SimplySiti: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 21: Baris 21:
[[Fail:Simply Siti Logo.jpg|thumb|Logo SimplySiti, digunakan sehingga 2015.]]
[[Fail:Simply Siti Logo.jpg|thumb|Logo SimplySiti, digunakan sehingga 2015.]]


'''SimplySiti Sdn. Bhd.''' (didaftarkan sebagai '''SimplySiti''') ialah syarikat [[produk]] [[kosmetik]] dan kecantikan yang diasaskan pada 30 Mac 2010 oleh penyanyi, [[Datuk Siti Nurhaliza]] dengan ibu pejabatnya beroperasi di [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]]. Nama syarikat ini diperoleh dari perkataan [[bahasa Inggeris]], “simplicity” yang bermaskud kesederhanaan.
'''SimplySiti Sdn. Bhd.''' (didaftarkan sebagai '''SimplySiti''') ialah syarikat [[produk]] [[kosmetik]] dan kecantikan yang diasaskan pada 30 Mac 2010 oleh penyanyi, [[Siti Nurhaliza binti Tarudin|Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin]] dengan ibu pejabatnya beroperasi di [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]]. Nama syarikat ini diperoleh dari perkataan [[bahasa Inggeris]], “simplicity” yang bermaskud kesederhanaan.


==Sejarah==
==Sejarah==

Semakan pada 22:06, 29 April 2019

SimplySiti Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahSyarikat Sendirian Berhad
IndustriKosmetik, Penjagaan peribadi
Ditubuhkan30 Mac 2010; 14 tahun yang lalu (2010-03-30)[1]
PengasasDato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin
Ibu pejabatSuite 33-11 & 35-11, The Boulevard, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, Wilayah Persekutuan, 59200, Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingDato' Sri Siti Nurhaliza (Presiden)[2]
Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Naib Presiden)[2]
Datuk Normaziah Sheikh Mohamad[3]
P.Y. Wong[3]
Muhd Asyraf Khalid (Pengarah Eksekutif)
KeluaranPenjagaan kulit
Solekan
Wangian
Tapak webwww.simplysiti.com.my
Instagram: officialsimplysiti TikTok: officialsimplysiti Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Logo SimplySiti, digunakan sehingga 2015.

SimplySiti Sdn. Bhd. (didaftarkan sebagai SimplySiti) ialah syarikat produk kosmetik dan kecantikan yang diasaskan pada 30 Mac 2010 oleh penyanyi, Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin dengan ibu pejabatnya beroperasi di Kuala Lumpur, Malaysia. Nama syarikat ini diperoleh dari perkataan bahasa Inggeris, “simplicity” yang bermaskud kesederhanaan.

Sejarah

2010–2014: Penubuhan awal

Siti Nurhaliza semasa pelancaran warna gincu bibir merah baru pada 30 September 2010.

Dilancarkan pada 30 Mac 2010, SimplySiti ialah percubaan kedua Datuk Siti Nurhaliza untuk menceburi bidang perniagaan selepas percubaan pertamanya bersama jenama produk minuman teh CTea menemui jalan buntu,[3] dan pengeluaran produk tersebut telah ditamatkan pada Mac untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada SimplySiti.[4] Dengan bantuan suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa dan dua rakan niaganya, beliau menceburkan diri dalam industri kosmetik selepas kajian selama dua tahun bersama AC Nielsen untuk mengkaji pasaran dan sasaran pelanggan.[5] Kosmetik telah dihasilkan di Korea[5] dengan penjanaan teknologi nano.[6] Sebelum ia berada di pasaran, SimplySiti menerima status Halal daripada pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengkaji kilang di Korea untuk memeriksa setiap aspek pembuatan dengan peraturan yang lebih ketat untuk memastikan produk berkenaan disahkan Halal.[3] Kebanyakan produk, terutama rangkaian gincu bibir yang dikeluarkan memperoleh nama dari tajuk album dan singlenya.[5][2] Strategi pasaran termasuk ketersediaan produk di semua cawangan Watsons, Guardian dan Jusco di seluruh Malaysia,[2] dengan kiosk pertamanya dibuka di JB Sentral di Johor Bahru, Johor[7] dan terdapat perancangan untuk mempromosikan produk berkenaan di Brunei, Indonesia, Singapura dan negara Timur Tengah.[2]

