Frederik Willem de Klerk: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k Bot: Memperbetulkan pelencongan berganda ke F. W. de Klerk
Teg: Sasaran lencongan diubah
Removed redirect to F. W. de Klerk
Baris 1: Baris 1:

#LENCONG [[F. W. de Klerk]]
'''Frederik Willem de Klerk''' (lahir pada [[18 Mac]], [[1936]]) merupakan Presiden kulit putih yang terakhir di [[Afrika Selatan]]. Beliau berkhidmat sebagai Presiden dari September 1989 hingga May 1994, dan memimpin [[Parti Kebangsaan]] atau National Party Afrika Selatan (kemudiannya dikenali sebagai Parti Kebangsaan Baru Afrika Selatan) dari Februari 1989 hingga September 1997.

De Klerk terkenal di dalam sejarah antarabangsa sebagai pemimpin yang berjaya mengakhiri era [[aparteid]], suatu dasar perkauman di Afrika Selatan yang menindas kaum majoriti kulit hitam. Dia juga telah mengubah sistem [[pentadbiran]] negara dari sebuah regim kuku besi ke sistem [[demokrasi]], dimana penduduk kulit hitam (yang melebihi 90% penduduk Afrika Selatan) diberikan hak mengundi.

== Sejarah awal ==
Lahir di [[Johannesburg]], De Klerk adalah anak kepada bekas Senator, Jan de Klerk dan anak saudara [[J.G. Strijdom]] [[Perdana Menteri]] Afrika Selatan antara 1954 dan 1958.

Selepas menamatkan pendidikan tingginya di Krugersdorp, De Klerk mendapat ijazah sarjana mudanya dalam bidang perniagaan dan kemudiannya dalam bidang [[undang-undang]] pada tahun 1958 dari [[Universiti Potchefstroom]] . Pada tahun 1969 dia berkahwin dengan Marike Willemse, dan kemudiannya dianugerahi dengan tiga cahaya mata, dua anak lelaki dan dan seorang anak perempuan.

== Penglibatan politik ==
De Klerk yang lebih dikenali sebagai "F.W." telah menjadi ahli [[kabinet]] pada [[1978]]. Pada [[1982]], dia menjadi pemimpin Parti Kebangsaan untuk daerah [[Transvaal]]. Selepas kerjaya politik yang agak lama, beliau mengetuai kumpulan ''verligte'' ("bercahaya") dalam parti [[kerajaan]] pada tahun [[1989]]. Hasilnya, pada Februari 1989 dia dilantik ketua Parti Kebangsaan dan menggantikan [[P.W. Botha]] sebagai Presiden apabila Botha terpaksa meletak jawatan setelah diserang penyakit [[angin ahmar]].

== Ke arah demokrasi ==

Tindakan beliau menarik balik pengharaman ke atas [[Kongres Kebangsaan Afrika]] dan organisasi kaum kulit hitam yang lain pada Februari 1990 merupakan titik permulaan perundingan yang menuju kearah berakhirnya [[Aparteid]] dan pentadbiran minoriti kulit putih. Pada 10 Februari tahun yang sama, de Klerk mengumumkan pembebasan [[Nelson Mandela]] pada hari yang berikutnya. Kedua-dua De Klerk serta Mandela kemudiannya dianugerahkan dengan [[Hadiah Nobel]] untuk keamanan pada 1993 atas usaha gigih mereka menamatkan regim aparteid secara aman dan meletakkan asas yang kukuh bagi membina Afrika Selatan baru yang demokratik.

Pada April 1994, [[pilihan raya]] semua bangsa yang pertama telah diadakan dan Mandela telah dipilih dengan majoriti yang besar. De Klerk pula telah menyandang jawatan naib presiden selama dua tahun. Pada 1997, beliau telah meletak jawatan supaya Parti Kebangsaan tidak lagi dikaitkan dengan polisinya yang lampau.

Penceraiannya dengan isterinya, Marike pada Oktober 1998 dan perkahwinan semula dengan Elita Georgiades telah mencetuskan skandal di [[Afrika Selatan]]. Negara juga dikejutkan dengan pembunuhan bekas isterinya semasa suatu perompakan, ditangan seorang pengawal keselamatan.

Pada 2004, de Klerk telah keluar dari parti Parti Kebangsaan Baru setelah parti tersebut mengumumkan penggabungan dengan parti kerajaan ANC.

