Shahz Jaszle: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafiz Sariman (bincang | sumb.)
IslamBro (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 106: Baris 106:
| ''Kemaafan Sakura''
| ''Kemaafan Sakura''
| Aliff
| Aliff
| rowspan="5"|TV3
| [[TV3]]
|
|
|-
|-
Baris 112: Baris 112:
| ''Landasan Cinta''
| ''Landasan Cinta''
| Kapten Umar
| Kapten Umar
| TV3
|
|
|-
|-
Baris 117: Baris 118:
| ''Sawan''
| ''Sawan''
| Aliff
| Aliff
| TV3
|
|
|-
|-
Baris 128: Baris 130:
| ''Adakah Aku Bersalah?''
| ''Adakah Aku Bersalah?''
| Bront
| Bront
| TV3
|
|
|-
|-
| ''Neraka Kasih Maisarah''
| ''Neraka Kasih Maisarah''
| Budin
| Budin
| TV3
|
|
|-
|-

Semakan pada 09:49, 29 Mac 2019

Shahz Jaszle
Shahz sebagai Ash dalam Tari Tirana.
Kelahiran
Mohd Shahrizal Jaszle bin Jasmin

(1988-07-30) 30 Julai 1988 (umur 35)
Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia
PendidikanDiploma [1]
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini
PasanganHanis Husna (k. 2015)
Anak-anak2
AnugerahArtis Baru Lelaki Popular ABPBH 2010

Mohd Shahrizal Jaszle bin Jasmin (lahir pada 30 Julai 1988) atau lebih popular sebagai Shahz Jaszle merupakan seorang model dan pelakon popular di Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Ash dalam siri TV Tari Tirana pada tahun 2009. Kelibatnya mula mencuri tumpuan dan menjadi kegilaan ramai apabila muncul dalam siri TV Asmara dan terbaru Gemilang dan Tahajjud Cinta di TV3.

Pada 4 Mei 2017, Shahz telah membintangi sebuah filem bergenrekan keagamaan iaitu Lebuhraya Ke Neraka , arahan pengarah Mamat Khalid. Beliau memegang watak sebagai Jeff dalam filem ini. [2]

Penglibatan awal

Jejaka campuran darah Cina, Pakistan dan Melayu Indonesia ini sebenarnya telah berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2006. Bermula dengan program TV Naratif Remaja terbitan RTM sehinggalah drama bersiri Tari Tirana yang benar-benar melonjakkan namanya, Shahz telah melalui pelbagai cabaran sebelum namanya dikenali.

Cita-cita asalnya adalah untuk bergelar seorang chef. Malah Shahz berpeluang mengambil sijil kursus perhotelan dan katering di Kolej Komuniti, Selangor, sebelum terjun ke dunia lakonan. Tidak pernah terlintas dalam kepalanya untuk jadi pelakon sebelum ini. Mulanya hanya menemani seorang teman untuk sesi uji bakat program Naratif Remaja tetapi dia pula disuruh mencuba dan akhirnya terpilih. Sejak itu beliau mula terlibat dengan dunia lakonan dan dalam masa yang sama aktif mendapat tawaran peragaan.

Ketika menuntut, anak kelima daripada tujuh beradik ini pernah kerja sebagai pelayan di restoran TGI Friday. Selepas mendapat tawaran berlakon siri TV Luna Fantasiku, baru kerjaya lakonan beliau semakin stabil dan seterusnya mendapat tawaran drama Tari Tirana yang memperkenalkan lagi namanya.

Meniti populariti

Biarpun mula dikenali menerusi watak Ash dalam siri TV Tari Tirana arahan Shahrulezad Mohammedin, nama Shahz mula menjadi kegilaan apabila susuk tubuhnya diabadikan sebagai Asmara dalam siri TV tajuk serupa terbitan Suhan Movies di bawah arahan Heikal Hanafiah. Lakonan berkesan beliau sebagai remaja yang dipaksa kahwin itu mendapat pujian ramai. Kini nama Shahz sudahpun sebaris dengan nama-nama popular lain dan dijangka akan terus mekar pada tahun 2011.