Pada Julai, SimplySiti telah menandatangani kontrak bersama syarikat kelengkapan peribadi British, Standard Soap untuk menghasilkan produk baru SimplySiti seperti syampu, anti-peluh dan kelengkapan peribadi lain untuk edaran pada Februari 2011, yang boleh meningkat sehingga £5 juta untuk tiga atau empat tahun pertama.[8]

Edisi emas terhad produk SimplySiti bersertakan dengan tandatangannya telah dikeluarkan pada lewat bulan Ogos, terutamanya untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri[9] dan sebulan kemudian, koleksi baru dikenali sebagai “SimplySiti Glam Red” telah dilancarkan dengan lima warna baru untuk koleksi gincu bibir.[10]

Pada Februari 2012, SimplySiti memperkenalkan Dermagic yang mengkhususkan kepada rawatan kesihatan wajah. Dermagic ialah produk yang dicipta khas untuk pengguna merasai kecantikan tanpa stres, ia memiliki tiga bahan utama yang istimewa iaitu ‘Plant Endorphin, Korea Plant Stem Cells, dan Advanced Hydro Collagen’. Krim ini merupakan yang pertama seumpamanya dikeluarkan di negara ini yang mana ia menggunakan teknologi dari Korea.[11][12]

Pada 2014, SimplySiti melancarkan Koleksi Bronze dan mensasarkan peningkatan jualan sebanyak 10 peratus tahun ini, selain turut meningkatkan jualan produknya di pasaran tempatan selain menumpukan perhatian kepada jualan di Sabah dan Sarawak.[13]

2015–kini: Pertumbuhan dan pengembangan

Siti Nurhaliza membuat persembahan semasa jelajah promosi SimplySiti di The Spring, Kuching pada 6 Jun 2010.

Pada Jun 2015, SimplySiti menjalin hubungan kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) menerusi kempen membeli sambil menderma, SimplySiti Di Hati yang bertujuan mengumpul dana bagi membantu pembiayaan kanak-kanak kurang bernasib baik yang menghidapi penyakit jantung.[14] Kempen yang mula diadakan sejak 2012 itu dibuat tidak berasaskan keuntungan, sebaliknya bertanggungjawab memberi bantuan kewangan bagi membiayai kos perubatan pesakit jantung yang menerima rawatan di IJN.[14]

Pada 20 April 2016, SimplySiti bekerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) menerusi "Kempen Hope" untuk mewujudkan kesedaran mengenai pencegahan kanser serviks di kalangan wanita Malaysia. Kempen ini adalah satu usahasama antara SimplySiti, NCSM, Guardian Pharmacy dan KPJ Healthcare Berhad untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser serviks dan kaedah pencegahannya.[15]

Pada Mei 2016, SimplySiti mengumumkan bakal menembusi pasaran Indonesia selewat-lewatnya pada 2017.[16][17][18][19][20] Dalam temuramah bersama Sinar Harian, Siti berkata: "SimplySiti memang merancang untuk memasarkan produk kami ke luar negara tetapi banyak cabaran yang terpaksa dilalui. Kami perlu memilih rakan kongsi yang jujur dan mengkaji kehendak pelanggan di sana. Walaupun tidak mempunyai outlet di luar negara, kebanyakan pelanggan membelinya ketika berkunjung ke Malaysia. Pelanggan dari Singapura akan beli produk SimplySiti di Johor,"[16][21]

SimplySiti juga menyasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 500,000 unit setiap empat produk di bawah rangkaian penjagaan kulit bercahaya putih Luminous White yang baru dilancarkan dalam tempoh setahun.[22] Rangkaian penjagaan kulit terdiri daripada pencuci muka, toner, krim siang dan krim malam, berharga antara RM25.90 dan RM41.90 setiap satu.[22] Syarikat itu juga berhasrat untuk menjadikan Luminous White menjadi salah satu jenama penjagaan kulit pemutihan yang pertama di negara ini dalam tempoh tiga tahun akan datang.[22][23]

Kami akan meningkatkan usaha pemasaran kami dengan menyertai perayaan dan melibatkan diri dalam kerjasama dengan jenama lain untuk memastikan produk mudah diperolehi di pasaran,

Pada September 2016, SimplySiti mengikat perjanjian kerjasama bersama syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menerusi pengenalan dua produk edisi khas dan eksklusif.[24] Pengumuman kerjasama itu diadakan di satu majlis yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.[24] Dua produk keluarannya, Simply Elegant 2 Way Cake dan Simply Elegant Lip Gloss Duo edisi AirAsia merupakan produk eksklusif yang mula dijual dalam semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X pada harga RM60 dan harga promosi ialah RM54.[24][25][26][27]

Pesawat Airbus A320 AirAsia dengan panji "SimplySiti x. BigDutyFree.com".

