Heath Ledger: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zwobot (bincang | sumb.)
Baris 143: Baris 143:
[[fr:Heath Ledger]]
[[fr:Heath Ledger]]
[[gl:Heath Ledger]]
[[gl:Heath Ledger]]
[[he:הית' לדג'ר]]
[[id:Heath Ledger]]
[[it:Heath Ledger]]
[[it:Heath Ledger]]
[[ja:ヒース・レジャー]]
[[ja:ヒース・レジャー]]
Baris 154: Baris 156:
[[th:ฮีธ เลดเจอร์]]
[[th:ฮีธ เลดเจอร์]]
[[tr:Heath Ledger]]
[[tr:Heath Ledger]]
[[vi:Heath Ledger]]
[[zh:希斯·萊傑]]
[[zh:希斯·萊傑]]

Semakan pada 01:03, 23 Januari 2008

Heath Ledger
Fail:Brokebackmountainheathledger.jpeg
Heath Ledger sebagai "Ennis del Mar" dalam Brokeback Mountain
Kelahiran
Heathcliff Andrew Ledger

4 April 1979
Meninggal dunia22 Januari 2008
Ketinggian6' 1" (185 sm)

Heathcliff Andrew Ledger (lahir 4 April 1979) ialah seorang pelakon Australia dan calon Anugerah Akademi.Ledger ditemui mati di dalam sebuah pangsapuri di New York pada 22 Januari 2008.[1]

Hidup awal

Dilahirkan di Perth, Australia, Ledger berketurunan Ireland serta Scotland, dan tinggal di Australia Barat. Dia menghadiri Sekolah Rendah Gunung Mary di Bukit Gooseberry, dan kemudian menghadiri Sekolah Menengah Guildford untuk melanjutkan pendidikan menengah dan persediaannya. Pada usia 16, Ledger tamat sekolah selepas mengambil peperiksaan ijazah awal, dan mengejar kerjayanya dalam bidang hiburan dewasa. [2] Dengan sahabat karibnya, Trevor DiCarlo, Ledger mengembara tumpang ke Sydney. Akan tetapi waktu rehatnya membawanya balik ke Perth untuk siri TV Sweat (1996) yang dilakonnya dalam peranan pelumba basikal homoseksual. Walaupun siri itu gagal memberikan kesan yang banyak, dia kemudian berlakon dalam siri televisyen Amerika, Roar.

Kerjaya filem

Pada tahun 1999, Ledger berlakon dalam filem komedi remaja Hollywood, 10 Things I Hate about You, serta sebagai watak utama dalam filem sanjungan Australia, Two Hands, yang diarahkan oleh Gregor Jordan. Sejak masa itu, dia telah berlakon dalam The Patriot sebagai anak watak Mel Gibson, dalam Monster's Ball sebagai anak watak Billy Bob Thornton, dalam A Knight's Tale, dalam Ned Kelly sebagai watak judul, dalam The Order, dan dalam The Brothers Grimm yang dilakonnya bersama Matt Damon.

Ledger mendapat satu tahun yang berjaya pada tahun 2001 kerana penerimaan Anugerah ShoWest untuk "Pelakon Lelaki Masa Depan" bagi persembahannya dalam The Patriot, serta kerana penayangan sejagat filem A Knight's Tale yang amat popular. Pada tahun 2003, Ledger dinamakan sebagai salah satu Tokoh Lelaki Tahun GQ Australia untuk pelakonan.

Pada tahun 2005, Ledger menerima pencalonan "Pelakon Lelaki Terbaik dalam Drama" Golden Globe untuk persembahan sanjungannya dalam Brokeback Mountain yang dilakonnya sebagai Ennis Del Mar, seorang pekerja ladang ternak Wyoming yang membuat hubungan cinta dengan Jack Twist, seorang yang berhasrat menjadi penunggang rodeo, yang dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal. Dalam ulasan New York Times bagi Brokeback Mountain, pengkritik filem, Stephen Holden, menulis:

"Both Mr. Ledger and Mr. Gyllenhaal make this anguished love story physically palpable. Mr. Ledger magically and mysteriously disappears beneath the skin of his lean, sinewy character. It is a great screen performance, as good as the best of Marlon Brando and Sean Penn."