<table width = 75% border = 2 align="center"><tr><td width = 35% align="center">
Didahalui oleh:<br />'''[[P.W. Botha]]'''<br /> (Presiden Negara Afrika Selatan)</td>
<td width = 30% align="center">'''Presiden Negara Afrika Selatan ke-9'''</td>
<td width = 35% align="center">
Digantikan oleh:<br />'''[[Nelson Mandela]]'''<br /> </td></tr></table>

[[Kategori:Ahli politik Afrika Selatan]]
[[Kategori:Orang hidup]]
[[Kategori:Kelahiran 1936]]

Semakan pada 14:16, 21 Mei 2019

Frederik Willem de Klerk (lahir pada 18 Mac, 1936) merupakan Presiden kulit putih yang terakhir di Afrika Selatan. Beliau berkhidmat sebagai Presiden dari September 1989 hingga May 1994, dan memimpin Parti Kebangsaan atau National Party Afrika Selatan (kemudiannya dikenali sebagai Parti Kebangsaan Baru Afrika Selatan) dari Februari 1989 hingga September 1997.

De Klerk terkenal di dalam sejarah antarabangsa sebagai pemimpin yang berjaya mengakhiri era aparteid, suatu dasar perkauman di Afrika Selatan yang menindas kaum majoriti kulit hitam. Dia juga telah mengubah sistem pentadbiran negara dari sebuah regim kuku besi ke sistem demokrasi, dimana penduduk kulit hitam (yang melebihi 90% penduduk Afrika Selatan) diberikan hak mengundi.

Sejarah awal

Lahir di Johannesburg, De Klerk adalah anak kepada bekas Senator, Jan de Klerk dan anak saudara J.G. Strijdom Perdana Menteri Afrika Selatan antara 1954 dan 1958.

Selepas menamatkan pendidikan tingginya di Krugersdorp, De Klerk mendapat ijazah sarjana mudanya dalam bidang perniagaan dan kemudiannya dalam bidang undang-undang pada tahun 1958 dari Universiti Potchefstroom . Pada tahun 1969 dia berkahwin dengan Marike Willemse, dan kemudiannya dianugerahi dengan tiga cahaya mata, dua anak lelaki dan dan seorang anak perempuan.

Penglibatan politik

De Klerk yang lebih dikenali sebagai "F.W." telah menjadi ahli kabinet pada 1978. Pada 1982, dia menjadi pemimpin Parti Kebangsaan untuk daerah Transvaal. Selepas kerjaya politik yang agak lama, beliau mengetuai kumpulan verligte ("bercahaya") dalam parti kerajaan pada tahun 1989. Hasilnya, pada Februari 1989 dia dilantik ketua Parti Kebangsaan dan menggantikan P.W. Botha sebagai Presiden apabila Botha terpaksa meletak jawatan setelah diserang penyakit angin ahmar.

Ke arah demokrasi

Tindakan beliau menarik balik pengharaman ke atas Kongres Kebangsaan Afrika dan organisasi kaum kulit hitam yang lain pada Februari 1990 merupakan titik permulaan perundingan yang menuju kearah berakhirnya Aparteid dan pentadbiran minoriti kulit putih. Pada 10 Februari tahun yang sama, de Klerk mengumumkan pembebasan Nelson Mandela pada hari yang berikutnya. Kedua-dua De Klerk serta Mandela kemudiannya dianugerahkan dengan Hadiah Nobel untuk keamanan pada 1993 atas usaha gigih mereka menamatkan regim aparteid secara aman dan meletakkan asas yang kukuh bagi membina Afrika Selatan baru yang demokratik.

Pada April 1994, pilihan raya semua bangsa yang pertama telah diadakan dan Mandela telah dipilih dengan majoriti yang besar. De Klerk pula telah menyandang jawatan naib presiden selama dua tahun. Pada 1997, beliau telah meletak jawatan supaya Parti Kebangsaan tidak lagi dikaitkan dengan polisinya yang lampau.

Penceraiannya dengan isterinya, Marike pada Oktober 1998 dan perkahwinan semula dengan Elita Georgiades telah mencetuskan skandal di Afrika Selatan. Negara juga dikejutkan dengan pembunuhan bekas isterinya semasa suatu perompakan, ditangan seorang pengawal keselamatan.

Pada 2004, de Klerk telah keluar dari parti Parti Kebangsaan Baru setelah parti tersebut mengumumkan penggabungan dengan parti kerajaan ANC.

Didahalui oleh:
P.W. Botha
(Presiden Negara Afrika Selatan)
Presiden Negara Afrika Selatan ke-9 Digantikan oleh:
Nelson Mandela