Kris (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 83: Baris 83:
* Dua anggota kumpulan Kris, Lomaq (bass) dan Joey (dram) mereka anggota asal [[kumpulan Mega]] bersama Zarith (vokal), Adie (gitar utama) dan Sam (gitar kedua) pada tahun 1988. Namun, Lomaq meninggalkan kumpulan ini sebelum album pertama Mega siap pada tahun 1989. Selepas album yang berjudul ''MEGA'' dikeluarkan, Joey mengambil tindakan yang sama dengan meninggalkan kumpulan tersebut.
* Dua anggota kumpulan Kris, Lomaq (bass) dan Joey (dram) mereka anggota asal [[kumpulan Mega]] bersama Zarith (vokal), Adie (gitar utama) dan Sam (gitar kedua) pada tahun 1988. Namun, Lomaq meninggalkan kumpulan ini sebelum album pertama Mega siap pada tahun 1989. Selepas album yang berjudul ''MEGA'' dikeluarkan, Joey mengambil tindakan yang sama dengan meninggalkan kumpulan tersebut.


* Kehadiran Lomaq telah menyebabkan munculnya ''Taib Brothers'' dalam industri muzik tempatan. Ini kerana Lomaq merupakan saudara kandung kepada dua gitaris kumpulan [[Search]] iaitu [[Hamzah bin Mohd Taib]] atau Kid (gitar utama, sebelum ini pernah menganggotai [[kumpulan Gersang]]) dan [[Nordin Taib|Nordin bin Mohd Taib]] atau Din (gitar irama).
* Kehadiran Lomaq telah menyebabkan munculnya ''Taib Brothers'' dalam industri muzik tempatan. Ini kerana Lomaq merupakan saudara kandung kepada dua gitaris kumpulan [[Search]] iaitu '''[[Hamzah bin Mohd Taib]] - Kid''' (gitar utama, sebelum ini pernah menganggotai [[kumpulan Gersang]]) dan '''[[Nordin Taib|Nordin bin Mohd Taib]] - Din''' (gitar irama).


== Rujukan ==
== Rujukan ==

Semakan pada 02:26, 27 Mac 2019

Kris
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1990 - 1995
Syarikat rakaman
Luncai Emas Sdn. Bhd.
LIFE Records
Pengkarya berkait
M. Nasir, Hattan
Bekas ahliAlim - Vokal
Boy - Gitar
Lomaq - Bass
Joey - Dram

Kumpulan Kris merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada awal dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Sejarah

Kumpulan ini ditubuhkan sekitar tahun 1990 dan merupakan anak didik komposer terkenal M. Nasir. Nama asal Kris ialah Rajawali tetapi ditukar setelah terdapat sebuah kumpulan rock lain yang terlebih dahulu menggunakan nama tersebut.

Kemunculan mereka di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan Dinamik, WOWBlackroseDamasutra dan Laksamana. Berbekalkan lagu berhantu Tiara, Kris tidak mengambil masa yang lama untuk menempa populariti. Dalam masa yang singkat mereka berjaya menempatkan diri sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock yang sedia ada.

Anggota kumpulan

Kumpulan Kris terdiri dari :-

  1. Abdul Halim bin Bukhari (Halim, Alim) - vokal
  2. Mukhris bin Abdul Talib (Boy) - gitar
  3. Musa bin Mohd Taib (Lomaq) - bass (bekas pemain bass Kumpulan Mega)
  4. Abdul Hamid bin Sahlan (Joey) - dram (bekas pemain dram Kumpulan Mega)

Kesemua anggota kumpulan Kris berasal dari negeri Johor kecuali vokalisnya, Alim yang berasal dari negeri Perak.

Diskografi

Tiara (1991)

  1. Dilema Orang Kita (Yan/Ram Ghazali)
  2. Tiara (M.Nasir)
  3. Bidaian Selut (Aznan Alias/Sani Sudin)
  4. Penjara (Hattan/Nasir Jani)
  5. Kelip Kelip Dihembus Angin (Jai Mohd/Loloq)
  6. Hidup Berjudi (Aznan Alias/Bob)
  7. Persoalan Jiwa (Hattan/Siso)
  8. Tiara (instrumental) (M.Nasir)
  9. Melawan Emosi Diri (Wan Zul/Azam Dungun)
  10. Menanti (Jai Mohd/Usop)

Penerbit: M. Nasir

Ratna (1993)

  1. 3 Kali Putus Cinta (Kris/Loloq)
  2. Lagu Cenderawasih (M.Nasir/Nurbisa)
  3. Michelle (Hattan/Nurbisa)
  4. Muka Silver (Kris/Boy/Rosli Ali)
  5. Apa Kau Mahu (Kris/Boy/Rosli Ali)
  6. Ratna (M.Nasir)
  7. Papa Mama (M.Nasir)
  8. Mat Dispatch [Tentang Dunia Kurang Ajar] (M.Nasir)
  9. Syurga Jambul Terbakar (Kris/Nasir Jani)
  10. Misteri Kasih (Hattan/Abdi)

Penerbit: M. Nasir/Hattan

Revival of the Forgotten Rock Kapak (2012)

Kedua-dua album Kris telah dikeluarkan semula oleh LIFE Records bagi membolehkan peminat-peminat memiliki semula koleksi lagu-lagu mereka selepas 20 tahun.

Anugerah/Pencapaian

Album pertama Kris yang meletup dengan lagu Tiara telah terjual melebihi 110,000 unit sekaligus menempatkan mereka sebagai salah satu kumpulan rock baru yang paling popular ketika itu. Manakala album kedua telah mencatat jualan sekitar 50,000 unit. Pencapaian ini dianggap hebat bagi sebuah kumpulan yang baru muncul dengan satu album.

Kejayaan tertinggi Kris ialah di Juara Lagu 1991 di mana lagu Tiara telah membolot tiga hadiah iaitu Lirik Terbaik, tempat ketiga Persembahan Terbaik dan tempat ketiga Juara Lagu. Lagu ini masih kekal diminati sehingga sekarang.

Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1991 yang berlangsung pada awal tahun 1992 telah menyenaraikan Kris sebagai salah satu finalis Top 5 kategori Penyanyi Berkumpulan Popular. Kategori tersebut bagaimanapun dimenangi oleh kumpulan Iklim.

Manakala Anugerah Industri Muzik (AIM) edisi pertama pada tahun 1993 turut menyenaraikan muzik video lagu dari album kedua Kris, Lagu Cenderawasih yang dibintangi pelakon Sharifah Haslinda dalam kategori Video Muzik Terbaik. Kategori tersebut dimenangi oleh muzik video lagu dari kumpulan Spring berjudul Sampai Hati.

Trivia

  • Dua anggota kumpulan Kris, Lomaq (bass) dan Joey (dram) mereka anggota asal kumpulan Mega bersama Zarith (vokal), Adie (gitar utama) dan Sam (gitar kedua) pada tahun 1988. Namun, Lomaq meninggalkan kumpulan ini sebelum album pertama Mega siap pada tahun 1989. Selepas album yang berjudul MEGA dikeluarkan, Joey mengambil tindakan yang sama dengan meninggalkan kumpulan tersebut.

Rujukan