Dalam lagi satu ulasan dalam majalah Rolling Stone, pengkritik filem Peter Travers menulis:

"Ledger's magnificent performance is an acting miracle. He seems to tear it from his insides. Ledger doesn't just know how Ennis moves, speaks and listens; he knows how he breathes. To see him inhale the scent of a shirt hanging in Jack's closet is to take measure of the pain of love lost."

Ledger menerima anugerah "Pelakon Lelaki Terbaik 2005" untuk peranannya dalam filem Brokeback Mountain daripada kedua-dua Lingkungan Pengkritik Filem New York dan Lingkungan Pengkritik Filem San Francisco. Dia juga dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk "Pelakon Lelaki Terbaik" untuk persembahannya.

Pada musim bunga 2006, Ledger diumumkan akan melakonkan watak Bob Dylan dalam filem I'm Not There. Walaupun tidak sebenarnya melakonkan Dylan, Ledger bersama pelakon-pelakon lain akan melakonkan aspek-aspek sifat watak Dylan yang berbeza.

Pada 31 Julai 2006, Ledger disahkan secara rasmi untuk berlakon sebagai The Joker, orang jahat buku komik ikonik, dalam filem The Dark Knight, susulan filem 2005 Batman Begins, di samping I'm Not There yang dilakon oleh Christian Bale. Filem itu akan siap pada tahun 2008. [1]

Perhubungan dengan akhbar

Ledger telah mengalami perhubungan yang bergelora dengan media-media berita, terutamanya jurugambar akhbar. Dia dikatakan meludahi dan menyerang seorang jurugambar di Sydney pada tahun 2004, manakala saudaranya juga dikatakan meludahi seorang jurugambar pada tahun 2005. Ledger berkeras menafikan tuduhan itu. [3] Pada 13 Januari 2006, banyak jurugambar membalas dengan memancut Ledger dengan pistol-pistol air ketika dia berjalan di atas permaidani merah untuk tayangan perdana Brokeback Mountain di Sydney.

Ledger baru-baru ini telah dikritik dalam akhbar-khbar selepas kelakuannya di atas pentas semasa penyampaian Anugerah Persatuan Pelakon Filem 2005. Dia didapati ketawa berdekit-dekit, dan kelakuannya itu diperihalkan sebagai aneh ketika menyampaikan pencalonan filem Brokeback Mountain untuk Persembahan Barisan Pelakon dalam Filem. Akhbar Los Angeles Times memerihalkan kelakuannya sebagai "sejenis olok-olokan homoseksual". [4] Ledger kemudian berhubung dengan Times untuk menerangkan kelakuannya sebagai suatu gugup pentas yang diakibatkan oleh ketidaksediaan menyampaikan pencalonan tersebut kerana hanya diberikan tugas itu beberapa minit sebelum itu. "Aku meminta maaf atas patah jiwaku," Ledger berkata kepada akhbar itu. [5]

Ledger juga dibidas selepas dia dipetik dalam akhbar Australia, Herald Sun, pada bulan Januari 2006 kerana menghina Virginia Barat, sebuah negeri Amerika Syarikat. Apabila Ledger salah menganggap bahawa negeri itu mengharamkan filemnya, "Brokeback Mountain", dia membuat penyataan bahawa Virginia Barat mempunyai hukuman bunuh tanpa perbicaraan sehingga 1980-an. Kenyataan-kenyataan itu telah dipertikaikan oleh ahli-ahli arkib dan sejarah yang menunjukkan bahawa hukuman bunuh terakhir tanpa perbicaraan diadakan di Virginia Barat pada tahun 1931. [2]

Kehidupan peribadi

Ledger menjalin hubungan cinta dengan Naomi Watts yang dikenalinya di set Ned Kelly pada 2002. Mereka mula keluar pada Ogos 2002. Mereka menamatkan perhubungan mereka pada April 2004. Sebelumnya, dia keluar dengan pelakon Lisa Zane dan Heather Graham.

