicapai pada 24 November 2017.
  9. ^ "Raline Shah heroin filem Polis Evo 2?". Astro Awani. 20 Julai 2017. Dicapai pada 20 Julai 2017.
  10. ^ Kenneth Chaw (12 November 2018). "Shaheizy Sam puts his health on the line for 'Polis Evo 2'". Star2. Dicapai pada 24 November 2017.
  11. ^ "Zizan Razak shapes up up for Polis Evo 2". Cinema Online. 29 Jun 2017. Dicapai pada 29 Jun 2017.
  12. ^ "What to expect from 'Polis Evo 2': Higher stakes and strong female characters". Star2. 9 Jun 2018. Dicapai pada 11 November 2018.
  13. ^ "Ramai tak sabar tunggu 'Polis Evo 2' selepas lihat teaser poster". Astro Awani. 5 Oktober 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  14. ^ Rzaimi Zubaidi (5 Oktober 2018). ""Tak Sabarnya!" - Bakal Ditayangkan November ini, Ramai Teruja Menantikan Polis Evo 2 Selepas Lihat Teaser Poster". Astro Gempak. Dicapai pada 21 November 2018.
  15. ^ Mohd. Haikal Isa (23 November 2018). "Polis Evo 2 raih kutipan RM3.5 juta". Kosmo!. Dicapai pada 23 November 2018.
  16. ^ Aqmar Mustaza (27 November 2018). "RM10 juta dalam masa lima hari". Sinar Harian. Dicapai pada 27 November 2018.
  17. ^ Mumtaj Begum (4 Disember 2018). "'Polis Evo 2' earns RM17mil in 11 days". Sinar Harian. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  18. ^ "Polis Evo 2 raih lebih RM20 juta selepas 17 hari tayangan". Astro Awani. 11 Disember 2018. Dicapai pada 12 Disember 2018.
  19. ^ Mohd. Haikal Isa (22 November 2018). "Polis Evo 2 cemerlang gulung kalendar 2018". Kosmo!. Dicapai pada 23 November 2018.
  20. ^ Kenneth Chaw (21 November 2018). "Polis Evo 2: Bold, Gritty & A Total Shift From The Original". Star2. Dicapai pada 23 November 2018.
  21. ^ Aidil Rusli (24 November 2018). "'Polis Evo 2' changes the game again". The Malay Mail. Dicapai pada 24 November 2018.
  22. ^ Shazryn Mohd Faizal (30 November 2018). "'Polis Evo 2' lebih serius, cemerlang sebagai filem sekuel terbaik". mSTAR Online. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  23. ^ "AJK Pusat PAS ajak rakyat boikot Polis EVO 2". Malaysiakini. 10 November 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  24. ^ Nurulatiq Ahmad Bandi (20 November 2018). "Polis EVO 2 tidak mengandungi mesej menghina Islam". Sinar Harian. Dicapai pada 21 November 2018.
  25. ^ "Polis EVO 2: Tiada mesej hina Islam". Utusan Malaysia. 12 November 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  26. ^ Mya Amri (19 Oktober 2018). “This Is Lit!” – Filem Belum Tayang Tapi OST Polis Evo 2: Sang Saka Biru Dah Laku Keras Astro Gempak. Dicapai pada 13 Disember 2018.
  27. ^ Memperkenalkan Lagu Tema Polis Evo 2 - Sang Saka Biru MSN.com (15 Oktober 2018). Dicapai pada 13 Disember 2018.
  28. ^ a b c "Sang Saka Biru (Single)". iTunes Store (MY). Apple. 2 November 2018. Dicapai pada 13 Disember 2018.
  29. ^ a b "Sang Saka Biru, a song by Joe Flizzow, Altimet, SonaOne and Alif". Spotify. 2 November 2018. Dicapai pada 13 Disember 2018.

Pautan luar