Kerana Dia Manusia Biasa: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 36: | Baris 36: | ||
==Sinopsis== |
==Sinopsis== |
||
Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira ''([[Emma Maembong]])'' terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. |
Disebabkan oleh kesilapan orang lain, Nurin Aira ''([[Emma Maembong]])'' terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. |
||
Tengku Shamil Zaquan ''([[Shukri Yahaya]])'', Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. |
Tengku Shamil Zaquan ''([[Shukri Yahaya]])'', Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. |
Semakan pada 15:14, 24 Julai 2019
Kerana Dia Manusia Biasa | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Konflik Keluarga |
Berdasarkan daripada | Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Nur Najihah |
Pencipta | Wan Nur Najihah |
Ditulis oleh | PGRS Team Jinra Riqmal EG Fajar Suraya |
Pengarah | Idora Abd Rahman |
Dibintangi oleh | Emma Maembong Shukri Yahaya Husna Mustaffa Afifah Nasir Atikah Suhaime Aleza Shadan Arash Mohamad Sasqia Dahuri Ku Zara Eryna Zera Hariz Mimi Ernida Azwan Kombos Aishah Atan |
Lagu pembukaan | Leraikan nyayian Black Hanifah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zetty Alia Dato' Ramly Zetty Adila Dato' Ramly |
Penerbit | Dato' Zaiton Mohd Jiwa |
Tempoh siaran | Isnin-Khamis 41 minit 10 malam Slot Samarinda |
Syarikat penerbitan | (Global Station Sdn Bhd) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 24 Julai 2019 |
Status | Kini |
Kronologi | |
Mengikuti | Mimpi Sabrina |
Kerana Dia Manusia Biasa merupakan sebuah drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama hasil karya novelis Wan Nur Najihah.
Drama ini menggandingkan Emma Maembong dan Shukri Yahaya sebagai teraju utama. Drama ini mula ditayangkan di Slot Samarinda TV3 mulai 24 Julai 2019.
Sinopsis
Disebabkan oleh kesilapan orang lain, Nurin Aira (Emma Maembong) terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit.
Tengku Shamil Zaquan (Shukri Yahaya), Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.
- “Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas" - Tengku Shamil
Dalam satu insiden yang memalukan, Tengku Shamil dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.
- “Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil
- “Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk" - Nurin Aira
Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.
Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.
- “Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau. Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.” – Tengku Shamil
Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.
Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.
- “Penipu. Kau tahu tak kau penipu? Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau. Ini yang kau balas kat aku. Aku punyalah sayang kau, tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?!” – Tengku Shamil
- “Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang, macam tu?” – Nurin Aira
Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?
Pelakon
- Emma Maembong sebagai Nurin Aira
- Shukri Yahaya sebagai Tengku Shamil
- Husna Mustaffa sebagai Nur Aisyah
- Afifah Nasir sebagai Tengku Syakira
- Atikah Suhaime sebagai Tengku Aura
- Aleza Shadan sebagai Datin Kalsom
- Ku Zara Eryna sebagai Alia
- Sasqia Dahuri sebagai Nora/Yasmin
- Zera Hariz sebagai Najwa
- Mimi Ernida sebagai Suraya
- Azwan Kombos sebagai Syed Ilham
- Aishah Atan sebagai Mak Cik Halimah