Kerana Dia Manusia Biasa: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafiz Sariman (bincang | sumb.)
Peminat Drama03 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 36: Baris 36:
==Sinopsis==
==Sinopsis==


Disebabkan oleh kesilapan orang lain, '''Nurin Aira''' ''([[Emma Maembong]])'' terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit.
Disebabkan oleh kesilapan orang lain, '''Nurin Aira''' ''([[Emma Maembong]])'' terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia (''[[Tengku Zara Eryna|Ku Zara Eryna]]''). Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit.


'''Tengku Shamil Zaquan''' ''([[Shukri Yahaya]])'', Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.
'''Tengku Shamil Zaquan''' ''([[Shukri Yahaya]])'', Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

Semakan pada 15:10, 30 Julai 2019

Kerana Dia Manusia Biasa
GenreDrama
Cinta
Konflik
Keluarga
Berdasarkan daripada
Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Nur Najihah
PenciptaWan Nur Najihah
Ditulis olehPGRS Team
Jinra
Riqmal EG
Fajar Suraya
PengarahIdora Abd Rahman
Dibintangi oleh
Emma Maembong
Shukri Yahaya
Husna Mustaffa
Afifah Nasir
Atikah Suhaime
Aleza Shadan
Arash Mohamad
Sasqia Dahuri
Ku Zara Eryna
Zera Hariz
Mimi Ernida
Azwan Kombos
Aishah Atan
Lagu pembukaanLeraikan - Black Hanifah
Lagu penutupLeraikan - Black Hanifah
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Dato' Ramly
Zetty Adila Dato' Ramly
PenerbitDato' Zaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaranIsnin-Khamis
41 minit
10 malam
Slot Samarinda
Syarikat penerbitan
(Global Station Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal24 Julai 2019
StatusMasih Ditayangkan
Kronologi
MengikutiMimpi Sabrina

Kerana Dia Manusia Biasa merupakan sebuah drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama hasil karya novelis Wan Nur Najihah.

Drama ini menggandingkan Emma Maembong dan Shukri Yahaya sebagai teraju utama. Drama ini mula ditayangkan di Slot Samarinda TV3 mulai 24 Julai 2019.

Sinopsis

Disebabkan oleh kesilapan orang lain, Nurin Aira (Emma Maembong) terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia (Ku Zara Eryna). Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit.

Tengku Shamil Zaquan (Shukri Yahaya), Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

“Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas" - Tengku Shamil

Dalam satu insiden yang memalukan, Tengku Shamil dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil


“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk" - Nurin Aira

Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.

Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

“Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau. Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.” – Tengku Shamil

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.

Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

“Penipu. Kau tahu tak kau penipu? Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau. Ini yang kau balas kat aku. Aku punyalah sayang kau, tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?!” – Tengku Shamil


“Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang, macam tu?” – Nurin Aira

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

Pelakon