Khai Bahar: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
WinterLight (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11: Baris 11:
| instrument = [[Vokal]]
| instrument = [[Vokal]]
| years_active = 2016–kini
| years_active = 2016–kini
| label =* [[NAR Records ]] April 2016 - April 2019]
| label =* [[NAR Records ]] April 2016 - April 2019<br>
* Grateful Music Mei 2019 - kini
* Grateful Music Mei 2019 - kini

| associated_acts =
| associated_acts =
| website = [https://www.instagram.com/khaibahar94/?hl=en @khaibahar94] instagram.com
| website = [https://www.instagram.com/khaibahar94/?hl=en @khaibahar94] instagram.com

Semakan pada 18:17, 27 Jun 2019

Khai Bahar
Nama lahirMuhammad Khairul Bin Baharuddin
Kelahiran (1994-02-28) 28 Februari 1994 (umur 30)
Kg Padang Katong, Perlis, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2016–kini
Syarikat rakaman
  • NAR Records April 2016 - April 2019
  • Grateful Music Mei 2019 - kini
Laman sesawang
@khaibahar94 instagram.com @khaibahar94_ twitter.com

Muhammad Khairul Bin Baharuddin (dilahirkan pada 28 Februari 1994) atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar merupakan seorang penyanyi lelaki dari Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi aplikasi smule dan mendapat gelaran King of Smule [1] daripada peminat beliau.

Khai Bahar juga mempunyai kelompok penyokong yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia, Singapura, Brunei, Hong Kong, Taiwan dan Thailand. Dalam tempoh 3 tahun bergelar anak seni Khai Bahar telah meraih 23 anugerah iaitu dari Anugerah Meletop Era 2017, 2018 & 2019, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 & 2018, Anugerah Planet Muzik 2017 & 2018, Top Hot Hot FM 2017, Era Digital Muzik Awards 2018 & 2019, MySC Breakthrough Awards (Male) 2019 serta Juara Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Season 2 (2018-2019) .

Kehidupan awal

Khai yang dilahirkan pada 28 Februari 1994 merupakan anak keempat daripada enam adik beradik dan beliau juga berasal dari Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis. Ayah beliau merupakan seorang pemandu teksi manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. [2]

Kerjaya

Khai Bahar memulakan karier nyanyian beliau sebagai penyanyi busker / jalanan di Kuching Sarawak, disamping kerap memuat naik lagu-lagu cover nyanyiannya serta lagu-lagu ciptaan beliau sendiri di Youtube Channel Muhamad Khairul miliknya.

Sebelum bergelar penyanyi, Khai Bahar juga pernah dijemput untuk membuat 'opening act' untuk penyanyi-penyanyi popular. Nama beliau mula mendapat perhatian dan menarik minat ramai penggemar muzik Malaysia dan Indonesia setelah video nyanyiannya yang dimuat naik di aplikasi SMULE menjadi tular sekitar awal 2016. Antara lagu cover nyanyian beliau yang menjadi perhatian ramai adalah lagu-lagu bernada tinggi Ziana Zain, duet bersama Siti Nordiana serta lagu dari Kumpulan Projektor Band iaitu Sudah Ku Tahu.

Pada 2016, Khai Bahar ditawar kontrak untuk bernaung dibawah syarikat rakaman NAR Records. Setelah hampir 3 tahun sebagai penyanyi di bawah label NAR Record dan sehingga artikel ini ditulis beliau sudah mempunyai tujuh single iaitu 'Bayang', 'Dari Jauh Saja', 'Sinar Syawal', 'Luluh', 'Cahaya 114','Jodohku' dan yang terkini ialah '#123'. Beliau juga turut mempunyai dua buah lagu duet yang berjudul 'Rahsia Kita' dan 'Cinta Syurga'. Lagu 'Rahsia Kita' adalah lagu duet dengan Fatin Husna yang merupakan penyanyi wanita baru di bawah label yang sama dengan beliau, NAR Record. Manakala, lagu 'Cinta Syurga' pula adalah merupakan sebuah lagu berbentuk zikir, gandingan beliau dengan Penyanyi Nombor Satu Malaysia, Dato' Seri Siti Nurhaliza. Khai Bahar mula dikenali menerusi aplikasi SMULE. Lagu pertama yang beliau nyanyikan di SMULE merupakan lagu Flashlight oleh Jessy J pada tahun 2015 disusuli dengan lagu-lagu lain. Antara lagu-lagu nyanyian beliau yang mendapat perhatian ramai ialah "Sudah Ku Tahu" (Projector Band) & duet dgn Siti Nordiana Memori Berkasih. [3] [4]Selain bernyanyi di SMULE, Khai juga pernah melakukan "cover" untuk lagu "Di Mana Hatimu" oleh Papinka pada tahun 2013. Sebelum ini, Khai Bahar juga pernah menghadiri sesi uji bakat pertandingan realiti seperti Akademi Fantasia namun nasib tidak menyebelahi beliau. [5] Khai Bahar juga mendapat liputan stesen televisyen Indonesia, RCTI menerusi satu program hiburan mereka yang berjudul Silet.. Dilabel sebagai nada emas, Khai mendapat perhatian program Silet selepas video smulenya dengan lagu Suara Hati ku (Ku tak akan bersuara) nyanyian asal Nike Ardilla yang popular pada tahun 1994 menjadi viral di Indonesia dan Malaysia pada tahun 2016. Menerusi program Silet itu juga, dua orang penyanyi Indonesia, Soimah serta Nia Daniati memberikan pujian pada kemampuan suara yang dipunyai oleh Khai.

