Tayangan Unggul: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 31: Baris 31:


==Sejarah==
==Sejarah==
Ditubuhkan pada November 1996, sebagai unit hiburan [[Astro Ria]] Tayangan Unggul berperanan untuk menerajui bidang penerbitan dan pengedaran [[filem]]. Sebagai anak syarikat [[Astro All Asia Networks plc|Astro All Asia Networks plc]], Biarpun ketika itu masih baru sebagai pemain dalam industri perfileman Malaysia, Tayangan Unggul sendiri menjadi pesaing utama kepada syarikat filem utama seperti Nusana, [[Astro Shaw]] dan Lineclear Motion Pictures Tayangan Unggul mempunyai misi menjadi pengeluar filem dengan jaminan kualiti dan menjana pulangan yang baik dalam membantu perkembangan industri perfileman Malaysia,
Ditubuhkan pada November 1996, sebagai unit hiburan [[Astro Ria]] Tayangan Unggul berperanan untuk menerajui bidang penerbitan dan pengedaran [[filem]]. Sebagai anak syarikat [[Astro All Asia Networks plc|Astro All Asia Networks plc]], Biarpun ketika itu masih baru sebagai pemain dalam industri perfileman Malaysia, Tayangan Unggul sendiri menjadi pesaing utama kepada syarikat filem utama seperti [[Astro Shaw]] dan Lineclear Motion Pictures Tayangan Unggul mempunyai misi menjadi pengeluar filem dengan jaminan kualiti dan menjana pulangan yang baik dalam membantu perkembangan industri perfileman Malaysia,


Bagi merealisasikan objektif syarikat, Tayangan Unggul memegang 3 objektif utama dalam pengeluaran dan penerbitan filem. Pertama, mempelbagaikan [[genre]] filem dalam memenuhi citarasa dan kehendak khalayak penonton arus perdana. Kedua, mementingkan gandingan pengarah, artis dan tenaga kerja baru dan lama untuk mewujudkan pelapis dalam industri masa hadapan. Ketiga, menjalin kerjasama dan sokongan dengan para karyawan, agensi kerajaan serta luar negara bagi tujuan memartabatkan industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.
Bagi merealisasikan objektif syarikat, Tayangan Unggul memegang 3 objektif utama dalam pengeluaran dan penerbitan filem. Pertama, mempelbagaikan [[genre]] filem dalam memenuhi citarasa dan kehendak khalayak penonton arus perdana. Kedua, mementingkan gandingan pengarah, artis dan tenaga kerja baru dan lama untuk mewujudkan pelapis dalam industri masa hadapan. Ketiga, menjalin kerjasama dan sokongan dengan para karyawan, agensi kerajaan serta luar negara bagi tujuan memartabatkan industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.

Semakan pada 08:56, 24 Jun 2019

Tayangan Unggul Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriFilem
DitubuhkanNovember 1996; 27 tahun yang lalu (1996-11)
Ibu pejabatKuala Lumpur
Kawasan perkhidmatanMalaysia
Tokoh pentingGayatri Su-Lin Pillai (Penerbit Eksekutif)
Syarikat indukAstro All Asia Networks plc
PembahagianAstro Shaw
Tapak webwww.tayanganunggul.com.my
IMDB: co0007147 Facebook: tayanganunggul Twitter: TayanganUnggul Instagram: tayanganunggul Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tayangan Unggul Sdn Bhd (secara rasmi disingkat sebagai TU) ialah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia milik Astro All Asia Networks. Syarikat ini ditubuhkan pada November 1996 dan diketuai oleh Gayatri Su-Lin Pillai sebagai penerbit eksekutif.

