Johor Bahru: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 83: Baris 83:
[[Lapangan Terbang Antarabangsa Senai]] ditempatkan di bahagian barat laut kawasan metropolitan dan memberi perkhidmatan kepada [[sistem penerbangan nasional]] dan wilayah. [[Pelabuhan Tanjung Pelepas]], yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan, ialah pusat pemindahan yang terbesar di Malaysia, sedangkan [[Pelabuhan Pasir Gudang]] di bahagian timur merupakan salah satu pelabuhan [[komoditi]] yang utama di Malaysia disebabkan Johor Bahru dilingkari ladang-ladang yang besar.
[[Lapangan Terbang Antarabangsa Senai]] ditempatkan di bahagian barat laut kawasan metropolitan dan memberi perkhidmatan kepada [[sistem penerbangan nasional]] dan wilayah. [[Pelabuhan Tanjung Pelepas]], yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan, ialah pusat pemindahan yang terbesar di Malaysia, sedangkan [[Pelabuhan Pasir Gudang]] di bahagian timur merupakan salah satu pelabuhan [[komoditi]] yang utama di Malaysia disebabkan Johor Bahru dilingkari ladang-ladang yang besar.


Serentak dengan pembangunan pesat dan pertambahan penduduk, Kerajaan Negeri sedang membina sebuah sistem [[monorail]] yang dikenali sebagai JB monorail. Ia akan menghubungkan Kompleks Imigresen dan Kastam, Tebrau, [[Skudai]], [[Senai]], dan berakhir di [[Nusajaya]].
Serentak dengan pembangunan pesat dan pertambahan penduduk, Kerajaan Negeri sedang membina sebuah sistem [[monorail]] yang dikenali sebagai [[JB monorail]]. Projek fasa satu akan menghubungkan Kompleks Imigresen dan Kastam dengan AEON [[Tebrau]] City di [[Pandan]]. Manakala fasa kedua masih dalam perancangan.


==Penyiaran==
==Penyiaran==

Semakan pada 09:17, 25 Januari 2008

جوهر بهارو
Johor Bahru
frames
frames
frames
frames
Lambang Bandaraya Logo
frames
Daerah Daerah Metropolitan Johor Bahru
Luas Daerah 185 km²
Jumlah Penduduk:
  • Bandaraya
  • Daerah Metropolitan
Pada tahun 2007:
  • Melebihi 800,000
  • 1,600,000

Zon waktu UTC+8
Penduduk Melayu, Cina, India dll.
Garis lintang dan garis bujur 1°29′U, 103°44′T

Johor Bahru (juga dieja sebagai Johor Baru dan Johore Bahru, dan biasanya disingkatkan menjadi JB) ialah nama ibu negeri Johor dan juga nama daerah metropolitan yang terletaknya di selatan Semenanjung Malaysia. Sebagai bandaraya, ia merupakan yang kedua terbesar dalam negara, iaitu selepas Kuala Lumpur.

Dengan jumlah penduduk melebihi 800,000 di kawasan bandaraya (menjangkau 1 juta pada 2010) dan lebih kurang 1.6 juta di daerah metropolitan, Johor Bahru merupakan satu pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun berkunjung melalui negara Singapura. Walaubagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.


Geografi

Terletaknya di 1°29'U 103°44'T, bandaraya Johor Bahru bertempat di pinggir Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia daripada Singapura. Luas sebanyak 185 km², daerah metropolitan Johor Bahru menduduki tanah pantai yang mengandungi paya dan sistem kesungaian yang penting seperti Sungai Johor, Sungai Pulai dan Sungai Tebrau.

Sejarah

Fail:Jbskyline.jpg
Pemandangan Johor Bahru dari pantai Singapura

Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru, diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampung perikanan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai "Johor Bahru" sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaannya dari Teluk Belanga di Singapura.

Sultan Abu Bakar berketurunan daripada Temenggong Abdul Rahman, seorang ketua tempatan yang telah menandatangani perjanjian penyewaan pulau Singapura dengan Sir Stamford Raffles dari pihak British pada tahun 1819. Sebahagian besar daripada kemakmuran Johor pada hari kini boleh dikesan secara langsung kepada kejayaan Sultan Abu Bakar memujukkan pengusaha-pengusaha British dan Cina untuk melaburkan dalam bidang pertanian di kawasan baginda. Sultan Abu Bakar menunjukkan kecenderungan yang tergiat dalam perancangan bandar kerajaannya. Oleh sebab itu, banyak daripada bandaraya pada hari kini mempunyai nama dan tanda-tanda baginda, seumpamanya Muzium Sultan Abu Bakar dan Masjid Sultan Abu Bakar.

Fail:MasjidAbuInJohorBahruBakar.jpg
Masjid Sultan Abu Bakar

Johor Bahru telah menyaksikan beberapa peristiwa kesejarahan negara terutamanya penubuhan UMNO (United Malays National Organisation), sebuah parti politik yang terbesar di Malaysia, pada tahun 1946. Sejak merdeka, Johor Bahru telah mengalami kemajuan yang amat pesat dibawah pemerintahan kerajaan pusat Malaysia.

Pada 1 Januari 1994, Johor Bahru diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya, yang mana Dato Hashim Yahya menjadi Datuk Bandar yang pertama.

