Langit Tidak Selalu Cerah: Perbezaan antara semakan
Lynn Sweetie (bincang | sumb.) Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Lynn Sweetie (bincang | sumb.) →Pencapaian: Tambah info Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 53: | Baris 53: | ||
==Pencapaian== |
==Pencapaian== |
||
* '''Pelakon Kanak-Kanak Terbaik''' dimenangi oleh [[Norasnizah Zaidi]] di dalam [[Festival Filem Malaysia ke-2]] (FFM2) |
* '''Pelakon Kanak-Kanak Terbaik''' dimenangi oleh [[Norasnizah Zaidi]] di dalam [[Festival Filem Malaysia ke-2]] (FFM2) |
||
* [[Pelakon |
* [[Pelakon Wanita Terbaik (FFM)|Pelakon Wanita Terbaik]] di FFM2: Calon unggulan- [[Uji Rashid]]; watak antagonis utama, mungkin satu-satunya yang berbeza pernah didukung Uji berbanding filem-filemnya yang lain |
||
* [[Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM)|Pelakon Pembantu Wanita Terbaik]] di FFM2: tercalon sebagai Calon unggulan- [[Noreen Bahrom]]; watak gadis yang terpedaya dengan pujukan manis seorang "bapa ayam" |
|||
==Lihat juga== |
==Lihat juga== |
Semakan pada 15:05, 10 Mei 2019
Langit Tidak Selalu Cerah | |
---|---|
Pengarah | S. Sudarmaji |
Penulis | S. Sudarmaji |
Dihasilkan oleh | Gala Filem |
Dibintangi | Mokhtaruddin, Uji Rashid, Maria Arshad, Norasnizah Zaidi |
Disunting oleh | Johari Ibrahim |
Muzik oleh | Ahmad Shariff |
Tarikh tayangan | 1981 |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Langit Tidak Selalu Cerah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1981. Filem Langit Tidak Selalu Cerah diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Filem Langit Tidak Selalu Cerah mula ditayangkan pada 1981 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Mokhtaruddin, Uji Rashid dan ramai lagi.
Pengarah
Filem Langit Tidak Selalu Cerah diarah oleh pengarah S. Sudarmaji pada 1981.
Ringkasan
Seorang isteri, Huzaimah yang tergila-gilakan pangkat dan kemewahan sanggup meninggalkan suaminya yang hidup sederhana dan anak mereka yang masih kecil. Dia menggunakan bakat seninya untuk mencapai impiannya dan berjaya mengecapinya dengan bantuan dan dorongan dari Armali dan rakan-rakannya yang lain. Tetapi dia telah diperdaya oleh Jeff yang menabur kata-kata manis. Kerjaya sebagai penyanyi sudah berakhir dan kini dia terjebak pula ke lembah pelacuran. Setelah ditinggalkan oleh Jeff yang dianggapnya sebagai kekasih itu, dia mula sedar kesilapannya lalu cuba pulang ke pangkal jalan. Langkah pertamanya ialah mencari suami dan anak yang ditinggalkannya dahulu. Tetapi sayangnya, dia telah disahkan menghidap penyakit HIV. Sementara itu, Amran dan Murni telah memulakan hidup baharu dengan Rohana dan Mak Mah dengan mengusahakan gerai makanan di kampung. Walaupun Huzaimah telah berjumpa dengan Amran dan Murni namun semuanya telah terlambat pintu hati Amran telah tertutup rapat untuk memberi kemaafan terhadap Huzaimah. Selepas Huzaimah menyelamatkan Murni dari jatuh ke dalam gaung. Baharulah Amran memaafkan Huzaimah setelah dipujuk oleh Rohana. Huzaimah sempat bertaubat dan mungkin dia sembuh dari penyakitnya.
Pelakon
- Mokhtaruddin sebagai Amran
- Uji Rashid sebagai Huzaimah / Erma
- Ruminah Sidek sebagai Mak Mah
- Maria Arshad sebagai Rohana
- HM Busra sebagai Abang Usop
- Ali Rahman
- Mozaid sebagai Jeff
- Noorizan Mohd. Noor
- N S Sulaiman
- Norasnizah Zaidi sebagai Murni
- Sharif Babu sebagai tuan rumah
Lagu
- Ulek Mayang nyanyian oleh Uji Rashid
- "Langit Tidak Selalu Cerah" nyanyian Uji Rashid
- "Penghibur Lara" nyanyian Uji Rashid
Pencapaian
- Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dimenangi oleh Norasnizah Zaidi di dalam Festival Filem Malaysia ke-2 (FFM2)
- Pelakon Wanita Terbaik di FFM2: Calon unggulan- Uji Rashid; watak antagonis utama, mungkin satu-satunya yang berbeza pernah didukung Uji berbanding filem-filemnya yang lain
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM2: tercalon sebagai Calon unggulan- Noreen Bahrom; watak gadis yang terpedaya dengan pujukan manis seorang "bapa ayam"
Lihat juga
Pautan luar
- Langit Tidak Selalu Cerah di Filem Kita