Kehidupan peribadi

Shahz telah sah menjadi suami kepada model, Hanis Husna Mohamad Nadzree pada 1 Mei 2015. [3] [4]

Kontoversi

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan Shah Jaszle ditahan oleh pihak berkuasa itu pada awal pagi 16 Mei 2013. Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata, pelakon tersebut ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS di Apartment Taman Sri Subang di sini pada pukul 3.30 pagi: "Penahanan Shah Jaszle berdasarkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah negeri Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya dan sebaliknya".[5][6]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2012 Azura Zack Zakaria Aziz M. Osman Filem pertama
2017 Lebuhraya Ke Neraka[7] Jeff Mamat Khalid

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Anak Emak TV1
2009 Dari Mata Ke Hati
Bila Mama Pakai Celana TV2
2011 Pondok Ingatan Cinta Farish TV1
Kemaafan Sakura Aliff TV3
2012 Landasan Cinta Kapten Umar TV3
2015 Sawan Aliff TV3
2017 Izinkan Aku Menebus Dosa TV9
2018 Adakah Aku Bersalah? Bront TV3
Neraka Kasih Maisarah Budin TV3

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Luna Fantasiku Fendi TV9
2009 Bio-Nik Adi (Abdul Hadi) TV3 Slot Aksi
Tari Tirana Ashraf Slot Lestary
2010 Asmara Asmara Slot Lestary
Bola Cinta Haziq TV2
Telah Dihalalkan Epal Itu Khalim TV AlHijrah
Mistik Alam Hitam Astro Prima
2011 Pengantin Untuk Dijual Iskandar Astro Box Office
Gemilang Saifullah TV3 Slot Inspirasi
Asmara 2 Asmara Slot Lestary
Ayu Suraya Kamal Astro Prima
Tahajjud Cinta Azihan TV3 Slot Zehra
2012 Bunga April Johar Slot Samarinda
3 Janji Khursyi / Kamil Slot Lestary
2013 Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Faiz Slot Akasia
Sehangat Asmara Azman Astro Mustika HD
2014 Kristal Maya Ezam TV3 Slot Samarinda
2015 Tabir Zulaikha Ammar Slot Samarinda
Bidadari Adie Slot Lestary
Maria Terindah Aris HyppTV
Abang Sado Jemur Kain Marzuki TV3 Slot Iris
2016 Nasi Minyak Kuah Cinta Dr Haris TV3
Lara Aishah Zack Astro Prima
Bagaikan Kelip-Kelip Fairuz TV9
Cinta Masam Manis Erman TV3 Slot Akasia
2017 Black Belt Kaler Pink Ustaz Salam Astro Warna
Titian Cinta Danial TV3 Slot Akasia
2018 Melankolia Borhan TV3
Cinta Fatamorgana Jamil Slot Akasia
Isteri Untuk Diiktiraf Tengku Wafie TV1 Slot Widuri
Cinta Bukan Kristal Fahmi TV3 Slot Akasia
2019 Setelah Cinta Itu Pergi Muiz Lukman TV3 Slot Samarinda
Cinta Tanpa Henti Arman TV3 Slot Samarinda
Jodoh-jodoh Annisa Alex Astro Prima

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis Jemputan TV1 Episod 2

Anugerah & Pencapaian

Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Shahz Jaszle
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010 Festival Filem Malaysia ke 23 Pakaian Lelaki Terbaik Menang
Anugerah Cosmopolitan Fun, Fearless, Fabulous 2010 Anugerah Jejaka Terhangat Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Artis Baru Lelaki Popular Menang

Rujukan

  1. ^ Rudy Imran Shamsudin (2011/09/11). "'Rentaz satukan kasih kami'". myMetro. Dicapai pada 6 Ogos 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ 8 Mei 2017. 'Lebuhraya Ke Neraka' Sinergi Dakwah Dan Seram Mamat Khalid - Hiburan. Mstar
  3. ^ 3 Mei 2015. Gambar Kahwin Shahz Jaszle Dan Hanis Husna 1 Mei 2015. melvister.com
  4. ^ Shah Jaszle Kahwin Secara Senyap Kerana Mahu Privasi. MYNEWSHUB
  5. ^ "Shah Jaszle Ditangkap Khalwat". Agenda Semasa. Dicapai pada 2013-05-17.
  6. ^ Akmaliah Razak (23 Jun 2013). "Kes khalwat Shah Jaszle dikenakan tindakan?". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Ogos 2013.
  7. ^ 29 April 2017. Shahz Jaszle Akui Sukar Berlakon Filem Lebuhraya Ke Neraka | Artikel. Astro Gempak

Pautan luar