Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 58: Baris 58:


==Keluarga dan Kerabat==
==Keluarga dan Kerabat==
Tunku Ismail berkahwin dengan [[Che Puan Khaleeda Bustamam|Che Puan Khaleeda]]. Pasangan diraja ini dikurniakan dengan seorang puteri dan seorang putera.
Tunku Ismail berkahwin dengan [[Che Puan Khaleeda Bustamam|Che Puan Khaleeda]]. Pasangan diraja ini dikurniakan dengan seorang puteri dan 2 seorang putera.


{| Class="wikitable"
{| Class="wikitable"

Semakan pada 11:56, 17 Julai 2019

Tunku Ismail Idris
Tunku Mahkota Johor
Tunku Mahkota Johor
Pemerintahan26 Januari 2010 - kini
Didahului olehTunku Ibrahim Ismail
KeputeraanTunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim
(1984-06-30)30 Jun 1984 (umur 39 tahun, 8 bulan dan 27 hari)
Johor Bahru, Johor
PasanganChe Puan Khaleeda Bustaman (k. 2014)
Anakanda1. YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah
2. DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
Nama penuh
Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim[1][2]
KerabatIstana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor
AyahandaSultan Ibrahim Ibni Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
BondaRaja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah
AgamaIslam Sunni
Gelaran hormat bagi
Tunku Ismail Idris

Gaya panggilan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim[3] (diputerakan pada (1984-06-30)30 Jun 1984 di Johor Bahru, Johor)[1] merupakan Tunku Mahkota Johor. Beliau merupakan anakanda pertama baginda berdua dan putera sulung kepada Kerabat Diraja Johor (sebelah ayahanda) dan Kerabat Diraja Perak (sebelah bonda). Tunku Ismail pernah berkhidmat sebagai pegawai Tentera India dan kini Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Tunku Ismail merupakan putera sulung Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah.[1] Beliau merupakan cucunda kepada Sultan Johor yang sebelumnya iaitu Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dan juga Sultan Perak sebelum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, iaitu Almarhum Sultan Idris Shah II.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor pada 8 April 2006 oleh nendanya, Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, sebagai pewaris kedua yang bakal menaiki takhta Kesultanan Johor (kini pewaris takhta utama setelah kemangkatan Sultan Iskandar).[1][4] Tunku Ismail kemudian ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 26 Januari 2010.[5] selepas ayahandanya ditabalkan menjadi Sultan Johor Darul Takzim ke - 25 pada 23 Januari 2010.

Pendidikan awal

Tunku Ismail menamatkan pendidikan awal di Sekolah Sri Utama dan Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph di Johor Bahru. Beliau kemudian menerima pendidikan menengah rendah di Sekolah Antarabangsa Australia di Singapura dan meneruskan pengajian menengah di Hale School di Perth, Australia Barat, sehingga 2002[4] Tunku Ismail ialah anak sulung daripada enam beradik dan tidak mempunyai kelayakan akademik.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda pada 8 April 2006 oleh datuknya, Almarhum Sultan Johor, dan meletakkan baginda yang kedua dalam barisan takhta (Kini pertama seiring selepas kemangkatan Sultan Iskandar).[4] Tunku Ismail dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 26 Januari 2010.[6]

Johor Darul Takzim FC

Tunku Ismail telah mengambil alih Persatuan Bola Sepak Johor dan telah membuat perubahan besar terhadap bola sepak johor ke arah yang lebih profesional.

Pada 12 Julai 2015, Tunku Ismail telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Jawatan tersebut telah diambil alih oleh YB Dato' Haji Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor.

Walaupun begitu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah berkenan untuk melantik anakanda baginda, Tunku Ismail sebagai Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada 21 Julai 2015.

Perkahwinan

Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail berkahwin dengan DYAM Che Puan Khaleeda Bustamam yang berusia 21 tahun di Istana Bukit Serene, Johor dalam majlis peribadi. Majlis penyerahan dilakukan oleh Mufti Johor Datuk Tahrir Samsudin. Penikahan diraja berlangsung di Dataran Bandaraya (atau 'city square') pada bulan November 2014.[7]

Khaleeda, anak perempuan Tan Seri Bustamam Tun Daud dan Puan Seri Dato' Aziyah Tun Aziz, adalah anak bongsu dari lima adik beradik dan dilahirkan di Kuala Lumpur.[8]

Pasangan diraja ini telah dikurniakan berdua baginda, anakanda sulung baginda berdua dan puteri sulung, diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang dilahirkan pada 25 Jun 2016. Anakanda kedua baginda berdua dan putera sulung diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang dilahirkan pada 14 Oktober 2017.

Keluarga dan Kerabat

Tunku Ismail berkahwin dengan Che Puan Khaleeda. Pasangan diraja ini dikurniakan dengan seorang puteri dan 2 seorang putera.

Nama Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Yang Amat Mulia
Tunku Khalsom Aminah Sofiah
(2016-06-25)25 Jun 2016 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 7 tahun, 9 bulan dan 3 hari
Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Johor Darul Takzim
Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
(2017-10-14)14 Oktober 2017 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 6 tahun, 5 bulan dan 14 hari
Yang Amat Mulia Tunku diberi nama (2019-07-17)17 Julai 2019 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru 4 tahun, 8 bulan dan 11 hari

Darjah Kebesaran

  • Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati :
    • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) pada 8 April 2006.
    • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) pada 11 April 2009.[9]
  • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia :
    • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Ketiga Setia Mahkota Johor (SMJ) pada 8 April 2004.
    • Pangkat Pertama Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia, Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) pada 8 April 2005.
  • Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PSI, Pangkat Pertama) pada 23 Mac 2015.[9]

Rujukan

  1. ^ a b c d Johor Ruler's Grandson Appointed Raja Muda, BERNAMA, 8 April 2006.
  2. ^ Tunku Mahkota’s son named Raja Muda of Johor, 9 April 2006, The Star
  3. ^ His Majesty visits Iskandar Military Camp in Mersing, Johor, RTB News, 08/05/2008
  4. ^ a b c Tunku Mahkota’s son named Raja Muda of Johor, The star online, Star Publications, 9 April 2006.
  5. ^ Tunku Ismail proclaimed Tunku Mahkota of Johor, Star Publications, 28 Januari 2010
  6. ^ Tunku Ismail proclaimed Tunku Mahkota of Johor, Star Publications, 28 January 2010.
  7. ^ Farhaan Shah, Mohd (9 November 2014). "Big crowd at Johor royal wedding". AsiaOne. The Star/Asia News Network. Dicapai pada 10 November 2014.
  8. ^ Johor crown prince Tunku Ismail marries Khaleeda, Mohd Farhaan Shah, 2014/10/24, The Star Online
  9. ^ a b Royal Ark, Johor genealogy details – p.15Photo

Bacaan lanjut

  • Nadarajah, Nesalmar, Johore and the Origins of British Control, 1895–1914, Arenabuku, 2000, ISBN 967-970-318-5