Di samping itu, Khai juga mencuba nasib memasuki dalam industri seni di Indonesia dengan terlibat dengan beberapa projek di sana. [6]

Kemuncak kepada kerjaya Khai adalah apabila beliau berjaya memenangi gelaran Artis Baru Meletop pada Anugerah Meletop Era 2017, kemudiannya dua trofi pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, yang mana merupakan masing-masing Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular. Selain itu, Anugerah Planet Muzik 2017 (APM) di Singapura, beliau juga menjadi pemenang kategori Lagu Paling Popular APM (Bayang) dan Artis Paling Popular. [7] Seterusnya, beliau juga berjaya memenangi Hot FM Top Hot 2017 menerusi kategori Lagu Hot 2017 (Luluh), Penyanyi Lelaki Hot 2017 dan FB Live Hot 2017 (bersama Wany Hasrita). [8]

Diskografi

Single

Tajuk Tahun
Bayang 2016
Dari Jauh Saja 2017
Sinar Syawal
Luluh
Rahsia Kita (feat. Fatin Husna) 2018
Cinta Syurga (feat. Datuk Siti Nurhaliza)
Cahaya 114
Jodohku
#123
Air Mata 2019
Dia
Keranamu
Penantian
Menyesal

Videografi

Muzik video

Tahun Tajuk Artis lain Pengarah Ruj.
2016 Bayang Tiada Rio Production [9]
2017 Dari Jauh Saja [10]
Sinar Syawal [11]
Luluh [12]
2018 Rahsia Kita Fatin Husna [13]
Cinta Syurga Dato' Sri Siti Nurhaliza Siti Nurhaliza Productions [14]
Cahaya 114 Tiada ? [15]
Jodohku ? [16]
#123 Rifaiee Omar [17]
  • 1Sebagai artis yang ditampilkan.

Anugerah dan Pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Pencapaian
2017 Anugerah MeleTOP Era 2017 Artis Baharu Meletop Menang
Penyanyi Meletop Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Artis Baharu Lelaki Popular Menang
Penyanyi Lelaki Popular Menang
Anugerah Planet Muzik 2017 Artis Paling Popular Menang
Lagu Paling Popular (Bayang) Menang
Anugerah Top Hot - HOT FM 2017 Penyanyi Lelaki Hot Menang
FB Live Hot - Jamming bersama Khai Bahar & Wany Hasrita Menang
Lagu Hot 2017 (Luluh) Menang
2018 Anugerah Digital Muzik Era 2018 Lagu Cover Terbaik ( Luluh ) Menang
Anugerah Juara Lagu ke-32 Bayang Tercalon
Penyanyi Pilihan Samsung Menang
Anugerah MeleTOP Era 2018 Lagu MeleTOP (Bayang) Menang
Penyanyi MeleTOP Menang
Top Top MeleTOP (Lelaki) Menang
Anugerah Planet Muzik 2018 Artis Paling Popular Apm Menang
Ikon Media Sosial Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2019 Anugerah Digital Muzik Era 2019 Penyanyi Paling Lit di Media Sosial Menang
Anugerah Juara Lagu ke-33 Luluh Tercalon
MYSC Awards Reuneon 2019 MYSC Breakthrough Awards (Male) Menang
Anugerah Meletop Era 2019 Top Top Meletop Lelaki Menang
Penyanyi Meletop Menang
Toyota Gazoo Racing Season 2-Race 8 Juara Perlumbaan Toyota Vios Challenge 2018/2019 Menang

Endorsmen

Tahun Produk Catatan
2017 Perfume Bayang Limited Edition (Rises) Minyak wangi
2018 C_Clean Plus by Khai Bahar (C_cleanplushq) Penjagaan muka
2019 Far8byalteliaamani Baju Melayu / Kurta
2019 C_Clean Plus by Khai Bahar (C_cleanplushq) Penjagaan muka

Rujukan

  1. ^ Khai Bahar Malu Mikrofon Terbalik. mstar. Dicapai pada 18 Oktober 2018.
  2. ^ Khai tak malu akui asal usul. utusan. Dicapai pada 19 Disember 2018.
  3. ^ Georgie Joseph (26 Mei 2016) Khai Bahar kuasai pelbagai genre Harian Metro
  4. ^ 28 April 2016. 'Smule' Nana dan Khai Bahar dapat perhatian. Sinar Harian
  5. ^ Haryani Ismail (2 Ogos 2016). Khai Bahar bangkit daripada kecewa silam. Berita Harian
  6. ^ Percubaan Khai Bahar takluk Indonesia. utusan. Dicapai pada 3 Julai, 2018.
  7. ^ Trofi bukan tiket Khai Bahar goyang kaki. berita harian. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  8. ^ Sokongan peminat buat Khai terus bersinar. harian metro. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  9. ^ Khai Bahar - Bayang (Official Music Video). nartvnetwork. Dicapai pada Oktober 13, 2017.
  10. ^ Khai Bahar - Dari Jauh Saja (Official Music Video) nartvnetwork. Dicapai pada Disember 10, 2017.
  11. ^ Khai Bahar - Sinar Syawal (Official Music Video) nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10, 2018.
  12. ^ Khai Bahar - Luluh ( Official Music Video with lyric ). nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10,2018.
  13. ^ Khai Bahar & Fatin Husna - Rahsia Kita ( Official Music Video with lyric ). nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10,2018.
  14. ^ Dato' Sri Siti Nurhaliza, Khai Bahar - Cinta Syurga (Lyric Video). DatoSNurhalizaVEVO. Dicapai pada Jun 10,2018.
  15. ^ Khai Bahar - Cahaya 114 (Official Lyric Video). nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10,2018.
  16. ^ KHAI BAHAR | JODOHKU - OST Cinta Tiada Ganti (Official Lyric Video). nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10,2018.
  17. ^ KHAI BAHAR - #123 (Official Music Video with lyric). nartvnetwork. Dicapai pada Disember 2,2018.

Pautan luar