Kerajaan daerah

Daerah metropolitan Johor Bahru dibahagikan dan diuruskan oleh majlis-majlis tempatan yang berikut:

Pada September 2005, kerajaan pusat telah mengumumkan penubuhan Wilayah Pembangunan Iskandar untuk menyeleraskan perancangan dan pembangunan kawasan tersebut. Perbadanan ini dikerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman.

Ekonomi

Sebagai salah satu daripada dua pusat bandaraya yang utama di Semenanjung Malaysia (selain daripada Kuala Lumpur), Johor Bahru adalah pusat perindustrian, logistik dan perdagangan yang penting. Industri-industri utamanya termasuk kilang-kilang elektronik, kilang-kilang membina kapal, dan juga kilang-kilang penapis bahan sumber semulajadi dan bahan kimia daripada petroleum.

Johor Bahru biasanya dianggap sebagai sebuah kawasan pedalaman kepada negara Singapura, seperti Shenzhen kepada Hong Kong. Terdapatnya banyak syarikat hakmilik orang Singapura dan juga pelancong-pelancong yang masuk ke Johor Bahru melalui Singapura. Johor Bahru mempunyai banyak kompleks membeli-belah yang melayankan orang-orang Singapura yang melawati untuk membeli barang-barang dan menghiburkan diri, disebabkan nilai mata wang Singapura yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, bidang jualan runcit adalah amat maju di Johor Bahru bagi sebuah bandaraya sesama saiznya. Kawasan utama membeli-belah terletaknya di kawasan bandaraya, dengan beberapa hipermarket yang ditempatkan di luar bandar.

Kawasan perindustrian berat ialah Pasir Gudang dan Tanjung Langsat, yang terletaknya di kawasan metropolitan timur. Ia mengandungi kelompok kilang penapis, kilang memproses kimia, dan kilang membina kapal. Kawasan perindustrian ringan dan sederhana khususnya terletak di Tebrau, Tampoi, Senai, Skudai dan Kulai, iaitu di daerah metropolitan utara dan barat laut.

Ekonomi Johor Bahru amat bergantung kepada negara Singapura. Berpuluh-puluh ribu orang daripada Johor Bahru melintasi tambak untuk bekerja di Singapura oleh kerana gaji yang lebih lumayan, sebahagiannya disebabkan kadar pertukaran matawang (pada tahun 2005, sedolar Singapura bernilai dua ringgit). Tambahan lagi, ramai orang Singapura juga melawati Johor Bahru untuk membeli-belah kerana harga barangan yang lebih murah. Oleh sebab itu, Johor Bahru sentiasa mengalami kesan-kesan sampingan seperti suami dengan isteri, setiap kali terdapatnya susulan ekonomi di Singapura.

Pengangkutan

Daerah Sentral Johor Bahru di bahagian hujung selatan kawasan metropolitan mempunyai dua lebuhraya utama yang menghubungkannya dengan kawasan luar bandar, iaitu:

Lebuhraya Pasir Gudang dan Parkway Johor Bahru melintas Lebuhraya Tebrau dan Lebuhraya TAR di separuh jalan dan merupakan Jalan Lingkar Pertengahan kawasan metropolitan. Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru membantu dalam pengawalan trafik di Daerah Sentral dan sekelilingnya. Kemasukan ke sistem lebuhraya nasional boleh dibuat melalui Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dengan jalan masuk dan keluar ditempatkan secara strategik di dalam kawasan metropolitan. Tambahan juga, tambak Johor Bahru yang dilengkapkan dengan landasan keretapi dan lebuhraya enam lorong menyambungkan Daerah Sentral dengan negara Singapura. Link Kedua yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan telah dibina pada tahun 1997 untuk mengatasi kesesakan tambak. Ia menyambungkan secara langsung dengan Parkway Johor Bahru dan PLUS. Mulai Mac 2008, kerja-kerja pembinaan lebuhraya baru iaitu Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (JB EDL) akan dimulakan. Lebuhraya tersebut akan dapat megurangkan masalah kesesakan lalulintas di Lebuhraya Tebrau.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ditempatkan di bahagian barat laut kawasan metropolitan dan memberi perkhidmatan kepada sistem penerbangan nasional dan wilayah. Pelabuhan Tanjung Pelepas, yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan, ialah pusat pemindahan yang terbesar di Malaysia, sedangkan Pelabuhan Pasir Gudang di bahagian timur merupakan salah satu pelabuhan komoditi yang utama di Malaysia disebabkan Johor Bahru dilingkari ladang-ladang yang besar.

Serentak dengan pembangunan pesat dan pertambahan penduduk, Kerajaan Negeri sedang membina sebuah sistem monorail yang dikenali sebagai JB monorail. Projek fasa satu akan menghubungkan Kompleks Imigresen dan Kastam dengan AEON Tebrau City di Pandan. Manakala fasa kedua masih dalam perancangan.

Penyiaran

Johor Bahru mempunyai tiga stesen radio. Best 104 merupakan stesen radio swasta yang pertama di Malaysia. Johor FM ialah stesen radio wilayah hakmilik kerajaaan, sedangkan FMJB adalah stesen radio kerajaan bagi kawasan Johor Bahru sahaja.

Pautan luar

Templat:Link FA