Ledger baru-baru ini bertunang dengan pelakon Michelle Williams yang ditemuinya di set Brokeback Mountain. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Matilda Rose, yang dilahirkan pada 28 October, 2005. Ayah pembaptisannya ialah Jake Gyllenhaal dan ibu pembaptisannya Busy Philipps, pelakon sama Michelle dalam Dawson's Creek.

Dia seorang penyokong Kelab Bola Sepak Eagles Pantai Barat dalam Liga Bola Sepak Australia.

Semenjak 2006, Ledger tinggal di Brooklyn, New York [6] dan menjual rumahnya di Bronte, New South Wales, Australia, untuk A$7 juta.[7][8].

Kematian

Templat:Current-section

Ledger ditemui mati di dalam sebuah pangsapuri di kejiranan SoHo, New York pada 22 Januari 2008. Mayat Ledger ditemui sekitar jam 3:26pm (waktu tempatan)EST[9] oleh seorang penjaga rumah dan pakar terapi urut yang masuk ke dalam bilik tidur Ledger dan mendapatinya tidak sedar di atas katil dengan pil tidur berdekatan. Pihak polis tidak mengesyaki adanya perbuatan khianat[10][11] dan tidak menafikan samada bunuh diri atau pengambilan berlebihan secara tidak sengaja.[12]

Filemografi


Tahun Tajuk Peranan Catatan lain
Filem
2008 The Dark Knight The Joker
2008 Kingdom of Trolls Gifford
2007 I'm Not There Bob Dylan
2006 Candy Dan
2005 Casanova Giacomo Casanova
2005 Brokeback Mountain Ennis del Mar Calon Anugerah Akademi (Pelakon Lelaki Utama Terbaik)
Calon Golden Globe (Pelakon Lelaki Utama Terbaik - Drama)
Calon Anugerah BAFTA (Pelakon Lelaki Utama Terbaik)
Calon SAG (Pelakon Lelaki Utama Terbaik, Kesatuan Barisan Pelakon Terbaik)
2005 The Brothers Grimm Jacob Grimm
2005 Lords of Dogtown Skip Engblom
2003 The Order Alex Bernier
2003 Ned Kelly Ned Kelly Calon Anugerah AFI (Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama)
2002 The Four Feathers Harry Faversham
2001 Monster's Ball Sonny Grotowski
2001 A Knight's Tale Sir William Thatcher/Sir Ulrich von Lichtenstein dari Gelderland
2000 The Patriot Gabriel Martin
1999 10 Things I Hate about You Patrick "Pat" Verona
1999 Two Hands Jimmy Calon Anugerah AFI (Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama)
1997 Paws Oberon
1997 Blackrock Toby
1992 Clowning Around
Televisyen
1997 Home and Away Scott Irwin
1997 Roar Conor
1996 Sweat Snowy Bowles

Rujukan

  1. ^ Actor Heath Ledger is found dead, Agence France-Presse, 23 January 2008.
  2. ^ Transcript. Rolling Stone interview. March 2006.
  3. ^ Heath Explains. February 2006. LATimes.com.
  4. ^ Los Angeles Times. Heath Explains. February 2006. LATimes.com.
  5. ^ The Age. Ledger in damage control. February 12, 2005. TheAge.com
  6. ^ HeathBaby.com. Heath Ledger Bio. Accessed February 14, 2005.
  7. ^ The Age. Ledger hopes for $3m profit on beach house. February 10, 2005. TheAge.com
  8. ^ (15 April, 2006).Why the rich are kings of the castle. The Daily Telegraph. URL accessed 23-7-06.
  9. ^ Heath Ledger found dead BBC News
  10. ^ Chan, Sewell (January 22, 2008). "Actor Heath Ledger Is Found Dead". The New York Times. Dicapai pada 2008-01-22.
  11. ^ Heath Ledger found dead in NYC Yahoo! News/AP
  12. ^ "Heath Ledger found dead in NYC apartment". Dicapai pada 2008-01-22.

Pautan luar