Promosi

Siti terlibat dalam promosi produk termasuk kemunculan di dalam iklan televisyen produk dan menjelajah pusat membeli-belah seluruh Malaysia di mana beliau menyanyikan lagu tema produk SimplySiti, “Rahsiaku Kini Milikmu”.[5][28]

Produk

Sejak diasaskan pada 2010, SimplySiti telah menghasilkan pelbagai produk kosmetik dan kecantikan yang merangkumi tiga produk utama - Penjagaan kulit, solekan dan wangian. Berikut ialah senarai produk keluaran SimplySiti.[a]

Penjagaan kulit

  • Simply Action Make Up Powder
  • Clear Solution
  • Dermagic
  • White & Detox
  • Hidravita Treatment Cream
  • New Age+

Solekan

Solekan asas
  • Argan White Powder (asas)
  • Simply Elegant Two Way Cake (asas)
  • LA Collection D’Or Two Way Cake (asas)
  • Simply Elegant Compact Powder (bedak)
  • Simply Elegant Loose Powder (bedak)
  • Duo Blusher (blush)
  • Simply Elegant Blusher (blush)
  • LA Collection D’Or Shading Powder (blush)
Solekan mata
  • Multi Eye Colour (bayangan mata)
  • LA Collection D’Or 4 Eye Colour (bayangan mata)
  • Simply Elegant Liquid Eye Colour (penggaris mata)
  • Argan Wonder Mascara (maskara)
  • Simply Luscious Dual Mascara (maskara)
  • Argan Wonder Lipstick (bibir)
  • Simply Elegant Lipstick Absolute Matte (bibir)
  • Simply Elegant Ultra Moist (bibir)

Wangian

  • Miss EDT
  • Her EDP

Edisi khas

  • LA Collection D’Or

Lain-lain

  • CCDD
  • Clear Solution Simplify HD BB Cream
  • Dermagic Simplify HD BB Cream
  • New Age Repairing BB Cream

Anugerah dan penghargaan

Anugerah BOSS

Anugerah BOSS (BA) telah dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Muda ASEAN (MAAYE) untuk mengenali penghibur cemerlang dalam komuniti usahawan muda Malaysia dan ASEAN. Anugerah ini bertujuan untuk menggalakkan kecemerlangan, inovasi dan amalan terbaik dalam entiti perniagaan.[29]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016[30] SimplySiti People's Choice Awards Tercalon

Anugerah Halal Journal

Pertama kali dianjurkan pada 2006 oleh The Halal Journal, salah satu objektif utama anugerah ini ialah untuk memberikan sokongan kepada produk halal dan perkhidmatan dari seluruh dunia. Menjadi satu-satunya pemenang Malaysia, rangkaian kecantikan dan kosmetik beliau, SimplySiti merangkul kategori Produk Terbaik.[31]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010 [32] SimplySiti Produk Halal Terbaik Menang

Anugerah Halfest

Halal Fiest Malaysia atau lebih dikenali sebagai Halfest ialah pameran perdagangan lima hari tahunan yang pertama dilancarkan pada 2011 untuk mempromosikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)[33] yang menerima pensijilan Halal. Pada 2012, rangkaian kosmetik SimplySiti merangkul tempat kedua dalam kategori Pembungkusan Terbaik di Anugerah Halfest 2012.

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2012 [34] SimplySiti Pembungkusan Terbaik
Tempat Kedua

Anugerah Kecantikan Untukmu Cosmopolitan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010[35] SimplySiti Maskara Kalis Air Terbaik Menang

The BrandLaureate - SMEs Chapter Awards

Pada 11 Januari 2011, beliau menerima dua anugerah daripada The BrandLaureate - SMEs Chapter Awards, satu untuk produk SimplySiti beliau, untuk Jenama Harapan dan satu lagi untuk dirinya sendiri, yang pertama kali diperkenalkan pada 2011, The BrandLaureate Tun Dr. Siti Hasmah SME’s Women Of The Year 2010 yang disampaikan oleh Tun. Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun. Dr. Mahathir Mohamad.[36]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011[36][37] SimplySiti Jenama Harapan Menang
Dirinya sendiri The BrandLaureate Tun Dr. Siti Hasmah SME’s Women Of The Year Menang

