Zan Azlee: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 32: Baris 32:


==Kehidupan peribadi==
==Kehidupan peribadi==
Beliau berkahwin dengan penyampai berita [[ntv7]], Jasmine Abu Bakar dan dikurniakan dua cahayamata, Aizyl dan Athena.
Beliau berkahwin dengan penyampai berita [[ntv7]] (kini [[Astro Awani]]), Jasmine Abu Bakar dan dikurniakan dua cahayamata, Aizyl dan Athena.


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 16:02, 1 Mei 2019

Zan Azlee
Fail:Zan Azlee.jpg
Zan Azlee bersama komputer ribanya.
Kelahiran (1978-06-14) 14 Jun 1978 (umur 45)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanWartawan bebas, penulis, pensyarah, penerbit dan pengarah filem
PasanganJasmine Abu Bakar
Anak-anakAlethea Azlee
Athena Azlee

Zan Azlee (lahir 14 Jun 1978) ialah wartawan bebas, penulis, dan pensyarah Komunikasi Massa, serta juga penerbit dan pengarah filem di Malaysia.

Kerjaya

Seorang siswazah perakaunan, Zan telah memutuskan tidak akan mengejar kerjaya dalam bidang yang dipelajarinya itu sewaktu masih menjalani kursus tersebut. Pada awal 2000, beliau menyertai akhbar The Sun sebagai wartawan teknologi maklumat untuk NetLife, naskhah tambahan bagi akhbar itu.

Disebabkan Zan berminat akan bidang kewartawanan, beliau menyertai ijazah Sarjana dalam Kewartawanan Siaran lalu menyertai ntv7 bagi membuat liputan dalam gaya hidup teknologi maklumat. Zan kemudian tertarik kepada penerbitan dan pengarahan filem dokumentari sendiri. Dalam usaha ini, beliau mencapai kejayaan sewaktu sebilangan filemnya ditayangkan, bukan sahaja dalam pesta filem tempatan tetapi juga dalam pesta filem antarabangsa. Zan juga menjadi salah satu anggota pasukan perintis yang memulakan TV Cyberjaya, stesen televisyen internet yang pertama di Malaysia.

Zan kini merupakan perunding kandungan kepada True Sense Sdn. Bhd. serta pensyarah sambilan untuk kursus penyiaran dan Media Baharu di Kolej Universiti HELP. Antara buku yang ditulisnya termasuk Best Way to: A Guide to Effective Internet Use yang diterbitkan oleh GoodBasic Media Sdn. Bhd., Petaling Jaya pada 2006.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan penyampai berita ntv7 (kini Astro Awani), Jasmine Abu Bakar dan dikurniakan dua cahayamata, Aizyl dan Athena.

Rujukan

  • Zan Azlee. Best Way to: A Guide to Effective Internet Use (2006). GoodBasic Media Sdn. Bhd. ISBN 983-2992-03-6