Cinta Qaseh: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Baris 17: Baris 17:
* [[Adi Putra]]
* [[Adi Putra]]

| opentheme = "Cinta Qasih" oleh Nubhan dan [[Mila Jirin]]
| opentheme = "Cinta Qasih" oleh [[Ahmad Nubhan Ahamad|Nubhan]] dan [[Mila Jirin]]
| endtheme = "Cinta Qasih" oleh Nubhan dan [[Mila Jirin]]
| endtheme = "Cinta Qasih" oleh Nubhan dan Mila Jirin
| executive_producer = Fazidah Harun
| executive_producer = Fazidah Harun
| producer = Mohd Feroz Abd Kader
Mohd Rafiq Abd Kader
Mohd Iskandar Abd Kader
Abdul Kalam Pakkir Mohamed
| producer = Mohd Feroz Abd Kader
Mohd Rafiq Abd Kader
Mohd Iskandar Abd Kader
Abdul Kalam Pakkir Mohamed

Semakan pada 03:57, 14 Mei 2019

Cinta Qaseh
GenreDrama
PenciptaSalwana Sawi (idea asal)
Ditulis oleh
• Salwana Sawi
• Lee Chonz
• Chinta Nadeesha
PengarahMohd Feroz Abd Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cinta Qasih" oleh Nubhan dan Mila Jirin
Lagu penutup"Cinta Qasih" oleh Nubhan dan Mila Jirin
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifFazidah Harun
PenerbitMohd Feroz Abd Kader
Mohd Rafiq Abd Kader
Mohd Iskandar Abd Kader
Abdul Kalam Pakkir Mohamed
Tempoh siaran40–42 minit
Syarikat penerbitan
Neon Entertainment
Era Edar Niaga
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal1 Januari 2013 – 2 April 2013
Kronologi
MengikutiMimpi Cinderella
Diikuti olehKisah Cinta

Cinta Qaseh merupakan siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Mohd Feroz Abd Kader. Dibintangi oleh Wawa Zainal, Shahz Jaszle, Elfaeza Ul Haq dan Adi Putra, siri ini bersiaran di Slot Lestary TV3 dari 1 Januari sehingga 2 April 2013 menggantikan Mimpi Cinderella.[1]

Sinopsis

Arash, seorang pelajar jurusan fotografi telah jatuh cinta pandang pertama dengan Qaseh ketika sedang asyik merakam gambar di sekitar Taj Mahal, Agra, India. Ketika itu, Qaseh, seorang pelajar jurusan perubatan sedang bercuti bersama rakan baiknya, Airin. Takdir telah menemukan mereka berulang kali bermula dengan insiden Arash merakam gambar Qaseh tanpa izin sehinggalah insiden kameranya dirampas oleh Qaseh. Namun, insiden inilah hubungan persahabatan mereka bertiga terjalin. Di Agra, mereka bertiga sering menghabiskan masa bersama. Lama-kelamaan, timbul rasa sayang dalam hati Qaseh terhadap Arash.

Disangka panas hingga ke petang, tapi hujan di tengahari. Arash dan Qaseh terpaksa berpisah sebelum mereka berdua sempat meluahkan perasaan. Arash telah pulang ke Malaysia dan meninggalkan Qaseh tanpa sepatah kata. Tindakan Arash membuatkan Qaseh kecewa malah Airin yang menyimpan perasaan terhadap Arash juga terasa tempiasnya. Selepas setahun, Qaseh kini menjadi doktor pelatih dan bakal disatukan dengan jejaka pilihan keluarganya Wahyu. Wahyu menyambut baik cadangan keluarganya tetapi Qaseh pula sebaliknya. Wahyu yang merupakan pelajar sambilan master ketika itu turut diminati oleh pensyarahnya, Maria, iaitu janda yang mempunyai seorang anak. Sikap Wahyu yang tenang membuatkan Maria jatuh cinta.

Arash terlibat dalam kemalangan dan dikejarkan ke hospital yang Qaseh bekerja. Arash berada dalam keadaan koma. Perasaan Qaseh mula berbelah bagi kerana jauh di sudut hatinya, dia masih sayangkan Arash. Kehadiran Arash turut memberi kesan kepada Airin yang juga merupakan doktor pelatih di hospital yang sama. Kali ini dia nekad untuk mendapatkan cinta Arash. Akhirnya, pernikahan tetap diteruskan tanpa kerelaan Qaseh. Sejurus selepas lafaz nikah diakadkan, Arash mula sedar dari koma. Qaseh segera ke hospital sebaik sahaja mendapat tahu akan hal tersebut.

Arash tidak menyangka yang dia akan bertemu semula dengan Qaseh. Dia bersyukur kerana pencariannya selama ini telah tamat dan berazam untuk tidak melepaskan Qaseh buat kali kedua. Semenjak itu, Arash dan Qaseh kembali rapat. Hubungan Arash dan Qaseh akhirnya dapat dihidu oleh Wahyu.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Rujukan

1. ^ Sinopsis Drama Cinta Qaseh Sensasi Selebriti (14 Januari 2013). Dicapai pada 14 Mei 2013.

Pautan luar