Sejarah

Ditubuhkan pada November 1996, sebagai unit hiburan Astro Ria Tayangan Unggul berperanan untuk menerajui bidang penerbitan dan pengedaran filem. Sebagai anak syarikat Astro All Asia Networks plc, Biarpun ketika itu masih baru sebagai pemain dalam industri perfileman Malaysia, Tayangan Unggul sendiri menjadi pesaing utama kepada syarikat filem utama seperti Astro Shaw dan Lineclear Motion Pictures Tayangan Unggul mempunyai misi menjadi pengeluar filem dengan jaminan kualiti dan menjana pulangan yang baik dalam membantu perkembangan industri perfileman Malaysia,

Bagi merealisasikan objektif syarikat, Tayangan Unggul memegang 3 objektif utama dalam pengeluaran dan penerbitan filem. Pertama, mempelbagaikan genre filem dalam memenuhi citarasa dan kehendak khalayak penonton arus perdana. Kedua, mementingkan gandingan pengarah, artis dan tenaga kerja baru dan lama untuk mewujudkan pelapis dalam industri masa hadapan. Ketiga, menjalin kerjasama dan sokongan dengan para karyawan, agensi kerajaan serta luar negara bagi tujuan memartabatkan industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.

Dalam usahanya untuk menghasilkan filem-filem yang bermutu tinggi, TUSB telah mewujudkan Panel Penasihat yang terdiri daripada mereka yang profesional dan dihormati dalam industri perfileman tanahair. TUSB juga akan meningkatkan lagi pengeluaran filem dan berharap akan dapat membantu industri perfileman tanahair untuk lebih berkembang dan berdaya saing. TUSB juga mengutamakan pencarian sumber kreatif dan rakan kongsi baru di tanahair, juga di luar negara.

Sehingga kini, TUSB telah menerbitkan 24 buah filem dengan kerjasama 12 orang pengarah iaitu Along Kamaludin, Rashid Sibir, Zulkifli M. Osman, Aziz M.Osman, Bade Hj. Azmi, Afdlin Shauki, Mamat Khalid, Osman Ali, James Lee, Saw Teong Hin, Kabir Bhatia Azmi Md Hata. Sebanyak 18 filem telah ditayangkan termasuk Sara, Idola, Laila Isabella, KL menJERIT, Diari Romeo, Bintang Hati, Trauma, Berlari Ke Langit, Cinta Luar Biasa, Gangster, KL menJERIT 1, Baik Punya Cilok, Man Laksa, Puaka Tebing Biru, Syaitan, Zombi Kampung Pisang, Anak Halal, Kala Malam Bulan Mengambang, Apa Kata Hati, Histeria, Malaikat Maut, , Setem, Papadom dan Duhai Si Pari Pari.[1]

Dari jumlah 12 buah filem yang telah ditayangkan di pawagam sejak 2001, 7 buah filem telah mencapai kutipan ‘box-office’ dengan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM20,790,039.00. Pada tahun 2005, tiga (3) buah filem iaitu Gangster (RM2.9 juta), KL menJERIT 1 (RM2.3 juta) dan Baik Punya Cilok (RM2.7 juta) yang ditayangkan dipawagam telah mencapai kutipan ‘box-office’ dengan penjualan 350,000 keping tiket telah mendapat penghargaan dari pihak FINAS sebagai ‘Penerbit – Jumlah Kutipan Tertinggi Filem 2005’.[2]

TUSB sentiasa berusaha untuk mengetengahkan dan menggunakan bakat-bakat baru dan tenaga kerja kreatif dalam setiap projek filem. Ini adalah satu usaha berterusan bagi setiap penerbitan filem. TUSB juga mempunyai perancangan untuk menaja biasiswa untuk bakat-bakat muda dalam bidang filem. Pada tahun 2006, 4 buah filem telah ditayangkan iaitu Man Laksa, Puaka Tebing Biru, Zombi Kampung Pisang dan Syaitan. Tahun demi tahun syarikat TUSB semakin berkembang dan maju setiap

Filemografi

Filem

Televisyen

  • Kapoww The Series
  • KL Menjert The Series

Teater

  • Baik Punya Cilok

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar