Tuk-tuk: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Laman baru: thumb|Pengusaha tuk-tuk menunggu penumpang di Bangkok '''Tuk-tuk''' (Thai: ตุ๊กตุ๊ก or ตุ๊กๆ, [[Huruf Fonetik An...
 
Hezery99 (bincang | sumb.)
Baris 14: Baris 14:
==Media==
==Media==
{{multi-video start}}
{{multi-video start}}
{{multi-video item|filename=TukTuk.ogg|title=Pandangan dari belakang tuk-tuk di Thailand|description=Klip video pendek menunjukkan pandangan dari belakang tuk-tuk, dipetik daripada [http://www.ianandwendy.com/OtherTrips/ThailandMalaysia/Thailand/index.htm here].}}
{{multi-video item|filename=TukTuk.ogg|title=Pandangan dari belakang tuk-tuk di Thailand|description=Klip video pendek menunjukkan pandangan dari belakang tuk-tuk, dipetik daripada [http://www.ianandwendy.com/OtherTrips/ThailandMalaysia/Thailand/index.htm sini].}}
{{multi-video end}}
{{multi-video end}}



Semakan pada 07:43, 25 Januari 2008

Pengusaha tuk-tuk menunggu penumpang di Bangkok

Tuk-tuk (Thai: ตุ๊กตุ๊ก or ตุ๊กๆ, IPA: /ˈðʊkˈðʊk/), juga dikenali sebagai beca berenjin adalah sejenis pengangkutan awam beroda tiga yang digunakan secara meluas serta popular di Asia Selatan serta beberapa negara di Asia Tenggaran. Ia popular di beberapa bandar raya yang mengalami masalah kesesakan jalan raya yang teruk, seperti di Bangkok.

Binaan dan kegunaan

Tuk-tuk biasanya dibuat daripada keluli ditekan di mana rangkanya juga berperanan sebagai badan utama serta beroda tiga. Tempat duduk hadapan hanya memuatkan kerusi pemandu sahaja manakala tempat duduk belakang boleh memuatkan sekurang-kurangnya tiga penumpang. Lazimnya, tuk-tuk dibina berasaskan model-model Piaggio Ape atau Daihatsu Midget. Kini, Bajaj Auto dari India adalah syarikat pengeluar tuk-tuk terbesar di dunia.

Fail:PICT2817.JPG
Pengusaha tuk-tuk di Kemboja.

Tuk-tuk digerakkan dengan enjin kecil berkuasa rendah, dahulunya enjin dua lejang tetapi kini kebanyakannya menggunakan enjin empat lejang. Disebabkan saiz dan kuasa enjin yang rendah, nisbah penurunan keseluruhan yang digunakan adalah besar bagi membolehkan enjin yang kecil untuk mengangkut ramai penumpang; oleh itu, kelajuan maksimum bagi tuk-tuk adalah rendah.

Enjin tuk-tuk juga boleh diubahsuai untuk membolehkannya menggunakan gas asli sebagai mana yang diwajibkan di India.

Selain kenderaan beroda tiga yang dibina khusus, tuk-tuk juga boleh dihasilkan dengan memasang badan beca pada bahagian belakang motosikal.

Media

Pautan luar

Templat:Commons2