UDC Business Awards

Pada 8 Oktober 2011, beliau menerima anugerah oleh UDC Business Awards (Universo De Comercio Business Awards) di bawah kategori “Produk Kosmetik Akan Datang Terbaik UDC” yang disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.[38]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011[38] SimplySiti Produk Kosmetik Akan Datang Terbaik UDC Menang

Watson’s Health, Wellness & Beauty Awards

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011[35] SimplySiti Pelancaran Produk Halal Terbaik Menang
BB-Cream Halal Terbaik Menang
Bedak Wajah Terbaik Menang
Pelancaran Jenama Eksklusif Terbaik Menang

Malaysia's Strongest Brand Awards

Malaysia’s Strongest Brands Award telah dianjurkan oleh Y & R (Young dan Rubicam) Malaysia, untuk mengiktiraf jenama yang kukuh di Malaysia di 10 kategori termasuk Automotif, Perbankan, Kecantikan, Makanan dan Minuman, Insurans, Industri Peruncitan dan Telekomunikasi. Para pemenang telah dipilih berdasarkan Kajian BrandAsset Valuator (BAV) Malaysia 2016, yang melihat merit dan pengumpulan data terperinci lebih 900 jenama di Malaysia.[39]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016[40] SimplySiti Malaysia’s Strongest Brands - BEAUTY Menang

Galeri

Catatan

  1. ^ Semua produk yang ditunjukkan di sini diperoleh daripada laman web SimplySiti.

Rujukan

  1. ^ Shazryn Mohd. Faizal (31 Mac 2010). "Siti bergelar ahli perniagaan". Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 2010-10-31.
  2. ^ a b c d e "Singer shares her beauty secrets with SimplySiti brand". New Straits Time Sunday. Digital Collections DC5: Text Archive. 16 Mei 2010. Dicapai pada 2010-10-31.
  3. ^ a b c d Shazryn Mohd. Faizal (9 April 2010). "SimplySiti bukti kesungguhan Siti". Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 2010-10-31.
  4. ^ Hartati Hassan Basri (9 Jun 2010). "Saya sendiri gunakannya". Harian Metro. Digital Collections DC5: Text Archive. Dicapai pada 2010-10-31.
  5. ^ a b c d "SimplySiti bukan lagi rahsia". Utusan Malaysia Online. 11 April 2010. Dicapai pada 2010-10-31.
  6. ^ "Siti Hampir Putus Asa Di Korea". mStar Online. 2 April 2010. Dicapai pada 2010-10-31.
  7. ^ "Rawatan untuk semua jenis kulit". Harian Metro. Digital Collections DC5: Text Archive. 20 Mei 2010. Dicapai pada 2010-11-06.
  8. ^ "Standard Soap is a hit with Malaysian superstar Siti". Thisisbusiness.co.uk. 27 Julai 2010. Dicapai pada 2010-10-31.
  9. ^ Budiey Isma (2 September 2010). "10 Fakta Menarik Projek Terbaru Siti Nurhaliza untuk SimplySiti". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2010-11-06.
  10. ^ "SimplySiti Muncul Dengan Gincu Rona Merah!". Murai.com.my. 1 Oktober 2010. Dicapai pada 2010-11-06.
  11. ^ "Siti kongsi keistimewaan Dermagic terbaru daripada SimplySiti". The Borneo Post. 12 Februari 2012. Dicapai pada 16 Mei 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  12. ^ Budiey (2 Februari 2012). "Hilangkan Stress Dengan Krim Dermagic SimplySiti". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 Mei 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  13. ^ Norshahzura Mat Zuki (19 Mei 2014). "SimplySiti fokus naikkan jualan 10 peratus". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Mei 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  14. ^ a b "SimplySiti bantu pesakit jantung". Sinar Harian. 4 Jun 2015. Dicapai pada 5 Jun 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  15. ^ Sabrina Aziz (21 April 2016). "SimplySiti "Hope Campaign" with National Cancer Society Malaysia". Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Dicapai pada 16 Mei 2017.
  16. ^ a b Norshahzura Mat Zuki (19 Mei 2016). "SimplySiti bakal ke Indonesia". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Mei 2017.
  17. ^ "SimplySiti to enter Indonesian market by H1 2017". Astro Awani. 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  18. ^ Vivienne Tay (8 September 2016). "Siti Nurhaliza's beauty brand set to debut on Indonesian soil". Marketing Interactive. Dicapai pada 14 Mei 2017.
  19. ^ "SimplySiti to enter Indonesian market next year". The Star Online. 5 September 2016. Dicapai pada 14 Mei 2017.
  20. ^ Berita Mediacorp (5 September 2016). "SimplySiti tembusi pasaran Indonesia pada separuh pertama 2017". Dicapai pada 14 Mei 2017.
  21. ^ "Produk Pencerahan Terbaru Daripada Siti Nurhaliza". Majalah Jelita. 19 Mei 2016. Dicapai pada 16 Mei 2017. Datuk Siti Nurhaliza telah melancarkan sistem pencerahan lengkap untuk kulit lebih cerah, berseri dan tona kulit sekata. Untuk Luminositi Menyeluruh!
  22. ^ a b c "SimplySiti aims to sell 2 million units of Luminous White in 1 year" [SimplySiti menyasarkan untuk menjual 2 juta unit Luminous White dalam tempoh 1 tahun]. Astro Awani. 20 Mei 2016. Dicapai pada 14 Mei 2017.
  23. ^ Elrafaei Sapi (6 September 2016). "SimplySiti Dalam 120 Penerbangan AirAsia Di Seluruh Dunia". Rojak Daily. Dicapai pada 16 Mei 2017.
  24. ^ a b c "Kolaborasi sulung SimplySiti, AirAsia". Utusan Malaysia. 10 September 2016. Dicapai pada 7 Mei 2017.
  25. ^ Nurhayati Abllah (10 September 2016). "Produk SimplySiti dalam penerbangan, portal AirAsia". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mei 2017.
  26. ^ Kapila Gohel (5 September 2016). "AirAsia BIG Duty Free partners SimplySiti for exclusive launch". DFNI Online. Dicapai pada 14 Mei 2017.
  27. ^ Yusliza Yakimir Abd. Talib (8 September 2016). "2 produk eksklusif di awan biru". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mei 2017.
  28. ^ "SimplySiti, kemunculan Siti Nurhaliza tarik lebih 2,000 pengunjung". Utusan Malaysia Online. 12 April 2010. Dicapai pada 2010-10-31.
  29. ^ "Applause". Malaysia Association of ASEAN Young Entrepreneurs. Dicapai pada 2016-10-20.
  30. ^ Siti Nurhaliza. "People's Choice Award at the BOSS Awards Malaysia 2016!". Dicapai pada 2016-10-20.
  31. ^ "Former Malaysian Prime Minister presents The Halal Journal Awards to the industry's top achievers". The Halal Journal. 29 Mei 2010. Dicapai pada 2010-09-02.
  32. ^ Mohd Al Qayum Aziz (29 Mei 2010). "SimplySiti Terima Anugerah Produk Halal Terbaik". Mstar Online. Dicapai pada 2010-04-06.
  33. ^ "Halfest sasar usahawan kecil". Harian Metro. 15 Ogos 2011. Dicapai pada 2012-10-19.
  34. ^ Muhammad Zulhilmi Daud (12 Oktober 2012). "Sultan Ahmad Shah". Bernama Images. Dicapai pada 2012-10-12.
  35. ^ a b Siti Nurhaliza (29 Oktober 2011). "Kagumi Foster". Berita Harian. Dicapai pada 2012-01-27.
  36. ^ a b SultanMuzaffar (12 Januari 2011). "Siti Nurhaliza Terima Pengiktirafan BrandLaureate". Gua.com.my. Dicapai pada 2011-01-13.
  37. ^ "Perodua ungguli anugerah jenama terbaik". Berita Harian Online. 12 Januari 2011. Dicapai pada 2011-01-13.
  38. ^ a b Ell (24 Oktober 2011). "Dato' Siti Nurhaliza & Hatta Dolmat Terima Anugerah Berprestij, 'UDC Business Award 2011′". OhBulan. Dicapai pada 2011-10-25.
  39. ^ S. Puspadevi (23 Julai 2016). "Consumers at the heart of branding". The Star Online. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 2016-08-10.
  40. ^ "Produk Kecantikan Siti Terus Dapat Pengiktirafan". mynewshub. Extra Media Network. Dicapai pada 2016-08-10.

Pautan luar